Rawatan Islam Darul Syifa

Aku tak berapa ingat sangat bila dan insan yang ke berapa aku jumpa, aku ke Darul Syifa di Bandar Baru Bangi untuk merawat “penyakit” aku ni. Masa aku pergi tu rasanya hari orang bekerja dan sudah tentu bukan hari Selasa. Sebab hari Selasa, Tuan Guru Dato’ Harun Din yang merawat pesakit.

DarulSyifa

Mula-mula sampai, aku tengok ramai orang yang menunggu. Ada satu ruang yang disediakan oleh pihak Darul Syifa untuk pengunjung yang datang. Suasana agak senyap dan aku lihat boleh dikatakan semua orang memegang botol air yang berisi air kosong. Aku pergi tanpa bawa apa-apa. Dan di sana mereka ada jual air mineral, tak silap aku air Gau.

Aku pun pergilah beli sebotol.

Untuk dapatkan rawatan, aku kena isikan nama, alamat dan “penyakit” dalam buku pendaftaran diaorang. Aku tulis “gangguan” sahaja sebab aku tengok itu yang orang lain tulis. Yang aku perasan, rasa seperti dipegang pada leher aku ni dah macam dilepaskan pulak. Hairan jugak aku, sebab masa aku drive tadi rasa macam kena cekik je leher aku ni.

Entahlah, mungkin “penganggu” ni takut kot. Wallah hualam.

Agak lama jugak aku tunggu. Sambil tu sempat jugak aku beli buku yang bertajuk “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit”.  Harganya RM15 kalau aku tak silap. Baca punya baca, sampailah ke giliran aku.

BukuIkhtiar_Edisi2

Aku diserahkan kepada seorang uztaz yang nampak agak muda dan wajahnya seakan penyampai radio Halim Osman. Aku duduk kat depan dia (atas kerusi) dan dia bertanya apa masalah. Aku ceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku pada diri aku dan yang paling aku tekankan ialah pada leher aku yang rasa macam kena pegang ni.

Uztaz tu kemudiannya membacakan ayat-ayat Al-Quran yang aku biasa dengar. Lepas beberapa bacaan, dia kata aku ada sedikit gangguan. Aku sebenarnya pada masa ni masih lagi tak percaya yang dugaan ni menimpa diri aku. Fikiran aku masih lagi melayang-layang. Uztaz tu tepuk belakang aku beberapa kali sambil membacakan beberapa ayat. Dan last sekali dia macam membuang sesuatu dari leher aku.

Dia mintak aku bukakan air yang aku bawak. Dia cakap, kenapa bawak air sikit sangat? Dalam hati aku….manalah aku tau…

Lepas tu dia bacakan beberapa ayat pada air tu dan tiup pada mulut botol tu beberapa kali. Uztaz tu minta aku mandi dengan air yang sudah dirukyah tu.

Lepas aku ucapkan terima kasih pada uztaz tu, aku sempat masukkan sedikit wang ke dalam tabung yang ada kat ruang menunggu. Darul Syifa ni tak menuntut sebarang bayaran.

Aku terus pulang ke rumah dan senja tu aku mandi seperti yang disarankan. Tiada apa-apa perubahan drastik yang berlaku. Mungkin cuma perasaan aku sahaja, aku rasa macam penat sikit malam tu.

Abu Mayat

Hari Isnin selepas aku renjiskan air jampi Pak Sheikh, aku kembali ke pejabat. Aku tengok ada banyak juga kesan-kesan habuk yang seakan-akan abu pada lantai pejabat aku. Aku teringat Pak Sheikh kata yang pejabat aku kena tabur dengan abu mayat.

Fikiran aku masa tu kosong. Aku tak tahu macam mana musuh aku boleh masuk ke pejabat dan lakukan perkara terkutuk tu hanya kerana dengkikan aku. Aku sampai sekarang tak boleh bayangkan macam-mana pelaku ni ada keberaniaan untuk masuk ke pejabat. Dah tentu dia masuk masa pejabat dibuka.

Mungkin masa aku tiada dan pekerja aku pergi rehat makan tengahari. Siapa sedar yang aku ni ada musuh dalam selimut. Aku rasa aku tak menyakitkan hati orang sebab aku ni bukanlah orang yang boleh kutuk orang depan-depan. Tapi aku tak syak sesiapalah. Yang penting aku nak sihat dan bisnes aku naik balik macam sebelum ni.

