Bulan Mengambang DiPagi Hari

29-Julai-2010

Pagi aku bermula jam 5.00am. Alarm handphone aku berbunyi tepat pada masanya. Aku tekan Snooze, dia senyap kejap. Aku lelapkan mata dan 5.10am, berbunyi lagi handphone Sony Ericsson aku ni….oklah aku give-up, aku bangun. Pegi ke dapur, minum segelas air bertapis Diamond aku tu.

Lepas minum, aku ke akuarium kesayangan aku, on lampu, tengok ikan sekejap. Aku offkan pump air dan terus ke bilik air untuk melaksanakan tugas sebagai seorang yang mempunyai kepala, leher, tangan kiri dan tangan kanan, dada, perut, alat sulit, kaki dan 20 batang jari serta gigi yang dah banyak bertampal ni.

Selesai di bilik air, aku sembahyang Isya’ dinosaur dan sementara tunggu Subuh, aku melangut kat depan akuarium. Aku onkan filter external aku yang agak kuat daya sedutannya. Aku perasaan kat tiub penapis akuarium aku tu ada sesuatu yang mengalir laju masuk ke penapis…..aku biarkan sekejap. Azan Subuh berkumandang, dan aku terus laksanakan tugas aku sebagai orang Islam.

Lepas Subuh, aku macam dah takde mood. Tak sempat aku nak baca surah Al-Waqiah hari ni…penat sikit.

Hati aku tak senang sikit hari ni, jadi aku bukaklah filter akuarium aku tu. Ada seekor ikan seluang, yang terperangkap dalam filter tu rupanya. Aku kembalikan ke akuarium.

Hari ni isteri aku bangun lambat sikit, jadi minuman kesihatan aku disediakan oleh aku sendiri. Senang je kerjanya. Lepas minum, aku ke tandas, buang sikit, pakai baju kerja dan salam-salam dengan anak tunggal kesayangan aku tu. Salam isteri aku, cium-cium sikit, terus ke tingkat bawah guna lift.

Kat kereta, aku terlihat bulan mengambang di langit.

Bulan Pagi

Aku memandu terus ke tempat kerja tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Pagi ni langit agak penuh dengan awan.

Langit Pagi 29-Julai-10

Matahari terlindung tetapi sudah cukup untuk menunjukkan kekuatan cahayanya.

Hari ini di tempat kerja, aku siapkan report untuk pelanggan yang complaint pasal defect dent. Tengahari sebelum aku pergi makan, aku call Aeon Credit, tanya pasal application aku….rejected! Cess….tak dapat aku beli skuter impian aku. Nampaknya, kena tunggu bonuslah jawapnya.

Petang ni aku kena hantar satu lagi report ke customer kat Thailand yang complaint pasal rough surface dan loose burr…..pening!

Advertisements

KLIA

28-Julai-2010

Hari ni aku ke KLIA terus dari rumah. Aku pergi pick-up customer aku dari Penang nak datang audit factory. Banyak juga benda-benda baru yang pengurusan KLIA buat. Menarik gak. Aku sampai dalam jam 9.30am. Customer punya flight landing jam 9.55am. Jadi sempatlah aku capai kamera dan tangkap beberapa gambar.

Papan Tanda KLIA  Porshe Targa

Kemudian aku kat dalam KLIA tu, sempat aku baca sejarah industri penerbangan. Dapatlah aku bezakan melalui gambar bagaimana dahulu dan sekarang.

Papan Tanda Airport Dulu Notis KLIA

Dahulu, orang tulis pakai kapur, sekarang ni, taip kat komputer, terus naik kat TV flat skrin.

Lapangan Terbang Dulu Lapangan Terbang Sekarang

Dahulu, lapangan terbang terdiri dari 2 rumah beratap rumbia. Satu untuk check-in, satu untuk penumpang menunggu. Sekarang ni, pergh…siap ada Executive Lounge lagi. Pernah aku merasa sekali lounge MAS, sebab diaorang upgrade aku punya flight dari ekonomi ke Business Class sebab diaorang over booking Economy Class. Dapatlah aku merasa makan free, minum apa sahaja yang aku nak…..ni time aku balik semula ke Jepun masa aku belajar dulu. Mungkin dalam 12 tahun lepas.

Beratur Tengok Lapangan Terbang Baru Orang beratur nak tengok pembukaan lapangan terbang Subang (1965)

Kelas Aviation Kelas ATC (Air Traffic Controller) – (1952)

Bomba Airport Skuad Bomba Lapangan Terbang Sungai Besi – (1956)

Ipoh Airport Lapangan terbang Ipoh…..nanti aku pegi Ipoh, aku tangkap gambar terbaru.

Hebat juga sejarah industri penerbangan kita ni.

