Tampal Gigi

23-November-2010

Semalam aku MC, rekod kehadiran 100% aku terbantut. Aku kena pergi ke klinik gigi untuk tampal geraham sebelah kiri bawah. Tampalannya tanggal. Pada mulanya, tampalan tu serpih sedikit, hari Sabtu 20hb November 2010, aku kena hantar parts ke kilang customer yang terletak di belakang rumah aku. Jadi aku ambil kesempatan untuk ke klinik gigi.

Klinik ni milik seorang doktor gigi wanita muda lulusan Universiti Malaya.

Doktor tu tampal sepihan tu tanpa drill. Tak rasa sakit langsung, cuma aku rasa macam tinggi sikit tampalannya. Balik tu aku makan nasi dan serunding. Tak berapa lama lepas tu, rasa macam tampalan tu tanggal pulak. Bila terkena makanan, agak mengilukan jugak. Tak selesa.

Ahadnya, aku terpaksa tahan. Tapi takdelah sakit sampai keluar air mata. Cuma rasa tak selesa je.

Semalam, aku ke kliniknya pagi-pagi lagi. Dia bukak pukul 9.00 pagi. Aku sampai tepat masa dia punya pekerja tengah bukak pintu klinik.

Doktor datang dalam pukul 9.30 pagi. Hari ni doktor ganti kata pekerja yang bukak pintu tadi. Doktor yang tampal gigi aku Sabtu hari tu cuti.

Kali ni dia drill, terbau macam terbakar jugaklah gigi aku. Sakit jugak.

Lepas tu dia tampal dengan tampalan komposit putih. Ada keluar darah sikit. Doktor tu letak Vaseline kat sekeliling gigi untuk memastikan tampalan keras tanpa ganguan air liur.

Siap je tampalan tu, aku keluar ke depan dan tunggu pekerja dia datang bagi bil. “Tak yah bayar” kata pekerja tu pada aku. Aku pun ingatkan pekerja tu untuk berikan aku slip MC.

Maka bercutilah aku buat kali pertama semasa aku bekerja di kilang sekarang ni…..November adalah bulan ke 5 aku bekerja di sini!

Rim Motor Retak?

15-November-2010

Hari ni aku naik motor aku yang dah lama aku tinggalkan di company. Start dari minggu lepas lagi aku punya motor terpaksa aku tinggalkan di company sebab aku guna kereta syarikat untuk ke tempat pelanggan di Pulau Pinang. Ada masalah kualiti sedikit dengan produk yang syarikat aku hasilkan.

Masa aku nak start motor untuk ke restoran makan tengahari, guard India muda tu tegur aku punya rim. Katanya retak! Aku sikit terkejut sebab tak pernah aku tengok rim retak lagi sebelum ni. Aku jenguk dan memang nampak macam ada crack sikit kat rim depan.

Aku terus ke bengkel motor yang aku tukar rim sebelum ni.

Sampai kat situ, mat yang kata nak berenti dari pomen tu ada lagi. Aku cakap kat tokeh, rim aku retak. Dia datang check. Dia gosok dengan jari, rupa-rupanya kotoran yang nampak macam retakan. Cess….malu jugak aku sebab tak check betul-betul.

Aku complain pasal nut yang diaorang pasang sebelum ni. Angin ada keluar. Aku suruh dia lain kali check dulu dalam air sebelum pass motor pada customer. Bahaya!

Diaorang kata akan buat macam tu next time.

Oklah, aku pun terus ke restoran untuk makan tengahari……

Superbike EX5

3-Nov-2010

Bila aku naik Superbike EX5 aku, aku akan sumbat telinga aku untuk dengar lagu-lagu. Bila aku buat macam ni, takdelah aku dengar sangat deruman enjin Superbike aku yang agak kuat ni. Mungkin dalaman enjin dah mula rosak sebab aku “melandi” motor ni hampir setiap hari dengan speed maximum. Bukan laju sangat pun, tapi bergegar jugaklah motor ni terutama sekali bila melalui jalan yang tak rata.

