Buat Laman Web

26 Oktober 2010

Semalam aku ke tempat seorang kenalan aku yang memerlukan aku mengajar mereka cara untuk bisnes dalam talian. Diaorang nak jual baja organik khas untuk bunga ros.

Dalam perjalanan, aku ternampak satu kedai jual kain yang agak menarik hiasan lampunya. Sebelum ni aku rasa takde lagi kedai tu buka. Nampaknya banyak pembangunan yang telah berlaku kat kawasan tu. Boleh katakan yang kawasan ni dipenuhi oleh orang kaya bumiputera. Alhamdulillah. Semoga aku dalam masa terdekat ni boleh dikategorikan sebagai orang kaya bumiputera juga. InsyaAllah.

Lampu Malam

Aku ajar mereka macam mana untuk membuat laman web mengunakan perisian percuma (open source). Aku gunakan NVU. Agak mudah sebenarnya membuat laman web ni, yang susahnya ialah macam mana nak tulis isi kandungannya supaya pelawat yang datang boleh jadi pelanggan.

Satu lagi cabaran yang susah sekali ialah untuk bawa pelawat ke laman web kita. Laman web yang cantik sahaja tak boleh menjamin pelawat akan datang melawat ke laman web kita. Banyak kerja di sebalik tabir yang kena kita lakukan.

Kita jugak boleh mencurahkan duit untuk bawa pelawat ke laman web kita dengan menyertai program pengiklanan laman web lain. Surat khabar online ke, blog selebriti ke, semua tu kita boleh tahu berapa pelawat yang datang dan dengan meneliti isi kandungan laman web mereka, kita boleh jangka pelawat dia sebenarnya adalah target group kita yang berkemungkinan besar akan membeli produk kita.

Kalau ada duit boleh test dan tengok resultsnya. Aku sentiasa berpegang kepada teori 90 hari. Maknanya, kalau kita nak tahu iklan tu berkesan atau tidak, kita at least kena tunggu 90 hari untuk mengetahui keputusannya.

Aku selesai mengajar tepat jam 10.40pm dan aku minta diri untuk balik sebab dari rumah diaorang ke rumah aku akan mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan motor superbike aku. Lagipun malam-malam ni tak boleh laju sangat sebab aku tak biasa dengan jalan kat kawasan ni. Sebelum ni aku naik kereta bila datang melawat mereka.

Aku sampai kat rumah dalam jam 11.30pm. Anak aku dah tidur. Dia tak berapa sihat. Aku harap dia sihat hari ini dan seterusnya sebab hari ni adalah hari pertama peperiksaan akhir tahun 2010.

Pagi 26-10-2010

Pagi tadi aku naik superbike aku untuk ke tempat kerja. On the way, masa aku pit stop untuk isi minyak, aku sempat melihat trafik jam kat tol. Banyak betul kereta berlumba untuk ke tempat kerja mencari rezeki. Yang kerja makan gaji ni merangkumi 90% dari keseluruhan penduduk dikatakan mengejar 10% daripada duit yang ada kat muka bumi ni.

Manakala 10% penduduk bumi memiliki 90% daripada duit yang ada kat bumi! Patutlah ada orang yang tersangat kaya dan ramai yang tersangat miskin!

Aku punch card aku tepat jam 7.49am……

Laman Web

22-Oktober-2010

Dah lama aku tak menulis perjalanan hidup aku. Banyak juga benda yang berlaku dalam masa penyepian diri aku ni. Aku sedang sibuk menyiapkan laman web seorang usahawan tani di Melaka. Masih dalam proses. Aku dah melawat dia ni 2 kali. Esok aku akan ke sana lagi untuk mengutip beberapa lagi bahan yang aku akan masukkan dalam laman web dia.

Aku lakukan ni secara ikhlas, aku tak menuntut bayaran. Dia pernah kena tipu sebelum ni. Dia bayar seseorang untuk buatkan laman web dia, tapi lepas dapat bayaran, orang tu tak lakukan apa-apa pun. Menakjubkan juga bila dengar cerita daripada dia, tak sangka ada orang sanggup melakukan perkara seperti tu. Tak rasa bersalah langsung kot. Lagipun pendapatan macam tu haram.

Usahawan tani yang aku maksudkan ni, memerlukan beberapa lagi bahan perniagaan. Kad nama, letter head, brosur, hadiah percuma untuk pengunjung tapak, chop dan macam-macam lagi bahan printing. InsyaAllah esok aku akan bawa beberapa contoh alat perniagaan yang aku gunakan untuk perniagaan aku sendiri.

