Projek Penternakan

Esok 9-Oktober-2010 aku akan ke Melaka untuk tengok projek penternakan. Aku dioffer untuk jadi sebahagian dari tenaga pekerjanya. Katanya aku khusus untuk mengembangkan market ke Jepun. Maknanya aku kena cari rangkaian jualan di negara matahari terbit tu.

Aku selalu berdoa kepada hadrat Ilahi untuk dapatkan pendapatan RM30K ke atas setiap bulan. Mungkin inilah titik tolak ke arah itu.

Selain tu aku doa juga untuk arwah ibu-bapa aku supaya diampunkan dosa mereka, dipermudahkan alam barzakh mereka dan diberikan syurga kepada mereka. Aku sempat juga doakan supaya dosa isteri dan anak aku diampunkan Allah.

Aku tak terbayang lagi apa yang aku kena buat untuk projek penternakan ni, esok akan terjawab semua persoalannya. Lagipun decision ni kena buat betul-betul sebab aku baru je 3 bulan bekerja di kilang yang boleh bayar gaji yang aku rasa puas hati.

Advertisements

Harga Minyak Naik 5 Sen

16-Julai-2010

Hari ni kerajaan mengumumkan yang harga Petrol RON95 naik sebanyak 5 sen untuk setiap liter. Nampaknya kerajaan Malaysia nak kurangkan defisit belanjawan. Harap-harap tak impak sangat dengan keadaan ekonomi yang masih tak menentu sekarang ni.

Aku nampaknya tak effect sangatlah sebab aku naik motor ke tempat kerja. Satu hari aku belanja RM4 untuk minyak motor aku. Kerajaan naikkan sebanyak 2.8% harga minyak, jadi belanjawan aku akan berubah kepada RM4.11 seharian. Tambahan sebanyak 11 sen sehari.

Katakanlah aku kerja 26 hari dalam sebulan, maka perbelanjaan aku akan meningkat RM2.86. Tak impak sangatlah. Tapi hari ini juga barangan lain dah start naik. Kadang-kadang tak masuk akal langsung kenaikannya.

Gula naik 10 sen sekilo, tapi kat kedai mamak Teh ‘O naik segelas naik 10 sen juga. Kurang ajar betul! Diaorang peniaga ni ingat secawan Teh ‘O tu guna sekilo gula ke?!

Tapi dah jadi lumrah pulak sekarang ni bila kita katakan keadaan macam ni.

Kehidupan nampaknya tidak akan jadi lebih mudah jika kita bandingkan dengan keadaan 20 tahun dahulu. Tekanan kepada individu, terutama sekali orang yang makan gaji macam aku ni, semakin meningkat. Kalau tak jaga betul-betul, akibatnya merana.

Dulu tak perlu handphone pun boleh hidup. Sekarang ni kalau tak ada handphone dah susah dah. Orang siap boleh marah lagi kalau kita takde handphone.

Orang lagi marah kalau kita ada handphone tapi takde top-up………

Semoga keadaan ekonomi dunia semakin baik…..dah tak larat kerja tak dapat bonus hujung tahun beb!

Pelangi

1-Julai-2010

Hari ini adalah hari pertama aku bekerja di tempat baru sebagai QA Manager. Tempat pertama yang tidak mengira umur. Sebelum ini dah beberapa tempat kerja yang terlalu memegang konsep umur. Walaupun ada kelayakan dan memberikan khidmat yang terbaik, kerana aku muda, pangkat Manager atau pengurus tidak boleh aku pegang.

Walau sebelum ini aku pernah memegang jawatan Sales Manager, tapi gajinya cuma RM4000 yang mana standard ini adalah standard untuk Senior Engineer.

Hari pertama biasalah boring giler. Aku jenis yang suka buat kerja sendiri dan sentiasa pastikan yang production line berada dalam keadaan yang terbaik. Tapi syarikat baru, maka pengetahuan pun kurang lagi.

Nasib baik Manager yang nak berenti ni masih ada lagi, so dialah yang berikan tunjuk ajar and show me around. Banyak nak catch-up dan mesin syarikat ni ada lebih dari 200 biji. Nampaknya kena control dengan baik ni. Dalam Department aku ada 12 orang operator yang mengambil data semasa production tengah jalan.

Yang aku nampak, diaorang tak plot pada SPC chart. SPC ni maknanya Statistical Process Control. Aku ada pengetahuan tentang control-control yang jenis macam ni. Aku diamkan diri dulu. Mungkin bila aku dah ambil alih kuasa sepenuhnya, aku akan review balik macam mana untuk jalankan SPC ni.

Habis satu hari, dan aku bertolak balik. Jam dah menunjukkan pukul 7pm. Hujan lebat hari ini. Dalam kereta, aku dengar berita yang banyak jalan jem tak bergerak disebabkan oleh banjir kilat.

Traffic Jam

On the way balik tu aku ternampak satu hiasan indah yang Tuhan cipta iaitu pelangi. Begitu jelas dan menginsafkan akan kebesaran Tuhan. Semoga Tuhan memberkati usaha aku dan memberikan rezeki yang melimpah ruah supaya aku dapat memberikannya kepada keluargaku dan insan lain yang mungkin memerlukan pertolongan dari aku yang tidak berdaya ini.

Pelangi

Tawaran Kerja 3

2-Julai-2010

Hari ini adalah hari ke-2 aku bekerja di tempat baru. Ini bermakna aku berjaya negotiate gaji sehingga  aku capai RM7,300.

Alhamdulillah.