Nokia-Sony Ericcson

Earphone Sony ni memang best sebab dia akan buat bunyi dari luar tak kedengaran. Getah yang salut earphone tu yang mainkan peranan. Nasib baik ada benda ni, kalau tak boring jugak aku mengadap jalan raya hampir 2 jam setengah setiap hari.

Hari Khamis lepas, sebaik tamat waktu kerja, aku ganti Rim motor aku sebab yang belakang dah bengkok. Yang depan pun bengkok jugak tapi tak seteruk yang belakang. Patutlah masa aku brek, rasa macam bergoyang je yang belakang ni.

Tayar Motor

Masa tukar tu, budak melayu yang pasang nut pada tayar depan ni macam apa ntah. Tak berpengalaman dan masih kebudak-budakan. Masa nak masukkan angin, angin tak nak masuk. Diaorang tak buat sesuatu just pusing tayar dan tiup angin. Aku kerisauan.

Budak

Bila dah siap, aku ke Citibank untuk bayar hutang dan kemudian balik rumah. Penat jugak hari tu.

Pagi Jumaat tu, hujan, aku pakai baju hujan siap-siap. Bawak raket dan kasut badminton sebab balik kerja nanti ingat nak smash dua tiga round dengan kawan-kawan tempat kerja lama aku dulu. Bila aku speed je motor aku, bergoyang-goyang.

Tengok-tengok, tayar depan takde angin! Lahanat punya kedai motor. Aku punya kerisauan jadi kenyataan. Aku return balik kat garaj dan aku naik ke atas untuk ambil kunci kereta. Aku plan untuk ke tempat kerja dengan kereta dan tengahari masa rehat sembahyang Jumaat, aku nak balik antor kereta untuk isteri aku guna mengantar anak aku ke sekolah.

Sebab dah sedikit lambat, aku bawak kereta agak laju. Yang tak bestnya tol berderet-deret. Mula-mula RM1.30, lepas tu RM2.20, lepas tu RM2.20 lagi dan terakhir sekali RM1.20. Cess….membunuh betul. Kalau aku naik Superbike aku, toll is free!

Aku sampai kat tempat kerja dan punch my card. Tepat jam 8.13 pagi. 2 minit lagi, aku akan pecah rekod, lambat datang kerja. Seumur hidup aku bekerja makan gaji, tak pernah aku punch card merah!

Tengahari tu, aku balik rumah, antor kereta dan tolak motor ke kedai motor yang jaraknya dalam 200 meter dari rumah aku. Sampai kat situ, pomen tu cakap aku punya tayar punya nut diaorang tak pasang betul-betul. Angin ada keluar!

Sambil pomen tu ganti nut tu, aku pergi makan kat kedai mamak sebelah kedai motor tu.

Siap makan, aku ke kedai motor, dia kata RM8. Aku bayar dan terus speed balik ke tempat kerja. Bawak motor tengahari memang azab. Panas giler. Pening kepala aku.

Aku sampai kat tempat kerja tepat jam 3.20 petang…….penat!

Abu Mayat

Hari Isnin selepas aku renjiskan air jampi Pak Sheikh, aku kembali ke pejabat. Aku tengok ada banyak juga kesan-kesan habuk yang seakan-akan abu pada lantai pejabat aku. Aku teringat Pak Sheikh kata yang pejabat aku kena tabur dengan abu mayat.

Fikiran aku masa tu kosong. Aku tak tahu macam mana musuh aku boleh masuk ke pejabat dan lakukan perkara terkutuk tu hanya kerana dengkikan aku. Aku sampai sekarang tak boleh bayangkan macam-mana pelaku ni ada keberaniaan untuk masuk ke pejabat. Dah tentu dia masuk masa pejabat dibuka.

Mungkin masa aku tiada dan pekerja aku pergi rehat makan tengahari. Siapa sedar yang aku ni ada musuh dalam selimut. Aku rasa aku tak menyakitkan hati orang sebab aku ni bukanlah orang yang boleh kutuk orang depan-depan. Tapi aku tak syak sesiapalah. Yang penting aku nak sihat dan bisnes aku naik balik macam sebelum ni.