Aku minta pekerja aku sapukan abuk-abuk tu. Aku macam dah takde mood untuk meneruskan bisnes aku pada masa tu.

Selepas pada peristiwa debu dalam pejabat tu, aku sekali-sekala akan berhubung dengan Pak Sheikh, terutama sekali apabila aku rasa leher aku macam kena pegang. Beberapa lagi sesi rawatan telah aku lalui dengan Pak Sheikh.

Yang peliknya, ada sekali tu dia suruh aku datang seorang. Selalunya aku pergi dengan seseorang. Dia macam tak bagi aku pergi dengan orang ni. Untuk dimudahkan, aku namakan orang ni Sultan. Sultan nilah yang beria-ia memperkenalkan aku dengan Pak Sheikh.

Nak ke tempat Pak Sheikh ni agak mencabar sikit sebab tempatnya agak ceruk. Kalau dia suruh datang lepas Maghrib, maka aku rasa macam takut jugaklah sebab aku kena pergi seorang!

Kali ni Pak Sheikh bacakan ayat Quran yang agak panjang ke telinga belah kanan aku. Dia kata dugaan yang aku hadapi ni agak berat. Dia minta aku zikir La ila ha illallah Wahdahu Lasyarikalah, Lahul  mulqquwalahul Hamduyuhyi Wayumittu Wahuwa ala Kullisyai In Qadir sebanyak seratus kali pagi. Katanya InsyaAllah aku tidak akan ada gangguan pada hari tersebut.

Dia minta aku terus bersabar dan terus berusaha dalam perniagaan yang aku lakukan sekarang ni.

Aku cuba juga bertanya, siapa yang punya angkara. Dia kata orang yang buat tu adalah orang yang aku kenal dan agak rapat dengan aku.

Masalah jugak ni, sebab aku tak terlintas langsung sesiapa yang rapat dengan aku tetapi sanggup melakukan perkara syirik ni…….

6 Ekor Jin

Seperti yang aku janjikan, Jumaat malam tu aku pergi ambil Pak Sheikh untuk dibawa ke pejabat aku. Aku menaiki MPV aku dan pergi ambil Pak Sheikh di sekitar Ampang. Dia ke Ampang untuk melawat saudara dia yang juga asalnya dari Arab.

Sepanjang perjalanan dari rumahnya di Ampang ke pejabat, aku rasa agak sunyi. Pak Syeikh sibuk berzikir tapi aku mengelamun sambil memberikan perhatian kepada jalan raya yang agak sesak.

Sampai ke pejabat aku, aku bawa Pak Sheikh masuk. Dia berdiam diri seketika. Selepas beberapa ketika, Pak Sheikh minta aku tinggalkan dia keseorangan. Katanya, dia takut aku tak tertanggung melihat apa yang akan berlaku seterusnya. Aku terus keluar dan tinggalkan dia seorang.

Selepas lebih kurang 15 minit, Pak Sheikh miss-call aku. Aku pun bergegas ke pejabat.

Di hadapan Pak Sheikh ada sehelai kertas yang ada lukisan tangan. Lukisan tu ada muka seorang wanita berambut panjang dan tanda salib.

Pak Sheikh kata ada 6 ekor jin kafir yang dihantar menghuni pejabat aku. Tugas mereka adalah untuk menghalang jualan supaya rezeki aku tertutup. Seekor sentiasa menunggu di pintu depan pejabat, bila aku masuk, jin ni akan bertenggek atas bahu aku dan memegang leher aku. Patutlah aku sentiasa rasa macam ada sesuatu memegang tekak aku dan menyebabkan aku batuk yang teruk bila aku berada dalam pejabat aku.

Pak Sheikh kata, perempuan yang buat ni adalah orang yang aku kenali dan mendengkikan pencapaian yang aku telah capai. Aku tergamam sekejap, tapi dalam hati aku tak menuduh sesiapa.

Jin-jin ni pulak telah membuat perjanjian dengan tuannya untuk tidak meninggalkan pejabat aku. Namun setelah Pak Sheikh berbincang dengan jin-jin tu, 3 ekor telah meninggalkan pejabat aku, tetapi 3 ekor lagi terlalu takut dengan tuannya. 3 ekor ni akan kekal kat pejabat aku tetapi telah berjanji tidak akan menganggu lagi.

