Jam Astro Salah

18-Februari-2011

Pagi ni aku bangun jam 5.45am dengan bantuan Nokia aku punya alarm. Aku macam nak tidur balik, tapi tak boleh sebab rasa macam tak sedap hati pulak. Aku bingkas bangun dan terus ke bilik air untuk mandi dan ambil air sembahyang.

Masa aku tengah lap badan, aku tengok jam kat decoder Astro aku tunjuk 4.58am! Aku macam terkejut jugak ler. Lagipun aku baru pindah, jam dinding aku tak letak lagi sebab tuan rumah ni tak tebuk dinding dia.

Aku check jam kat handphone aku, dah tunjuk pukul 6.10am.

Hmmm….kadang-kadang ada kesilapan juga Astro ni rupanya!

Aku solat Isya’ dan selepas azan berkumandang dari surau berhampiran aku tunaikan solat Subuh. InsyaAllah esok aku akan solat di surau. Sebab aku ada terlihat pernyataan mengatakan, jika sesiapa yang terdengar azan tetapi tidak hadir (untuk solat jemaah) maka solat sendiriannya macam tak dikira Allah. Wallahualam.

Lagipun aku tengah dalam proses pemulihan, jadi aku kena dekatkan diri kepada Allah dan memohon rahmatNya agar aku diberikan balasan syurga. Memang tak terbayang nikmat syurga ni. Aku dulu ada hayati maksud surah Al-Waqiah, dan aku berharap sangat aku diberikan nikmat syurga di akhirat nanti.

Tapi dengan keadaan amalan aku sekarang ni, aku rasa aku tak layak. InsyaAllah aku akan berubah untuk menjadi lebih baik.

Neraka…Nauzubillah. Minta jauh, sedangkan panas kat dunia ni pun dah tak tertahan, apalagi kalau kita ni dibakar macam tu.

Semalam aku ke AELB untuk tujuan mengetahui prosedur yang sepatutnya untuk aku lakukan dua perkara;

  1. Renew lesen RPO (Radiation Protection Officer) aku yang dah tamat tempoh pada Julai, 2010
  2. Daftarkan mesin X-Ray (plating thickness measurement) yang ada kat kilang aku sekarang ni

Memang banyak prosedur yang aku kena lalui. Dan banyak juga dokumen dan borang yang aku kena submit. Dalam masa terdekat ni aku kena;

  • Medical check-up
  • Kursus re-fresher

Kerja dah makin bertambah dan aku semakin sibuk.

Semoga aku diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan aku.

Rumah Baru

17-Februari-2011

Minggu ni banyak juga perkara yang berlaku.

Pertama sekali, group aku berjaya menghasilkan satu produk makanan yang boleh dijual. R&D kali ke-5 pada 13hb baru ni menghasilkan satu produk yang dah boleh dipacking. Cuma beberapa proses selepas dimasak tu kena improvement sebab ia mengambil masa terlalu lama.

Sekarang ni aku pulak tengah prepare dia punya printing material, kotak dan supporting document yang lain untuk start bisnes.

Maulidur Rasul kali ni (15hb) aku berpindah rumah. Rumah baru ni hanya 6km jaraknya ke tempat aku kerja. Sekolah rendah pun dekat. Aku tak tukar sekolah anak aku lagi. Plannya dalam minggu ni aku kena settle. Tapi hari ni dah masuk hari Khamis.

Rumah baru aku ni corner lot. Bilik ada 4. Bilik air ada 3. Luas giler. Malam sejuk kalau buka sliding door dia. Yang tak berapa bestnya, ada banyak kucing yang masuk rumah. Bukan apa, anak aku macam fobia je dengan kucing. Sebelum ni dia ok, cuma ada satu hari tu semasa dia tengah makan kat restoran, ada sekor kucing tu pegi cakar kaki dia. Sejak tu dia fobia.

Sewa yang aku kena bayar RM1000 sebulan!

Pulau Pinang

9-Febuari-2011

Pagi ni aku bangun awal dari alarm handphone aku, sebab aku set alarm jam 5.45pagi! Selalunya 5.00 pagi. Tapi aku tersedar 4.45 pagi. Semalam cuaca agak panas. Minggu lepas masa raya Cina, hujan satu hari. Rasanya lebih 24 jam. Beberapa negeri mengalami banjir besar. Johor, Melaka, Kedah dan beberapa negeri yang selalu kena banjir. Ramai yang kena pindah. Berpuluh ribu jugalah. Berita perdana TV3 semalam kata, pemulihan banjir disubsidi RM180 juta kot. Alhamdulillah kali ni pun aku tak terlibat. Semoga tak terlibat sepanjang hayat aku.

Hari ni aku akan ke Pulau Pinang bersama dengan MD aku. Tujuan kali ni adalah untuk yakinkan customer untuk berikan project besar pada company yang aku tengah bekerja sekarang. Meetingnya akan diadakan esok jam 10.30 pagi. MD aku ajak aku pergi hari ini untuk dinner bersama dengan MD customer tu.

Biasalah, belanja makan dan bersosial dah menjadi trend. Aku akui, selepas makan bersama dengan customer, biasanya urusan menjadi lebih mudah dan lancar. Kalau tak pernah jumpa dengan customer, biasanya diaorang keras. Maksud aku mereka susah nak bertolak ansur.

Aku dijadualkan berlepas dengan kereta MD aku pada jam 2.00 petang.

Sebelum tu aku kena sediakan beberapa lagi dokumen, data dan printkan untuk dibuat presentation tomorrow morning. Aku akan bawa sekali sample untuk mereka evaluate on the spot. Harap-harap kali ni semuanya akan berjalan dengan lancar dan parts yang aku nak antor kali ni tak bermasalah lagi.

Dimensional tak menjadi isu sekarang, cuma ada masalah plating peel off aje. Barang ni kecik, tetapi memerlukan plating Nickel.

Semoga semuanya berjalan lancar.

Aku tiba ke tempat kerja dan punch in at 7.59am.

Gunn Diode

8-Febuari-2011

Semalam aku untuk kali ke-2 dalam hidup aku pergi ke Jalan Pasar. Jalan Pasar ni berhampiran dengan Jalan Pudu. Ia terkenal dengan kedai-kedai elektrik dan elektroniknya. Kalau kat Jepun tu macam Akihabara lah. Tapi jika dibandingkan keadaan kedua-dua “jalan” ni, macam langit dengan bumilah.

Tujuan aku ke sana adalah untuk mencari satu komponen elektrik dalam electric control box untuk plating. Aku tak pasti nama benda tu, tapi jika ikut simbol yang tercetak pada komponen tu, macam Gunn Diode aje.

Tak banyak kedai yang buka masa aku sampai tu, lagipun dah dekat nak pukul 6 petang. Aku tunggu dalam kereta sebab tak banyak parking, so member aku pergi cari kat kedai yang masih jalankan perniagaan.

Setelah 3-4 buah kedai dia pergi tanya, jawapannya “Takde!”. Memang benda ni special sikit. Ada kedai yang kenal dengan benda tu, tapi kata mereka takde stok. Tak ramai orang cari komponen elektrik yang kitaorang nak tu, kata peniaga kat situ.

Hari ni aku plan nak ke sana lagi sekali. Nak cari 3 biji komponen tu sebab proses plating kat kilang aku tak berapa perfect kalau komponen tu takde. Ampere Value tak naik!