Kena Tinggal Bas

23-Mei-2011

Jumaat lepas aku ke Penang sekali lagi untuk satu program presentation tentang continuous improvement. Program ni baru diperkenalkan customer Penang ni, Aku kena buat presentation sebanyak 2 kali setahun. Maknanya 6 bulan sekalilah kot.

Aku bergerak dari company lebih kurang dalam jam 11.15am. Target nak sampai Penang sebelum kol 2pm. Jadi aku kena speed macam naik Audi R8 GT lah!

Sampai je kat Shell Tanjung Malim, aku pit stop kejap untuk beli makanan, sebab ikut kiraan, aku tak sempat nak makan tengahari! Aku sambar beberapa biji roti pandan kelapa, air Gatorade perasa berry dan satu batang Kit Kat.

Habis je bayar, datang sorang minah India tinggi lampai ni macam gelabah-gelabah je. Dia mengadu kat kaunter Shell tu, katanya dia ditinggalkan bas Plusliner! Muka macam nak menangis. Minah kaunter tu kata tunggu ler dulu, nanti adalah bas lain yang akan berenti. Minah India ni tak boleh tunggu sebab katanya dalam bas yang tinggalkan dia tu ada barangan dia dalamnya.

Bus 

Aku tak sampai hati pulak nak biarkan aje dia macam tu. So, aku tanya dia, dia punya bas tu destinasinya ke mana? Aku nak tau sebab, aku rasa aku boleh kejar bas tu, cuma aku tak pasti dah berapa lama bas tu tinggalkan dia. Dia cakap destinasi dia ke Medan Gopeng, Ipoh.

Ikut kiraan aku, kalau aku kejar bas tu, mungkin akan dapat potong sebelum bas tu turun kat Simpang Pulai.

Aku offer dia untuk ikut aku dan aku akan kejar bas tu untuk dia. Dia tak banyak cakap, terus ikut aku naik kereta. Aku start enjin dan terus pecut menghala ke Ipoh. Dia tanya aku nak ke mana? Ke Ipoh ke? Aku kat tak, aku nak ke Penang, ada meeting petang ni. Speed kereta masa tu dalam 150-160km/j. Harap-harap takdelah tok polis yang tengah tilik kamera!

Dalam aku tengah kejar bas tu, puas aku fikir macam-mana nak berentikan bas tu nanti.

Aku terlintas untuk suruh dia keluarkan tiket dan masa aku run kat sebelah pemandu bas tu, aku horn dan dia boleh tunjukkan tiket tu pada pemandu tu dengan harapan agar pemandu tu berhentikan basnya.

Bus 2 

Alhamdulillah, tak sampai sepuluh minit lepas tu aku dapat kejar bas dia. Mula-mula aku potong bas tu untuk pastikan papan kat depan cermin bas tu tulis IPOH, kalau silap tahan, malu aku nanti beb!

Tengok-tengok memang betul IPOH. Aku levelkan speed aku agar pemandu bas tu sama paras dengan Indian Lady ni, lepas tu Indian Lady tu tunjukkan tiket sambil aku horn-horn 3-4 kali. Aku potong bas dan bagi signal ke kiri, slow-slow aku masuk ke bahu jalan dan berhenti. Bas pun berhenti sama.

Indian Lady ni tadi kemudian hulur tangan, aku sambut salam dia dan dia ucap terima kasih. Aku jawab, no problem, take care. Dia perkenalkan diri dia sebagai “Helen”.

Aku tengok kat cermin pandang belakang dan Indian Lady ni tadi naik bas dengan selamatnya, aku pun cabut untuk teruskan perjalanan aku yang masih jauh!

Semoga tindakan aku ini berjaya membahagiakan orang lain yang terlibat!

Ikan Air Tawar

9-May-2011

Semalam aku ke Melaka lagi. Diaorang adakan kursus ternakan ikan air tawar, dan semalam adalah hari terakhir kursus selama 3 hari. Aku sampai kat sana dalam jam 9.45 pagi. Perjalanan dari rumah aku ke sini ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sampai je kat tempat diaorang, aku terus memancing. Dapatlah beberapa ekor ikan. Yang mahal tu, aku berjaya mendaratkan 2 ekor ikan jelawat. Dengar cerita, sekilo jelawat harganya RM90!