Semalam hari pertama, jadi aku datang dengan kereta. Jarak lebih kurang 60km dari rumah aku sekarang dan masa yang diambil tepat 1 jam.

Hari ini aku naik motor EX5 aku, ikut jalan yang sama dengan semalam. Masa, tepat 1 jam, Ambil pit stop sekali, isi minyak motor RM3, buang air kecil.

On the way, aku tengok traffic jam lebih kurang 3km. Semalam tak seteruk ni. Anyway, what to do. Inilah yang kita panggil rat race. 90% of the populations chasing 10% of the money, while 10% of the population, enjoying 90% of the world wealth.

Aku tergolong dalam 90% that chasing 10%, sambil-sambil tu kejar jugak 90% of the world wealth.

Tawaran Kerja 2

28-Jun-2010

Semalam MD tempat baru aku SMS, dia kata dia baru balik dari Jepun dan tanya aku boleh masuk kerja 28-Jun-2010 atau tak.

Aku minta dia tunggu sampai 30-Jun-2010 sebab pada tanggal ini, MD tempat aku kerja sekarang akan berikan keputusan sama ada nak naikkan gaji aku atau tidak. Hari ni Chairman tempat aku kerja sekarang akan datang ke kilang dan mereka akan berbincang pasal aku.

Aku pun dah start confuse. Dalam kepala aku, aku akan minta MD tempat baru untuk naikkan lagi tawaran gaji ke RM7,500 dan kalau dia kata OK, aku terpaksa pindah ke tempat baru.

Time nilah nak demand tinggi-tinggi.

Aku menanti 30-Jun-2010….

Tawaran Kerja

Khamis 24-Jun-2010

Aku bagitau dengan manager aku yang aku nak berenti sebab aku ditawarkan kerja sebagai QC Manager di kilang lain. Gaji dah tentu lebih tinggi dari tempat aku kerja sekarang.

Sekarang RM4,300, tempat baru RM6,500. Big jump and big decision jugak.

Seperti yang aku jangka, diaorang mengelabah katak. Aku baru kerja 2 bulan 3 minggu kat sini, banyak perubahan telah berlaku dan aku yang mereka katakan telah merubah keadaan tersebut.

Aku datang kerja dan matlamat aku senang aje, apa yang sepatutnya ikut, kita ikut, apa yang sepatutnya jangan, kita jangan buat. Kalau buat pandai-pandai coverlah. Bila difikir balik, takdelah apa sangat yang aku dah buat. Yang diaorang ura-urakan, aku macam nakhoda baru yang mengarahkan semula kapal yang dah hampir 5 tahun tak ada nakhoda. *Nakhoda sebelum ni, macam tahi kerjanya, kata orang lama kat sini.

Aku dipanggil MD dan GM. Dia tanya apa yang boleh buat aku stay, aku cakap aku nak RM6000++, that’s all.

Diaorang nampak macam kerut-kerut dahi, tapi manager aku kata, gaji aku mesti naik punyalah.

MD aku pulak mintak 5 hari untuk bincang dengan Chairman (pemilik kilang aku bekerja sekarang) dan maklumkan aku outcome. MD aku kata, aku kena sain darah kalau cadangan dia kepada Chairman untuk naikkan gaji aku diterima. Syaratnya, aku kena jadi management group (managerlah tu kot) dan aku tak boleh duduk kat tempat aku kerja sekarang, kena duduk HQ jugak.

Aku jawap, OK, aku understand….tapi dalam bahasa jepunlah…..bunyinya “Wakarimashita”. Manager aku pulak, muka nampak sedih….

Balik meeting dengan MD dan GM tu, aku berborak lagi dengan manager aku, dia 2-3 kali kata yang gaji aku mesti naik punyalah…..bagi aku, mana-mana pun ok, kalau gaji tak naik, aku cabut, gaji gerenti naik jugak….

Semalam 25-Jun-2010, aku punya ejen pekerjaan call, tanya pasal aku nak berenti. Aku cakap aku dapat tempat baru yang lebih mahal gajinya. Dia try to convince aku yang future aku kat tempat sekarang ni mungkin akan jadi much better.

Katanya;

(1) Management sekarang bagitau sama ejen pekerjaan aku ni yang performance aku sangat memuaskan

(2) Ejen aku kat yang kilang aku sekarang tengah interview seorang penganti aku (dah second interview) dan management nak aku ditransfer ke HQ untuk ganti manager yang berenti bulan lepas.

(3) Ejen aku dah bagitau kat management suruh jaga kebajikan pekerja-pekerja yang performancenya bagus.

Nampaknya bersungguh-sungguh diaorang nak aku stay….good sign anyway.

Dalam kepala aku, aku ada beberapa condition yang diaorang mesti penuhi.

(1) Gaji aku RM6000++ (bersih)

(2) Sain darah pun takpe

(3) Aku suka kerja kat sini sebab Sabtu cuti…walaupun aku selalu datang OT Sabtu. *Kalau nak tau, first 20 hours OT tak dibayar….cess…..satu kelemahan yang menyekat aku punya Supervisor dan Technician datang kerja lebih masa…..

(4) Tempat baru yang offer kerja tu jauh….aku kena pindah kalau nak kerja kat sana….troublesome.

(5) Kalau aku kena hantar ke HQ, time to travel to workplace, just 10 minutes, compare to now, about 50 minutes – 1 hours…*by bike!

Anyway, just let them scratch their head dan aku kena tunggu sampai 30hb Jun 2010 untuk jawapan muktamad dari MD aku.