CIMB Debit Card

15-September-2011

bank-logo

Hari ni aku nak try guna CIMB-Debit Card baru aku untuk bisnes online yang aku tengah buat sekarang ni. Konsep bisnes yang aku buat sekarang ni drop ship. Yang mana, customer aku order, masuk dalam akaun aku, aku order ke HQ aku untuk hantarkan barang mengikut apa yang customer nak.

Payment kepada HQ aku ni aku guna debit card. Maybank punya memang dah link kepada saving account aku, jadi takde masalah kalau customer aku bank-in dalam Maybank, aku terus je order, tapi CIMB ni aku kena transfer dari CIMB Clicks terus ke debit card account dan aku plan nak charge debit card aku on the spot.

Akupun tanyalah CIMB Clicks punya staff melalui telefon. Ikut rekod aku, aku dah tanya 3 kali. Kali pertama, sorang mamat ni kata, kalau siang – on the spot duit yang aku transfer tu akan masuk dalam Debit Card aku, tapi malam mungkin akan ambil masa.

Kali kedua aku tanya kat cawangan CIMB Setia Alam, diaorang kata on the spot kalau guna CIMB Clicks.

Hari ni kali ke-3 aku tanya, staff tu dengan bangganya mengatakan bahawa ia akan mengambil masa 24 jam. Jawapan ni aku dapat selepas dia confirm dengan dia punya superior. Aku kecewalah kan, sebab aku mohon Debit Card ni sebab features dia mengatakan bahawa kalau aku guna CIMB Clicks, its will appears on the spot. Takde keistimewaan lain ler kan.

Aku mintak nak cakap dengan Manager dia, tapi dia macam susah nak pass telefon kepada manager dia. Dia kata, kalau pasal time frame, mesti Manager dia akan bagitau jawapan yang sama.

So, aku trylah masukkan RM50 melalui CIMB Clicks, telefon CIMB Debit Card Centre, diaorang kata RM50 tu dah appear dalam Debit Card aku and ready to be used! Cilakak betul! Maklumat salah tu. Meaning that CIMB staff not really knows what their company’s punya kemampuan.

Aku agak kecewa dengan syarikat yang macam ni. Maybe diaorang dah terlalu besar, so small things ni tak naknya diaorang ambil pot!