Laman web dia dah 80% siap, ada beberapa lagi portion yang perlukan penelitian.

Dalam pada tu, aku dapat call daripada kawan, lebih pada macam kakak aku jugak, dia memerlukan aku punya pengetahuan tentang pembinaan laman web. Dia minta aku ajar dia dan suaminya untuk membina laman web. InsyaAllah aku akan ke tempatnya pada Ahad ni jam 9.00 pagi.

Pembelajaran untuk membina laman web ni sebenarnya mengambil masa yang agak singkat, tetapi apabila kita mula membinanya, akan timbul beberapa soalan atau cara untuk bagaimana kita melakukan sesuatu. So, pembelajarannya akan menjadi macam eksperimen jugaklah. Aku pun belajar sendiri. Banyak yang aku jumpa melalui pengalaman “try and error”.

Aku tak akan caj apa-apa. Semua yang aku ajar tu semoga akan memberikan kebaikan kepada diri aku sendiri dan orang yang menerima ilmu daripada aku. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada aku dunia dan akhirat.

Dua Pelangi

19-Oktober-2010

5.00 pagi aku dah bangun. Dikejutkan dengan lagu hari raya daripada alarm handphone Nokia aku. Aku terus bangun dan rasa macam bersemangat je sebab ada banyak perkara menarik yang aku jangkakan akan berlaku jika semuanya berjalan dengan lancar.

Aku sedang siapkan satu laman web berasaskan perniagaan ternakan ikan air tawar. Ambil masa sedikit sebab sekarang ni aku masih bekerja makan gaji. Masuk kerja jam 8.15am sehinggalah 5.30pm. Agak memenatkan kalau kerja makan gaji ni.

Aku yang pernah kerja sendiri selama 3 tahun ni, memang terasalah juga. Tetapi kerana untuk mencari rezeki, aku tetapkan hati dan terus berikan khidmat yang terbaik. Lagipun gaji yang aku terima agak tinggi berbanding semasa aku bekerja makan gaji di tempat lain.

Cuma sejak bulan ni, gaji aku dipotong sebanyak hampir RM600 untuk bayaran cukai kerajaan. Takpelah, aku Halalkan untuk kebahagiaan negara aku jugak.

Semalam masa aku naik superbike aku, aku terpandang langit yang agak aneh tetapi indah. Ada dua pelangi….

Dua Pelangi

Inilah tanda kekuasaan Allah. Semoga Allah berkati kehidupan aku sekeluarga….Amin.

Projek Penternakan

Esok 9-Oktober-2010 aku akan ke Melaka untuk tengok projek penternakan. Aku dioffer untuk jadi sebahagian dari tenaga pekerjanya. Katanya aku khusus untuk mengembangkan market ke Jepun. Maknanya aku kena cari rangkaian jualan di negara matahari terbit tu.

Aku selalu berdoa kepada hadrat Ilahi untuk dapatkan pendapatan RM30K ke atas setiap bulan. Mungkin inilah titik tolak ke arah itu.

Selain tu aku doa juga untuk arwah ibu-bapa aku supaya diampunkan dosa mereka, dipermudahkan alam barzakh mereka dan diberikan syurga kepada mereka. Aku sempat juga doakan supaya dosa isteri dan anak aku diampunkan Allah.

Aku tak terbayang lagi apa yang aku kena buat untuk projek penternakan ni, esok akan terjawab semua persoalannya. Lagipun decision ni kena buat betul-betul sebab aku baru je 3 bulan bekerja di kilang yang boleh bayar gaji yang aku rasa puas hati.

Tempe Goreng

15-Oktober-2010

Macam biasa pagi ni aku bangun jam 5.00am. Dikejutkan oleh alarm HP Nokia aku. Alarm punya bunyi masih lagi lagu raya. Tak taulah kenapa, lagu raya ni macam best je.

Sebaik sahaja bangun, aku ke toilet, melepaskan hajat, gosok gigi, mandi, ambil air sembahyang. Lepas tu aku sembahyang Isya’.

Aku sekarang ni tengah dalam proses membantu seorang usahawan tani di Melaka untuk komersialkan perniagaannya. Aku sediakan logo, laman web, domain name yang berakhir dengan .com.my dan beberapa lagi aspek yang aku boleh bantu. Perkhidmatan aku basically percuma dan jika diaorang nak beri, aku terima sahaja pemberian ikhlas mereka.