Aku pernah sekali masak ikan jelawat ni guna Paste Asam Pedas segera, isinya sedap, cuma mungkin sebab ikan tu tak capai 1KG lagi, tulangnya boleh tahan banyaknya.

Tengahari tu dalam kol 2 petang, diaorang adakan penutup kursus. Makan ikan panggang dengan nasi dan kicap special. Kali ni ada sup isi ketam. Aku makan macam biasalah, sampai kenyang. Nasi sikit, tapi aku ratah ikan bebanyak. Lagipun ikan ada banyak lebih. Diaorang panggang 11 ekor ikan keli besor.

Lepas makan, aku dengar kata-kata ucap dari para peserta. Kali ni ada 4 orang. Kebanyakkannya masih bekerja dan sedang mencari bidang apa yang diaorang nak ceburi. Bagi aku, kursus yang diaorang ikuti ni adalah macam pendedahan aje. Aku tak rasa yang dari kursus ni sahaja diaorang dah boleh mula buka kolam ternakan ikan.

Selepas semua peserta balik, aku berbincang santai dengan pemilik kolam tu untuk perlaksanaan beberapa servis yang dia ada sekarang dan kami nak komersialkannya. Aku nampak potensi yang besar.

Dia berkobar-kobar juga nak maju, so dia kata dia tengah usahakan modal. Dia minta aku berenti kerja bulan June ni. Dia nak bayar semua hutang aku dan berikan RM5000 bersih sebagai gaji. Lumayan!

Aku pulak minat dalam usaha marketing ni, so aku sanggup menempuhi cabaran pemasaran untuk aku bawa pengusaha kolam ikan air tawar ni ke level baru. Kita tengok apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ni.

Aku plan nak pasarkan;

  1. Pakej ternakan ikan air tawar. Pakej lengkap, dari zero to hero. Maknanya, peserta akan dipantau dan diberikan bantuan teknikal dan khidmat nasihat sehinggalah kolam yang diusahakan membuahkan hasil. Ia akan merangkumi:- Ilmu, penyediaan kolam (korek, paip, sistem), lanskap, anak benih, makanan ikan, pemasaran produk keluaran, dan apabila sampai satu tahap, peserta akan diberikan ilmu pembenihan. Aku target, 3 peserta dalam masa sebulan. Kos kursus dan pantauan, RM5,000. Bina kolam RM30,000 (termasuk paip). Kursus pembenihan RM15,000. So, targetnya, RM20,000 per month.
  2. Benih Ikan. Apa yang istimewanya gang aku ni, dia boleh buat pembenihan tanpa gunakan buble oksigen atau paddleway. Yang aku nampak, dia boleh buat benih keli, puyu, tilapia, kerai, patin, sepat siam, haruan dan baru-baru ni dia berjaya buat rohu dan baung. Aku terdengar jugak dia kata boleh buat pembenihan Kelah. Aku tak berapa tahu langsung tentang pembenihan, tapi gang aku ni kata, tak pernah orang boleh buat pembenihan baung dalam kolam simen! Aku nak pasarkan benih ikan ini untuk 2 bidang. 1 penternakan, 2 untuk ikan hiasan. Penternakan target: 1,000,000 benih X RM0.40 = RM400K, Ikan hiasan: 20,000 X RM1.00 = RM20K.
  3. Ikan. Aku target untuk jual ikan yang mahal. Jelawat, kelah, tengalan, lampam, baung. Target RM10,000 per month.
  4. Makanan. Yang ni sangat luas. Sekarang ni dah berjaya hasilkan serunding dan pemasarannya dah dimulakan berdikit-dikit. InsyaAllah, targetnya RM30,000 per month.

Jika aku kira penghasilan sebulan RM20,000 + RM420,000 + RM10,000 + RM30,000 = RM480,000 per month. Memang berbaloi!