Aku minta pekerja aku sapukan abuk-abuk tu. Aku macam dah takde mood untuk meneruskan bisnes aku pada masa tu.

Selepas pada peristiwa debu dalam pejabat tu, aku sekali-sekala akan berhubung dengan Pak Sheikh, terutama sekali apabila aku rasa leher aku macam kena pegang. Beberapa lagi sesi rawatan telah aku lalui dengan Pak Sheikh.

Yang peliknya, ada sekali tu dia suruh aku datang seorang. Selalunya aku pergi dengan seseorang. Dia macam tak bagi aku pergi dengan orang ni. Untuk dimudahkan, aku namakan orang ni Sultan. Sultan nilah yang beria-ia memperkenalkan aku dengan Pak Sheikh.

Nak ke tempat Pak Sheikh ni agak mencabar sikit sebab tempatnya agak ceruk. Kalau dia suruh datang lepas Maghrib, maka aku rasa macam takut jugaklah sebab aku kena pergi seorang!

Kali ni Pak Sheikh bacakan ayat Quran yang agak panjang ke telinga belah kanan aku. Dia kata dugaan yang aku hadapi ni agak berat. Dia minta aku zikir La ila ha illallah Wahdahu Lasyarikalah, Lahul  mulqquwalahul Hamduyuhyi Wayumittu Wahuwa ala Kullisyai In Qadir sebanyak seratus kali pagi. Katanya InsyaAllah aku tidak akan ada gangguan pada hari tersebut.

Dia minta aku terus bersabar dan terus berusaha dalam perniagaan yang aku lakukan sekarang ni.

Aku cuba juga bertanya, siapa yang punya angkara. Dia kata orang yang buat tu adalah orang yang aku kenal dan agak rapat dengan aku.

Masalah jugak ni, sebab aku tak terlintas langsung sesiapa yang rapat dengan aku tetapi sanggup melakukan perkara syirik ni…….

Tengahari 1-Nov-2010

1-November-2010 (Tengahari)

Baru kejap tadi aku pergi makan kat simpang tempat aku makan masa sembahyang Jumaat. Sebelum ni aku selalu makan kat kedai berdekatan dengan pejabat, tapi tempat tu tak banyak sayur. Kalau aku pergi pun selalunya sayur dah nak abis.

Hidangan hari ini ialah;

Lunch

  1. Nasi separuh
  2. Tempe goreng
  3. Bendi (ladyfinger)
  4. Bayam
  5. Ayam goreng
  6. Sambal belacan
  7. Air Suam
    Harganya RM5.50.
    Boleh tahan jugak kenyangnya. Tapi sebab nasi aku separuh, takdelah rasa macam sendat sangat. Kalau boleh malam ni aku taknak makan nasi. Aku nak kuruskan badan!

Hari Keluarga

1-November-2010

Hari ni adalah hari pertama bulan 11 untuk tahun ni – 2010. Masa berjalan begitu pantas dan tahun ni tinggal 2 bulan lagi. Aku rasa sihir yang menganggu kehidupan aku dah makin tawar. InsyaAllah aku akan mula berniaga secara serius start bulan ni. Cuma yang menganggu aku sekarang ialah hutang dengan bank yang dah mula lambat 3-4 bulan. Itulah masalahnya. Ada 2-3 akaun yang aku dah re-structure dan dalam proses buat bayaran, tapi ada yang tersangkut. Harap-harap bulan 12 ni aku dapat bonus, kurang-kurang sebulan gaji. At least boleh cover yang terlambat tu.

Pagi ni aku macam biasa naik motor superbike pertama dalam Malaysia yang enjinnya 100cc! Pulas habis pun orang boleh potong senang-senang. Terutama sekali LC135. Pagi tak sesejuk pagi-pagi yang lain, mungkin sebab aku pakai jaket hujan cap Yamaha. Jaket ni jaket lama aku sebelum ni. Aku plan nak guna jaket ni dan Givi punya jaket aku buat 2nd layer kalau hujan lebat. Cuma sekarang ni aku tak tahu macam mana lagi nak cover kasut aku supaya tak dimasuki air. But yang yang aku pakai sebelum ni dah start rosak sebab selalu sangat kena hujan.