Selepas aku jumpa customer tu, aku bawak dia pegi kilang aku. Jauhnya dalam sejam driving at average speed 90km/h. Sampai kat kilang salam jam 11.30am. Bincang-bincang, pegi makan, balik kilang bincang lagi, line audit, bincang lagi, closing dan aku hantar dia balik ke KLIA.

Sampai-sampai je dah dekat jam 4.15pm. Aku ajak dia pergi sembahyang Zohor.

Arah Kiblat KLIA Dinding Surau KLIA

Lepas sembahyang, aku belanja dia makan Sardine Puff dengan Cappucinno Latte sejuk. Lepas makan, dah tiba dia boarding. Aku hantar sampai pintu masuk boarding. Salam-salam, dia pesan minta improve dan dia dan boss dia akan datang untuk audit improvement results. Aku suruh diaorang lain kali datang stay one night, nanti aku entertainlah. Boleh bawak jalan-jalan cari makan.

Lepas tu aku sembahyang Asar, bertolak balik. One the way balik, aku lalu kat Petronas sebelum tol masuk Elite. Tengok-tengok ada McDonald’s drive thru. Aku pun pit-stop, beli sundae cone…RM1.05.

Sundae Cone Kat Jepun, sundae cone macam ni diaorang panggil “Soft Cream”!

Aku terus ke Kajang, pergi main badminton dengan kawan-kawan lama. Hari ni tak ramai sangat, lagipun diaorang ni takde stamina. Game ended at 8pm, aku balik, singgah Petronas punya surau, solat Maghrib. Telefon isteri aku, dia order roti canai dengan roti nan.

Aku singgah kat kedai mamak dekat dengan rumah aku, order dan pergi ke kedai akuarium. Kali ni aku beli ikan Kelah 2 ekor. Kecik je, harganya RM8 seekor!

Ikan Kelah  Yang belah kanan sekali, kepalanya mengadap kanan….itulah ikan kelah!

Semoga esok lebih baik dari hari ini!

Orang yang Paling Kaya di Babylon

Richest Man In Babylon

Buku ni aku dah beli lama dulu, rasanya tahun 2009 kot. Aku baca beberapa perenggan yang menarik perhatian aku. Buku ni membincangkan tentang macam mana untuk jadi kaya. Antara yang menarik ialah;

Tujuh Ubat untuk Merawat Dompet yang Nipis

1. Mula menggemukkan dompet: Simpan 10% daripada pendapatan kita. Contohlah, gaji RM2,000, jadi simpanlah RM200. Simpan dulu RM200 ni, kemudian barulah bayar hutang-hutang yang lain. Aku rasa ajaran ini dipraktikkan di negara kita melalui potongan EPF (KWSP) yang mana sekarang ni kita bayar 11%. (Majikan bayar 12%).

2. Control perbelanjaan kita: Bezakan antara keperluan dan keinginan. Contohnya, kereta Honda Accord 2.0 dengan kereta Honda City 1.5, kalau kita beli Accord, ini maknanya keinginan. Tapi, kita fikir untuk control belanja kita, maka kita dengan penuh azam untuk jadi kaya, belilah City, yang mana harganya beza dalam RM60 ribu.

3. Gandakan simpanan kita: Duit 10% yang kita simpan tu, kita laburkan ke arah yang boleh memberikan pulangan. Contoh untuk orang Melayu ni, kita ada ASB (Amanah Saham Berhad). Duit yang kita simpan tu akan bekerja untuk kita. Tiap-tiap tahun ia akan berganda sebanyak lebih kurang 8%. Kalau kita simpan RM10,000, selepas setahun ia akan jadi RM10,800. RM800 ni dah jadi anak, anak ini pula akan berkerja untuk kita. Selepas setahun lagi, anak RM800 ni akan lahirkan cucu yang namanya RM160 sambil kita akan dapat anak kedua yang namanya RM800 the second!

4. Lindungi duit kita dari diambil orang: Teruk-teruk kita simpan, dalam sekelip mata boleh diambil orang. Katanya, jangan melabur membabi buta. Islam ada mengajar yang mana pelaburan yang memberikan pendapatan tetap adalah Haram. Sekarang ni banyak yang offer pendapatan tetap, biasanya ni semua menipu duit kita. Satu lagi skim-skim piramid, jenis yang cari-cari orang ni. Ada yang kata kita labur sejumlah wang, pakej diamond lah, pakej platinum lah, kemudian tunggu je duit masuk berkepuk-kepuk tanpa perlu buat apa-apa. Biasanya, yang ni pun menipu. Kalau tak perlu cari orang, kenapa orang tu cari kita?