Hasil pengalaman aku membina perniagaan internet dan dalam masa yang sama aplikasi dan fleksibiliti yang aku cipta boleh juga dijalankan secara offline. Konsepnya tetap nampak macam online. Aku diminta untuk bina satu sistem perniagaan untuk seorang kenalan aku di Shah Alam. Tapi aku tak jumpa lagi kenalan aku ni buat masa ni.

Aku take off dari rumah aku tepat jam 6.40am. Biasalah, aku naik superbike aku. Bila keluar awal ni, ok sikit sebab tak tergopoh-gapah. Macam selalu, aku pit stop kat stesen minyak untuk isi minyak dalam RM2 dan pergi toilet untuk buang air kecik.

Lorong Motor

Semalam aku pergi makan kat simpang. Memang sedikit jauh dari kilang tempat aku kerja, tapi aku suka pergi sebab banyak hidangan sayur. Semalam aku makan;

  1. Nasi
  2. Sayur
  3. Ikan jaket bakar
  4. Tempe goreng
  5. Air kosong
    Tempe Goreng
    Harganya RM5.40.Well, not bad. Penuh perut aku. Mungkin hari ni aku kena makan kurang sikit. Perut pun dah naik….
    Target aku petang ni kalau boleh aku nak pegi main badminton. Sejak aku sebelum puasa 2010 lagi aku dah tak aktif main badminton. Badan pun dah lemau. Nak senaman lepas balik kerja, aku dah penat. Pukul 10pm kadang-kadang aku dah tertidur.
    Harap aku dapat capai target aku untuk turun 20kg sebelum akhir tahun ni……

Vietnam

8-Oktober-2010

Hari ni aku naik kereta company untuk ke tempat kerja. Memang lebih cepat sampai. Aku keluar seperti biasa macam aku naik motor, aku rasa dalam pukul 6.50 pagi. Aku punch aku punya punch card tepat jam 7.45am. Tak rasa penat dan yang paling best, aku tak rasa sakit pinggan dan tulang ekor.

Kalau naik motor, yang boleh mengembirakan hati aku ialah aku dapat rasa kesejukan angin pagi.

Sampai je kat guard house company aku, aku terlihat 6 orang Vietnam. Diaorang ni pekerja baru yang akan mula memberikan khidmat kepada syarikat aku. First time dalam sejarah syarikat aku yang dah bertapak kat Malaysia selama lebih 17 tahun ni ambil pekerja dari negara luar.

Vietnam Flag

Sebelum ni diaorang ambil pekerja Malaysia sahaja.

Ini akan berikan saingan kepada pekerja-pekerja dari negara kita. Aku harap pekerja Malaysia mula sedar dan berikan yang terbaik mereka ada untuk memastikan kita punya periuk nasi terjaga. Pekerja asing ni tak banyak kerenah. Tak pernah cuti, disiplin tinggi, kalau mintak diaorang over time diaorang terloncat-loncat gembira, kalau suruh buat kerja diaorang tak pernah kata tak nak buat.

Aku yang menjaga dekat dengan 16 orang ni, ada yang boleh kata tak nak buat kalau aku berikan arahan. Mungkin aku baru lagi di sini, tapi dengar cerita dari orang lama, memang pekerja Malaysia yang ada kat company aku sekarang ni banyak lemak.

Harap-harap diaorang berubah!

ISO9001:2000

7-Oktober-2010

Aku dikejutkan oleh alarm handphone baru aku, Nokia 2690 yang aku baru beli dalam 2 minggu lepas. Harganya tepat RM400 tanpa memori kad. Aku memang dah ada memori kad 4GB. Dia pakai M2 punya memori kad. Aku terpaksa beli telefon ni sebab aku punya Sony Ericsson-CyberShot tu dah jahanam. Tak pernah jatuh, tapi selalu hang dan speaker dia dah jahanam.

Aku try nak repair, tapi katanya flex dah rosak. LCD dah rosak, kurang-kurang kena RM200. Cess, baik aku beli baru.

Aku hari ni macam biasa ler, naik motor. Sejuk jugak pagi ni. Aku sumbat telinga aku dengan industrial ear protector keluaran 3M. Aku hanya dengan geseran angin dan bunyi motor aku sayup-sayup aje. Ada ketenangan sikit ler.

Sampai kat office dalam jam 8 pagi. It takes about 1 hour and 10 minutes termasuk satu pit stop dalam 7-8 minit untuk aku isi minyak dan ke tandas. Sempat basahkan tuala dan lap motor aku lagi!