Semalam aku cuti, Sabtu kerja, jadi aku gunakan masa untuk buat sesuatu untuk diri aku dan keluarga. Paginya aku sarapan dengan isteri dan anak aku. Kami makan roti canai seorang 2 keping. Roti sekarang ni dah cecah harga 90 sen. Masa aku kecik dulu, iaitu 23 tahun yang lepas, harga roti canai 30 sen je.

Lepas makan pagi, aku ke Tesco untuk beli barang. Kali ni Tesco Ampang. Mula-mula nak ke Mid Valley, tapi dekat dengan persimpangan MRR2, bini aku cakap nak ke Tesco. Aku pun terus turn ke MRR2 dan menghala ke Tesco.

Sampai kat Tesco, anak aku nampak topi Arsenal, dia kata dia nak topi tu. Anak aku tak pernah mintak-mintak benda yang dijual. Kali ni dia mintak pulak. So, aku belikan. Harga RM19. Dia sikit punya seronok, terus pakai. Aku pulak seronok tengok dia seronok.

Jalan 10 meter, dia ternampak pulak patung Ultraman! Dia nak, aku kata kejap lagi kita beli. Kami masuk ke MPH, kedai buku. Beli novel tebal, kompilasi 3 novel best seller. Aku belikan untuk isteri aku. Aku takde mood nak beli buku baru.

Kemudian masuk ke Tesco, trolley pulak takde. Entahlah, Tesco ni tak ambil berat atau diaorang ada masalah kewangan. Aku harap diaorang improve. Jadi aku masuk ke Tesco beli sikit je barang. Rugilah Tesco kalau diaorang terus macam ni. Mungkin ramai yang akan pergi ke tempat lain selepas mengalami pengalaman buruk macam ni. Aku mula-mula memang niat nak beli banyak. Sebab takde trolley, aku beli sikit, itupun sampai kemik roti aku!

Lepas shopping sikit-sikit, kitaorang ke Pizza Hut untuk makan tengahari. Aku masih kekenyangan dengan roti canai pagi tadi. Order set no. 3. 2 gelas air Revive, 1 regular pizza Hawaiian Chicken, roti jejari 4 ketul dan 2 sup cendawan. Anak aku suka minum sup ni. Dekat-dekat nak abis makan, anak aku mintak nak patung ultraman dia. Kitaorang pergi ke kedai tadi tu, dan ambil 2 jenis ultraman. Satu biru dan satu merah. Harga RM14.90 satu! Kalau orang yang bergaji rendah ni dah tentu dia letak balik! Bagi aku, asalkan anak aku gembira dah OK. Aku akan cari duit untuk memenuhi keperluan dan keinginan aku dan keluarga aku, sambil tu boleh aku tolong orang lain ringankan beban mereka.

Kami sampai kat rumah dalam pukul 1.20 petang. Sebelum tu aku sempat singgah kat kedai akuarium untuk beli garam dan survey harga akuarium. 2 kaki punya akuarium, tepinya curve, dalam RM50. Aku rasa aku akan beli dalam masa terdekat sebab aku nak asingkan ikan baung yang sedang menghuni akuarium 4 kaki aku sekarang ni. Baung ni telah menyebabkan ikan koi aku mati. Lagipun ikan baung ni tak suka menunjukkan dirinya, ikan-ikan ni suka menyorokkan diri dibelakang pokok dan kayu hiasan dalam akuarium.

Kat rumah, aku meneruskan projek menukar air akuarium sedia ada dan menghias semula akuarium 2 kaki yang sebelum ni tak digunakan. Kerja selesai dalam pukul 3.30 petang.

Lepas tu aku tidur kejap untuk menempuh hari kerja……