5. Jadikan rumah kita sebagai satu pelaburan yang menguntungkan: Beli rumah sendiri dan jaga rumah tu bebaik. Kat Malaysia sekarang ni, mengikut kawasan, harga rumah akan naik berganda-ganda. Lagipun kalau kita terus menerus menyewa, duit sewa akan jadi belanja. Tapi kalau kita beli rumah, duit sewa akan dinamakan duit pelaburan.

6. Pastikan pendapatan kita terjamin untuk masa depan: Makin lama, kos kehidupan kita makin meningkat. Masa aku umur 10 tahun, iaitu 23 tahun dulu, roti canai sekeping 30 sen aje. Sekarang ni dah jadi RM1.00. Maknanya, kos akan meningkat lebih kurang sekali ganda setiap 10 tahun. Jadi kalau umur aku masuk 60 nanti, roti canai akan jadi RM3.00! Bahaya! Jadi kenalah aku start kira-kira macam mana untuk tingkatkan income masa depan. Kata buku ni, belilah tanah, rumah, buat rumah ni rumah sewa, tanah tadi tanamlah pokok yang memberikan hasil seperti pokok getah.

7. Tingkatkan kemampuan kita untuk jana pendapatan: Yang ni benar-benar berlaku pada aku. Sepanjang aku bekerja untuk 6 syarikat sekarang selama 12 tahun, aku berjaya meningkatkan pendapatan aku dari RM1,600 kepada RM7,300. Semuanya adalah kerana aku suka belajar benda baru. Tiap-tiap syarikat yang aku masuk, aku akan mintak diaorang hantar aku pergi kursus. Statistiklah, teknik productionlah, management skills lah dan macam-macam lagi. Yang bestnya, benda ni free. Selain itu aku ambil lesen-lesen yang orang lain tak ambil port atau susah nak lulus. Contohnya, lesen RPO (Radiation Protection Officer) yang dikeluarkan oleh AELB (Atomic Energy Licensing Body). Masa aku ambil periksa ni, 100 orang ambil, 20 orang je yang lulus. Namun, ilmu hanya akan naikkan kita 10%, sikap kita 90% akan mengubah nasib kita!

Richest Man In Babylon Price

Banyak lagi perenggan-perenggan yang memberikan kita banyak maklumat. Jadi kalau nak beli, buku ni harganya RM29.50 di MPH. Kalau kat MPH, carilah kat bahagian Personal Finance. Kalau tak jumpa, tanya kat penjaga kedai tu.

Kat belakang buku tu macam ni summarynya;

“Beloved by millions, this timeless classic holds the key to all you desire and everything you wish to accomplish. This is the book that reveals the secret to personal wealth.

The success secrets of the ancients-an assured road to happiness and prosperity.

Countless readers have been helped by the famous “Babylonian parables.” hailed as the greatest of all inspirational works on the subject of thrift, financial planning, and personal wealth. In language as simple as that found in the Bible, these fascinating and informative stories set you on a sure path to prosperity and its accompanying joys. Acclaimed as a modern-day classic, this celebrated bestseller offers and understanding of – and a solution to – your personal financial problems that will guide you through a lifetime. This is the book that holds the secrets to acquiring money, keeping money, and making money earn more money”

>>> Ada Bible tu, tapi take positive one……

Seksaan Meninggalkan Solat Fardhu

Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan satu poster yang aku nampak beberapa kali. Dah tangkap gambar melalui handphone Sony Ericsson aku yang berkelengkapan dengan camera digital CyberShot 8 Mega Pixels, tapi tak kesampaian untuk upload dalam komputer aku.

Seksaan kalau kita tinggal Solat Fardhu terbahagi kepada 4 masa.

P1030421

Seksaan ketika hidup di dunia

  1. Allah kurangkan keberkatan umurnnya
  2. Rezekinya dipersempitkan Allah
  3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
  4. Doanya tertolak
  5. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
  6. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

P1030423 

Seksaan Ketika Sakaratul Maut (Menghadapi Mati)

  1. Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina
  2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
  3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak 7 lautan

 P1030422

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur

  1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
  2. Kuburnya akan digelapkan
  3. Allah akan menyeksanya dengan pedih sehinggalah hari Kiamat

P1030424

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat

  1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh Malaikat
  2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
  3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam Neraka

Ya Allah, ampunkanlah dosa aku. Sudah banyak waktu yang aku bazirkan….

Kemudian poster tu ada lagi mengatakan tentang persamaan dosa meninggalkan solat dengan dosa perbuatan lain mengikut solat fardhu mana yang kita tinggal…..atau lalai.

P1030425

Subuh: Ia akan diseksa selama 60 tahun di dalam Neraka (Bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia)

P1030426

Zohor: Dosanya seperti membunuh 1,000 nyawa orang Islam

P1030427

Asar: Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah

P1030428

Maghrib: Dosanya seperti ia berzina dengan orang tuanya sendiri

P1030429

Isyak: Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain

Semoga pembaca dan aku sekali insaf dan pentingkanlah sembahyang atau solat. Dunia ini hanya sementara manakala akhirat itu kekal untuk kita sebagai orang Islam untuk menikmatinya. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah……Amin.