10.30am tadi aku meeting dengan MD dan production manager. Bincang pasal current produced parts punya  conditions. Lepas tu ada cakap sikit pasal keputusan audit dari customer. Aku point out yang kena ambil ISO. Sebab ni dah jadi macam requirement.

MD aku cakap, dia sebenarnya malas nak ambil certification tu. Katanya, it just documentation. Document cannot improve quality katanya. Anyway, aku rasa jika kita ada ISO, banyak yang kita boleh improve sebenarnya.

At last, MD aku cakap, we need to prepare from now dan start to take ISO. MD point aku untuk buat, tapi aku cakap, kalau nak aku buat, aku tak boleh buat kerja lain. Lagipun, Sabtu ni aku nak gi interview untuk kerja baru! Yang pasal aku try nak berenti ni, MD aku tak tahu lagi. Aku pun tak confirm lagilah.

MD kata dia akan try to take one person that can concentrate untuk buat ISO. Kena ambil 2 ISO tu, bukannya ISO9001:2000 sahaja. ISO14001 pun kena ambil juga. Mungkin boleh integrate.

iso-9001-2000

Anyway, lets see apa yang akan berlaku.

Sampah Merata-rata

5-Oktober-2010

Hari ni macam biasa aku ke tempat kerja, jam 6.50am aku speed aku punya superbike EX5. Pagi sejuk jugak sebab malam tadi hujan. Cuma masa hujan tu aku tak sedar sebab aku tidur kepenatan. Malam tadi aku start tidur dalam bilik.

Tekak aku rasa macam ada sesuatu, mungkin disebabkan oleh kejadian sihir yang menimpa aku sebelum ni. Aku buat tak kisah aje.

Langit Pagi 5-10-10

On the way ke tempat kerja, aku baca Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan Ayat Kursi dengan niat supaya Allah berikan aku kesihatan dan menghindari aku dari gangguan makhlus halus. Alhamdulillah bila sampai kat tempat kerja, leher aku rasa lega.

Masa aku buat pit stop untuk isi minyak dan meluruskan pinggang serta mengurangkan kesakitan tulang ekor aku, aku ternampak sampah dibuang merata-rata. Aku rasa rakyat Malaysia perlukan perubahan. Masa aku di Jepun dulu perkara ni tak berlaku. Nampaknya Malaysia masih jauh ketinggalan.

Disiplin Aku ada tengok kat TV, katanya tin aluminum macam kat gambar di atas ni mengambil masa lebih 50 tahun untuk hancur menjadi debu atau recycle itself. Apalah salahnya kalau kita simpan tin minuman tu dan bila kita jumpa tong sampah, kita buangkannya.

Diam tak diam, motor aku dah capai hampir 24,000km. Satu pusingan dunia. Walaupun bunyi enjin dah macam motor bot, tapi performance still good. Semoga motor sentiasa OK.

23970km

6 Ekor Jin

Seperti yang aku janjikan, Jumaat malam tu aku pergi ambil Pak Sheikh untuk dibawa ke pejabat aku. Aku menaiki MPV aku dan pergi ambil Pak Sheikh di sekitar Ampang. Dia ke Ampang untuk melawat saudara dia yang juga asalnya dari Arab.

Sepanjang perjalanan dari rumahnya di Ampang ke pejabat, aku rasa agak sunyi. Pak Syeikh sibuk berzikir tapi aku mengelamun sambil memberikan perhatian kepada jalan raya yang agak sesak.

Sampai ke pejabat aku, aku bawa Pak Sheikh masuk. Dia berdiam diri seketika. Selepas beberapa ketika, Pak Sheikh minta aku tinggalkan dia keseorangan. Katanya, dia takut aku tak tertanggung melihat apa yang akan berlaku seterusnya. Aku terus keluar dan tinggalkan dia seorang.

Selepas lebih kurang 15 minit, Pak Sheikh miss-call aku. Aku pun bergegas ke pejabat.

Di hadapan Pak Sheikh ada sehelai kertas yang ada lukisan tangan. Lukisan tu ada muka seorang wanita berambut panjang dan tanda salib.

Pak Sheikh kata ada 6 ekor jin kafir yang dihantar menghuni pejabat aku. Tugas mereka adalah untuk menghalang jualan supaya rezeki aku tertutup. Seekor sentiasa menunggu di pintu depan pejabat, bila aku masuk, jin ni akan bertenggek atas bahu aku dan memegang leher aku. Patutlah aku sentiasa rasa macam ada sesuatu memegang tekak aku dan menyebabkan aku batuk yang teruk bila aku berada dalam pejabat aku.