Lepas tu, Pak Sheikh minta aku ambil air paip.

Dia kemudian membacakan beberapa ayat Al-Quran yang aku tahu, tetapi aku tak ingat susunan ayatnya. Dia minta aku percikkan air ni ke seluruh pejabat, luar koridor pejabat dan di tangga hadapan pejabat aku. Katanya, di tangga ada benda kotor di tabur sehingga anak tangga yang ke-3.

Dia kemudian minta untuk aku hantarkannya balik. Pak Sheikh macam nampak keletihan sedikit. On the way aku bawa Pak Sheikh untuk turun dengan lif, aku pergi jenguk kat tangga yang Pak Sheikh kata ada benda kotor tu. MasyaAllah, aku ada nampak serbuk kehitaman berterabur dari mata tangga pertama hingga tangga ke-3. Satu aku rasa macam takut, satu lagi aku rasa macam kagum pulak dengan kebolehan Pak Sheikh ni.

Pak Sheikh cakap, benda tu akan buat aku batuk-batuk dan rasa tidak sihat bila aku melintas ke kawasan tu. Memang aku akan lintas tangga tu tiap-tiap hari semasa masuk dan keluar dari pejabat.

Aku minta nak ambil gambar, tapi Pak Sheikh melarang. Katanya, biarkanlah ia berlalu……

Sihir

fire2

Pertama kali aku tahu yang aku disihir apabila aku diberitahu oleh seorang Pak Sheikh yang menetap di hujung negeri Selangor. Pak Sheikh ni telah bermustautin di Malaysia lebih 15 tahun. Dengar ceritanya, Pak Sheikh nilah yang bertanggung jawab untuk memeriksa Al-Quran yang dicetak kat Malaysia ni.

Pak Sheikh ni boleh berbahasa Melayu, tapi loghat Arab sikit.

Aku ke rumah Pak Sheikh ni dengan kawan aku.

Sampai di rumahnya yang terletak di dalam kawasan sekolah pengajian Al-Quran, aku diminta duduk dihadapannya. Dia membacakan beberapa ayat Al-Quran dan kemudian Pak Sheikh kata “Kamu ni ada masalah, berat.”

Kemudian, dia membacakan beberapa ayat lagi dan meminta untuk diberikan air mineral yang aku beli masa dalam perjalanan ke rumahnya tadi. Dia baca beberapa ayat dan berikan botol tu kepada aku. Dia suruh aku minum.

Kemudian, dia nak melawat pejabat tempat aku berniaga. Aku berjanji dengan Pak Sheikh tu untuk ambil dia pada hari Jumaat minggu tu juga.

Terus terang aku cakap, aku gundah gelana masa tu. Fikiran aku tak keruan, sebab, kalau sakit biasa, aku jumpa doktor, ambil ubat dan boleh tahu baik atau tidak. Kalau “sakit” jenis yang macam ni, aku tak tahu macam mana nak atasinya. Terlalu subjektif.

Lemas Kat Sungai

Masa tu aku rasa aku didarjah 3 sekolah rendah. Aku bersama dengan 2 abang aku ke sungai untuk mencari “kijing”. “Kijing” ni macam kepah juga tapi kecik. Aku tak suka makan, tapi tolong-tolong carikan tu memang suka sebab boleh ke sungai. Masa tu bulan puasa.

Macam biasa turunlah kami bertiga ke dalam sungai. Air memang cantik, walaupun warnanya macam teh tarik mamak kurang manis, tapi sejuk. Bolehlah mengurangkan kepenatan berpuasa.

Mula-mula kitaorang bertiga cari di tebing-tebing sungai berdekatan dengan rumah kami. Cari punya cari, hasilnya tak berapa memuaskan. Abang aku yang paling besar masa tu ajak kitaorang pergi ke tebing seberang sana.

OK, kitaorang pun mengaruk air sungai menuju ke tebing sebelah satu lagi. Dalam bertiga ni, sorang pun tak reti berenang. Aruk punya aruk, sekali ada satu kawasan yang tiba-tiba menjunam dalam. Pergh…..!! Tiga-tiga tenggelam. Aku try nak jejak dasar tapi tak kesampaian. Aku rasa adalah dalam 2 meter dalamnya.