Meter 20001 km

meter ex5 - 20001

Semalam petang dalam jam 7 malam, meter motor aku telah mencecah angka 20,001 km. Maknanya dalam 4,000 km lagi, motor EX5 aku akan mencapai satu pencapaian mengelilingi dunia. Kalau aku tak silap lah.

Time motor aku capai 19,600 km ari tu, aku kena tukar spocket dan rantai. Enjin dah agak kasar sikit, tapi kelajuannya nampak tak berubah sangat. Kalau naik bukit memang tak boleh speed sangatlah.

Tiap-tiap hari aku akan travel lebih kurang 125km, pergi balik ke tempat kerja dan rumah aku. Kalau dikira-kira, aku bekerja selama 24 hari maksimum dalam sebulan. Maknanya aku akan guna motor aku untuk travel sejauh 36,000km selama setahun, dan sekiranya aku disuratkan untuk mengunakan motor EX5 aku ni 3 tahun lagi, tayar motor tu akan bergolek sejauh 128,000km.

Minyak yang akan digunakan ialah sebanyak RM4,100 dengan kiraan RM1.85/L sekarang ni.

Harap-harap motor EX5 aku akan terus berjuang memberikan khidmatnya yang terbaik.

Kita Sama-Sama Cari Makan

27-Julai-2010 (11.16am)

Tadi ada satu customer call dan marah sebab aku lambat balas email dia. Dia hantar email 23-Julai-2010, yang mana tarikh ni aku ke Johor, outstation. Aku tak dapat check email sebab takde laptop ataupun internet connection.

Semalam (Isnin) aku dah minta aku punya PC (Production Control) untuk replace quantity yang customer mintak sebab, itulah kali pertama aku dapat tengok email tu. Tindakan dah diambil.

Company aku sekarang ni sistemnya tak berapa nak ada lagi walaupun dah beroperasi hampir 16 tahun. Delivery quantity, schedule selalu sangat customer cari QA. Patutnya carilah Sales atau PC ke kan? Aku harap sistem ini dapat digerakkan dengan sistematik supaya maklumat yang tepat boleh sampai ke pelanggan ataupun person who may concern. Lain department, lain tahap pengetahuannya terhadap maklumat department lain.

Anyway, aku masih cool…..sebab kita kerja ni untuk cari makan, sama-sama cari makan….

Berhati-hati di Jalan Raya

27-Julai-2010

Hari ini adalah hari gaji tempat baru aku. Aku masuk 1 Julai 2010 jadi gaji untuk bulan ni tak dapat penuh. Dia cut-off 2ohb. Anyway, aku terima apa yang sepatutnya dan harap tempat kerja aku sebelum ni bayar gaji aku untuk 23hb-30hb Jun 2010 perkhidmatan aku kepada diaorang. Lagipun ada beberapa RM yang diaorang kena bayar kat aku sebab aku keluar duit sendiri untuk beli kelengkapan syarikat sebelum ni.

Pagi tadi aku naik motor EX5 aku setelah beberapa hari naik kereta syarikat. Seronok juga naik motor ni, cuma ada sedikit cabaran kepada keadaan pinggang aku. Aku tiba di tempat kerja tepat jam 7.53am. Aku punya tempat kerja start at 8.15am. Well, not bad jugak aku ni…..

Semalam aku datang company guna company car, on the way ke sini kat KESAS Highway tu, adalah seorang minah ni. Dia memandu Kancil bersendirian. Tapi laju giler. Potong kereta aku sebelah kiri dan nyaris-nyaris gesel bumper depan kereta yang aku pandu. Ni gambar kereta Kancil tu yang sempat aku tangkap guna Kamera Digital Lumix DMC-FS3 yang aku beli tahun lepas.

Minah Speed

Harap-harap wanita-wanita yang memandu kat luar sana tu boleh berhati-hati sedikit. Terutama sekali bila kita memandu bersendirian. Memang betul sekarang ni dah ramai wanita yang menyamai lelaki (akhir zaman) tapi masih ramai lagi yang lemah gemalai, sifat ini akan diambil kesempatan oleh lelaki seperti aku untuk “membuli”. Harap aku tak membulilah.

Nak bawak laju tu boleh….cuma berhati-hatilah. Kadang-kadang silap sikit je, lelaki-lelaki ni akan naik minyak lebih-lebih sebab lelaki ni ada egonya. Perempuan potong kereta kita, kita tak boleh terima.

Semoga Tuhan memberkati semua…..