Pak Sheikh kata, perempuan yang buat ni adalah orang yang aku kenali dan mendengkikan pencapaian yang aku telah capai. Aku tergamam sekejap, tapi dalam hati aku tak menuduh sesiapa.

Jin-jin ni pulak telah membuat perjanjian dengan tuannya untuk tidak meninggalkan pejabat aku. Namun setelah Pak Sheikh berbincang dengan jin-jin tu, 3 ekor telah meninggalkan pejabat aku, tetapi 3 ekor lagi terlalu takut dengan tuannya. 3 ekor ni akan kekal kat pejabat aku tetapi telah berjanji tidak akan menganggu lagi.

Lepas tu, Pak Sheikh minta aku ambil air paip.

Dia kemudian membacakan beberapa ayat Al-Quran yang aku tahu, tetapi aku tak ingat susunan ayatnya. Dia minta aku percikkan air ni ke seluruh pejabat, luar koridor pejabat dan di tangga hadapan pejabat aku. Katanya, di tangga ada benda kotor di tabur sehingga anak tangga yang ke-3.

Dia kemudian minta untuk aku hantarkannya balik. Pak Sheikh macam nampak keletihan sedikit. On the way aku bawa Pak Sheikh untuk turun dengan lif, aku pergi jenguk kat tangga yang Pak Sheikh kata ada benda kotor tu. MasyaAllah, aku ada nampak serbuk kehitaman berterabur dari mata tangga pertama hingga tangga ke-3. Satu aku rasa macam takut, satu lagi aku rasa macam kagum pulak dengan kebolehan Pak Sheikh ni.

Pak Sheikh cakap, benda tu akan buat aku batuk-batuk dan rasa tidak sihat bila aku melintas ke kawasan tu. Memang aku akan lintas tangga tu tiap-tiap hari semasa masuk dan keluar dari pejabat.

Aku minta nak ambil gambar, tapi Pak Sheikh melarang. Katanya, biarkanlah ia berlalu……

Servis Motor

4-Oktober-2010

Hari Sabtu lepas aku kerja macam biasa. Minggu ni baru cuti Sabtu. Aku plan nak kemas rumah aku yang terlalu banyak barang tu. Tak tau nak mula kat mana. Tapi aku kena buat sesuatu sebab semak jugak fikiran bila tengok terlalu banyak barang ni.

Dulu aku ada 3 biji rumah yang mana 2 daripadanya aku sewa dari orang lain. Satu di tingkat 6, aku jadikan pejabat dan satu di tingkat 8 aku jadikan stor untuk barangan perniagaan aku. Penuh satu rumah. Rumah yang aku sewa ni adalah dalam 1,000 kaki persegi.

Sekarang ni aku terpaksa sewa rumah jauh sikit sebab sewanya murah.

Mungkin aku dah boleh mula asingkan barang-barang yang aku rasa tak perlu start ari ni. Kalau aku start sekotak sehari, maknanya pada pagi Sabtu tu nanti, aku dah ada 6 kotak untuk diangkut. Terpaksalah aku guna kereta aku untuk angkut kotak-kotak tu.

Balik dari kerja Sabtu lepas, aku ke kedai motor berdekatan dengan rumah aku untuk servis motor superbike EX5 aku tu. Aku servis setiap 2,000km hasil nasihat dari sorang pomen motor yang aku hantar masa motor aku capai 19,700km.

Kos untuk servis ialah seperti berikut;

  • Minyak Hitam – RM15.00
  • Spark Plug – RM5.00
  • JUMLAH: RM20.00

    Aku mintak pomen tu tolong aku check rantai, dia ketatkan sikit rantai aku dan aku juga minta dia minyakkan rantai tu.
    Lepas tu aku tukar helmet aku punya Visor. Visor ni penghadang angin yang tutup kita punya muka tu. Aku punya Visor dah calar dan kalau aku balik malam, cahaya dari kereta depan macam pecah-pecah dan aku tak nampak permukaan jalan. Kalau hujan lagi parah. Kali ni aku tukar hitam sikit. Harga = RM15.00.

Nampaknya, maintenance untuk EX5 ni tak mahal sangat. Kalau aku naik motor yang lebih mahal, maka akan jadi lebih mahallah spare partsnya.

Hasilnya hari ni, motor aku speednya lebih cepat capai 90km/j. Kalau tak susah juga nak capai kelajuan tu. So, kalau nak motor kita tahan lama dan kita sentiasa guna untuk jalan jauh, maka servislah motor kita tu selang 2,000km. Ini petua untuk EX5 ler, kalau motor lain, aku tak tau!