Tak tau berapa teguk dah aku tertelan air sungai. Masa tu dah ler puasa.

Dalam terkapai-kapai tu aku sempat jejak dasar dan tertarik seluar pendek abang aku. Aku tak tau yang mana satu tapi dapatlah aku kuis kaki sikit dan jejak ke kawasan pasir yang cetek.

Entah macam mana, kedua-dua abang aku pun berjaya menyelamatkan diri. Suasana senyap sekejap dan lepas tu kami bertiga gelak mengenangkan apa yang dah berlaku. Pencarian kijing diteruskan dan selepas tu kitaorang berhati-hati melintasi sungai dan sebelum balik, sempat lagi kutip pucuk paku nak buat sayur berbuka nanti. (Walaupun puasa kitaorang dah terganggu sedikit angkara terminum air sungai dalam satu jag!)

Olahragawan Sekolah

1987, time tu aku baru darjah 4. Aku ingat lagi time tu ada sukan tahunan sekolah. Aku masa tu Rumah Hijau. Baju untuk sukan tahunan masa tu diwarnakan. Orang dulu panggil “die”. Campur warna dalam air panas, masukkan baju T-Shirt putih, masak dan jemur kasi kering. Biasanya cantiklah warnanya, tapi kalau silap celup, berbelang-belanglah jadinya.

Aku kira star jugaklah untuk Rumah Hijau masa tu. Aku masuk acara;

(1) 100m

(2) 200m

(3) Lompat tinggi

(4) Lompat Jauh

(5) 4 X 100m

(6) 6 X 100m

Semua acara aku sapu. Aku menang semua emas kecuali 6 X 100m. Pelari yang ke-5 tersungkur masa terima baton. Dia dikedudukan last masa dia bangun berlari semula. Aku terima baton tu memang dah last place dah, memang dah takde harapan. Aku terima je baton, terus lari macam ada lembu gila kejar.

Aku potong sorang-sorang dan tak sempat nak potong orang yang paling depan. Rasanya Rumah Kuning punya pelari terakhir. Dia lari sambil pusing-pusingkan baton, aku sempat nampak tapak kaki dia masa dia lari…..dapatlah aku pingat perak untuk pasukan aku. Kira bangga jugaklah sebab aku berjaya kejar pelari lain dari kedudukan last.

Diakhir hari sukan tu, cikgu besar umumkan Olahragawan Sukan….akulah tu! Dapat piala kecik lebih kurang sejengkal setengah orang dewasa yang ketot. Aku ingat lagi saat tu, memang kembang jugaklah hidung aku ni…..

Perniagaan Berkembang Maju

Tahun 2007, perniagaan yang aku usahakan menjadi semakin maju. Turn over untuk satu bulan mencapai sehingga RM90,000 dengan kadar keuntungan lebih kurang 30% selepas tolak semua-semua perbelanjaan. Aku dah sempat mengaji pekerja yang aku kutip dari kalangan orang-orang yang berpendapatan rendah.

Aku bagi gaji dan bonus bulanan sehingga aku kena bayar gaji pekerja seramai 3 orang ni sebanyak RM7,000. Aku tak kisah asalkan diaorang merasa kesenangan sedikit.

Alhamdulillah, aku semakin berjaya.

Tandanya, ramai yang mula telefon aku nak joint business sekali dengan aku. Aku tak berkira sangat asalkan masing-masing dapat rezeki masing-masing. Sistem yang aku cipta selama setahun lebih ni, aku kongsikan dengan orang lain. Totally stranger. Kiranya diaorang ni cawangan akulah. Kira punya kira, aku ada cawangan seluruh Malaysia termasuk Labuan seramai 27 cawangan.

Inilah rezeki Tuhan kepada aku, dan aku sedar yang tak semua rezeki itu untuk aku. Aku cuba jadi pemurah, sepemurah mungkin. Aku cuba bantu sedaya yang mungkin.

Langit Pagi 19-Julai-2010

Aku berjaya menerima juta yang pertama setelah aku berusaha selama 3 tahun. Turn over aku telah mencapai RM1.2 juta. Namun kehidupan aku masih aku kekalkan jadi seperti manusia biasa. Tak bermewah, tapi hidup sederhana sahaja.