6 Ekor Jin

Seperti yang aku janjikan, Jumaat malam tu aku pergi ambil Pak Sheikh untuk dibawa ke pejabat aku. Aku menaiki MPV aku dan pergi ambil Pak Sheikh di sekitar Ampang. Dia ke Ampang untuk melawat saudara dia yang juga asalnya dari Arab.

Sepanjang perjalanan dari rumahnya di Ampang ke pejabat, aku rasa agak sunyi. Pak Syeikh sibuk berzikir tapi aku mengelamun sambil memberikan perhatian kepada jalan raya yang agak sesak.

Sampai ke pejabat aku, aku bawa Pak Sheikh masuk. Dia berdiam diri seketika. Selepas beberapa ketika, Pak Sheikh minta aku tinggalkan dia keseorangan. Katanya, dia takut aku tak tertanggung melihat apa yang akan berlaku seterusnya. Aku terus keluar dan tinggalkan dia seorang.

Selepas lebih kurang 15 minit, Pak Sheikh miss-call aku. Aku pun bergegas ke pejabat.

Di hadapan Pak Sheikh ada sehelai kertas yang ada lukisan tangan. Lukisan tu ada muka seorang wanita berambut panjang dan tanda salib.

Pak Sheikh kata ada 6 ekor jin kafir yang dihantar menghuni pejabat aku. Tugas mereka adalah untuk menghalang jualan supaya rezeki aku tertutup. Seekor sentiasa menunggu di pintu depan pejabat, bila aku masuk, jin ni akan bertenggek atas bahu aku dan memegang leher aku. Patutlah aku sentiasa rasa macam ada sesuatu memegang tekak aku dan menyebabkan aku batuk yang teruk bila aku berada dalam pejabat aku.

Pak Sheikh kata, perempuan yang buat ni adalah orang yang aku kenali dan mendengkikan pencapaian yang aku telah capai. Aku tergamam sekejap, tapi dalam hati aku tak menuduh sesiapa.

Jin-jin ni pulak telah membuat perjanjian dengan tuannya untuk tidak meninggalkan pejabat aku. Namun setelah Pak Sheikh berbincang dengan jin-jin tu, 3 ekor telah meninggalkan pejabat aku, tetapi 3 ekor lagi terlalu takut dengan tuannya. 3 ekor ni akan kekal kat pejabat aku tetapi telah berjanji tidak akan menganggu lagi.

Lepas tu, Pak Sheikh minta aku ambil air paip.

Dia kemudian membacakan beberapa ayat Al-Quran yang aku tahu, tetapi aku tak ingat susunan ayatnya. Dia minta aku percikkan air ni ke seluruh pejabat, luar koridor pejabat dan di tangga hadapan pejabat aku. Katanya, di tangga ada benda kotor di tabur sehingga anak tangga yang ke-3.

Dia kemudian minta untuk aku hantarkannya balik. Pak Sheikh macam nampak keletihan sedikit. On the way aku bawa Pak Sheikh untuk turun dengan lif, aku pergi jenguk kat tangga yang Pak Sheikh kata ada benda kotor tu. MasyaAllah, aku ada nampak serbuk kehitaman berterabur dari mata tangga pertama hingga tangga ke-3. Satu aku rasa macam takut, satu lagi aku rasa macam kagum pulak dengan kebolehan Pak Sheikh ni.

Pak Sheikh cakap, benda tu akan buat aku batuk-batuk dan rasa tidak sihat bila aku melintas ke kawasan tu. Memang aku akan lintas tangga tu tiap-tiap hari semasa masuk dan keluar dari pejabat.

Aku minta nak ambil gambar, tapi Pak Sheikh melarang. Katanya, biarkanlah ia berlalu……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: