Hari Akhir Januari 2011

31-Januari-2011

Tahun ni dah habis dah sebulan. Tinggal 11 bulan lagi untuk aku dan orang lain di dunia ni harungi. Banyak jugak perkara yang berlaku dalam sebulan ni. Antaranya;

  • Kat company dah ada takraw punya court. Cuma kena clarify betul-betul dengan MD aku untuk tetapkan macam-mana nak deal dengan waktu bermain yang clash dengan OT kebanyakan peserta kelab takraw.
  • Aku dah belanja makan ke semua orang bawah aku. Tak banyak cuma RM245.00 aje. Semoga Allah berkati rezeki yang aku dapat.
  • Aku dah submit dokumen untuk pinjaman peribadi. Aku nak start bisnes serunding online aku secepat mungkin. Dah masuk dekat-dekat dengan final stage dah. Rasa serunding yang aku nak ke tengahkan ni dah capai piawaian yang aku nak. Cuba tinggal nak standardkan aje timbangan ingredientnya supaya rasa, warna, tekstur, kualitinya sentiasa sama.
  • Aku dalam proses nak pindah ke rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja aku. Sekarang, aku tinggal rumah sendiri yang jaraknya 65km sehala. Aku pindah ke rumah yang jaraknya cuma lebih kurang 5km. Sewa dalam RM1,000. Pemilik dia seorang guru yang kena transfer ke tempat lain jadi tak dapat stay at the same house yang dia dah beli ni.
  • Ada satu projek besar untuk company aku yang aku involve deeply. Hampir berjaya. Cuma sekarang ni kena submit banyak dokumen. Macam PPAP ler. Aku dah biasa dengan kerja macam ni, dah selalu tengok masa aku kerja kat hard disc industries dulu.

InsyaAllah, aku akan jadikan tahun 2011 ni yang paling bermakna bagi aku dan keluarga aku berbanding dengan tahun-tahun sebelum ni.

Motivasi Pekerja

29-Januari-2011

Semalam adalah hari ke-5 aku dan beberapa orang pekerja bawahan company aku ni main takraw. Tengah syok-syok main, datang malaun HR/Admin Manager datang kata tak boleh main. Ikut logiknya memang kitaorang salahlah sebab main masa OT. Tetapi Malaun ni macam memalukan diri sendiri pulak.

Dia marah orang yang main takraw sahaja, tapi bebudak yang duduk dekat pangkin belakang kilang tu dia tak marah. Aku pun puzzled jugak. Takpelah let him do what he want to do at this moment.

Sebenarnya ada beberapa tujuan aku setkan takraw punya event kat belakang kilang tu. Antaranya;

  • Aku nak senamanlah, berat dah naik sampai 95kg! Berat yang paling berat sekali seumur hidup aku. Apa taknya, balik kerja aku kena naik skuter selama 1 jam 30 minit. Sampai rumah je badan dah penat, aku mandi, lepas tu rasa lapar yang amat sangat. Isteri dan anak aku pulak dah makan, maknanya semua makanan yang terlebih, aku kena rembat. Tak boleh membazir beb. Lepas makan mestilah mengantuk! Selalunya aku terlelap depan TV tak sampai 30 minit lepas aku makan.
  • Niat nak naikkan motivasi pekerja. Semalam aku dapat feedback dari pekerja lain yang diaorang memang tertunggu-tunggu waktu untuk bermain sebelah petangnya. Diaorang akan pastikan mesin fixed properly before 5.35pm. Lepas tu diaorang main takraw sampai jam 7 petang. After that diaorang akan sambung tengok machine to prepare for night humanless working hours.
  • Aku jugak nak naikkan attendance rate. Aku punya HR/Admin manager do nothing to improve the attendance rate. Apa taknya, tiap-tiap hari keluar entah pergi mana. Cakap dengan orang pun terketar-ketar. No leadership skill langsung. Pemikiran pulak kolot macam orang zaman batu! Aku rasa zaman Mesopotamia kot! Keh-keh-keh…
  • Aku nak berkawan dengan semua orang, sebab dengan orang department lain aku kurang bercakap sikit sebab aku ada dalam office almost all the time dealing with the customer and in house punya quality level.

InsyaAllah kalau takde aral, aku akan berbincang dengan MD pada hari Isnin ni untuk tentukan macam-mana nak main dan dalam masa yang sama tak bagi impact sangat kat production.

Point aku;

  • Aku dah nampak perpaduan
  • Aku tengok memang diaorang seronok, apa taknya main beb
  • Lagipun, walau takde game takraw, diaorang tetap lepak-lepak kat belakang masa OT
  • Diaorang lebih senang bawak berkomunikasi
  • Diaorang nampak bersemangat bekerja
  • Diaorang ada topik yang sihat untuk digelakkan
  • I want to pull them in to be better.

Aku dapat tahu dari sumber-sumber yang mengatakan bahawa ada technician yang curik material and do drugs kat tempat kerja. Kalau boleh aku try nak elakkan sebarang masalah berlaku antara undang-undang polis dan pekerja dalam ni.

Lagipun, salah seorang dari mastermind yang buat kerja yang tak berapa baik ni, dia dah kahwin dan ada 4 orang anak plus one expecting. Isteri dia pulak kerja dalam department aku. Aku kesian jugak tengok isteri dia ni. Baik orangnya dan kerja tak berhenti-henti.

Harap-harap aku dapat keputusan yang baik untuk kali ni. InsyaAllah.

Sepak Takraw

26-Januari-2011

Isnin baru ni 24-Jan, hari pertama kat company aku ada takraw. Aku utarakan cadangan ni Jumaat lepas 14-Jan pada pekerja lelaki yang lain. Sorang yang jaga maintenance dengan kerjasama sorang lagi technician buatkan line court takraw pada Sabtu lepas. Ahad tu, aku belikan bola takraw jenama Marathon dan jaring.

Hari pertama tu adalah dalam 8 orang yang turun. Pakai baju kerja je, ada yang terkoyak seluar dari zip depan hingga ke belakang. Ada yang balik rumah ambil kasut dan ada yang main dengan selipar aje. Dapatlah main dalam 6-7 set.

Hari semalam adalah hari kedua, kali ni lagi ramai, aku ingat adalah dalam 12 orang. Mula-mula tu ingat nak main takraw bulat aje, tapi naik minyak pulak nak main set. Naikkan net, ada sorang mat tu pergi tarik net kuat-kuat, habis koyak. Nampaknya aku kena beli net yang lagi bagus. Net yang aku beli tu pun harganya dah RM45. Kena invest lagi kot.

Semalam aku mintak kat aku punya MD untuk sponsor meja ping-pong. Mula tu aku mintak dia sponsor separuh, separuh lagi aku nak letak duit aku sendiri. Dia tanya berapa? Aku kata dalam RM600, mula tu dia tanya kenapa murah sangat? Aku kata memang tulah lebih kurang harganya. Itupun meja yang ada kelas punya.

MD aku cakap, takpe, company sponsor, tapi kenalah jaga kebajikan meja ping-pong tu. Cuma dia mintak tangguh sebab sekarang ni order dari customer agak kurang. Bulan March nanti akan naik mengila.

Pagi ni pulak, aku bangun tepat jam 5.10 pagi. Buku lali kanan aku sakit sebab main takraw. Aku pun tak tahu kenapa kalau aku timbang sila, mesti kena kat buku lali, kena adjust sikit ni supaya kena kat tepi kasut. Kaki kiri pulak tak berapa nak idup. Setakat ketuk kuda tu boleh le 2-3 kali.

Sekarang ni aku selalu bangun dalam jam 5 pagi tanpa deringan alarm. Tu tandanya umur dah meningkat naik!

Seperti biasa, aku mandi, solat Isya’, minum sarapan biasa aku dan terus ke tempat kerja naik skuter putih aku tu. Cuma pagi ni aku bungkus barang yang customer aku order. Yang kali ni aku bungkus sendiri sebab ada satu barang tu out of stock masa aku buat order kat dealer yang aku selalu beli.

Rehat makan tengahari nanti aku nak pergi pos kat Pejabat Pos dalam Tesco. Jarak dari tempat kerja aku dalam 6-7 km.

Aku punch card aku hari ni jam 7.59 pagi.

Pinjaman Bank Rakyat

21-Januari-2011

Aku dalam usaha untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari Bank Rakyat. Semalam aku dah submit dokumen pada agen yang akan tolong adjust. Aku pinjam RM200K. Agen nak ambil 10%, Bank Rakyat ambil 5%. Jadi kalau dapat, aku akan terima RM170K dalam minggu depan, sebelum raya Cina.

Aku plan nak guna duit ni untuk;

  • Bayar hutang lapok, banyak jugak, HSBC, Citibank, RHB, BSN, Tekun, Nationwide Ekspress, Utusan Malaysia, Public Bank, Mbf Card, TM, Maxis, UMobile.
  • Nak beli kereta baru sambil tu nak jual KIA dan Savvy aku tu.
  • Nak pindah rumah, sewa buat masa ni
  • Nak tanam modal untuk perniagaan serunding
  • Nak beli TV baru
  • Nak masuk Astro Byond
  • Nak belikan PS3 untuk anak aku dan TV untuk game dia
  • Nak bawa keluarga isteri aku pergi bercuti

Aku plan jugak untuk simpan beberapa ribu RM dalam ASB dan labur dalam Public Mutual. Aku dengar dari kawan aku, tahun 2010 diaorang bayar 17% keuntungan. Macam tak percaya, need to check and clarify.

Apa-apa pun aku terpaksa tunggu dalam minggu depan keputusannya. Dalam masa yang sama, aku dan kawan aku akan cuba untuk memohon kepada Allah semoga Mat yang tolong forwardkan aku punya permohonan ni akan minta komisen diaorang sedikit. Aku rasa dalam 5% tu logik lagi ler, itupun dah capai RM10,000.

Rumah Baru

19-Januari-2011

Pagi ni aku dibangunkan oleh alarm Nokia aku tepat jam 5 pagi. Snooze sekali dalam 10 minit, bila bunyi kali kedua, aku bingkas bangun. Laksanakan tugas aku di bilik mandi dan terus tunaikan solat Isya’.

Nampaknya aku kena berubah. Aku plan nak pindah ke rumah yang dekat dengan tempat kerja aku. Semalam aku ada singgah kat satu tapak perumahan baru yang tengah dalam pembinaan. Katanya akan siap pada Jun, 2011 ni. Harga rumah tengah RM313,000 dan ada satu rumah corner lot berharga RM421,000. Sebab aku ni bumiputera, aku akan dapat 7% off. Tapi kata salesman tu;

  • Corner lot tinggal satu, sebab orang yang book tu kena kanser, jadi tak boleh dapat loan
  • Unit untuk bumiputera tinggal dalam 5 buah je lagi

Aku tanya kalau aku buat loan dalam 30 tahun, berapa aku kena bayar tiap-tiap bulan, katanya dalam RM1,300 lah. Alamak lari budget pulak aku nanti. Dah ler sekarang ni cost of living very high!

Keluarga aku kalau dalam sebulan tu kena adalah dalam RM2,500 baru selesa. Dah dekat 5 tahun rasanya aku ni dikejar hutang. Silap aku jugak sebab aku tak menyimpan masa aku ada duit dulu.

Nampaknya aku kena buat budget elok-elok sebab kali ni aku nak aku punya kehidupan in budget dan ada simpanan. Lagipun aku punya salary sekarang ni dah kira tinggi untuk seorang yang berkelulusan diploma Jepun, umur baru 33 tahun. 2 bulan lagi aku akan menjangkau 34 tahun!

Perubahan mesti dilakukan segera, tetapi aku jangkakan yang aku akan jadi lebih stabil dalam 3 tahun lagi. Semoga tahun 2011 ni aku dapat bonus banyak. Kalau dapat 3 bulan, at least aku ada 20K tambahan.

Selepas aku sarapan, aku terus bersiap untuk ke pejabat. Hari ni macam biasa, anak aku pun bangun awal sebelum aku bertolak. Sempat aku tengok ragam dia yang buat aku dan isteri terhibur. Anak aku ni memang bijak.

Aku bawak laju sikit hari ni, average speed adalah dalam 100km/j. Sambil mengunakan helmet baru SOL, aku beli semalam masa aku ke kedai motor yang biasa aku pergi. RM195. Boleh tahan jugak sebab saiznya XL. Rupanya, helmet ni, cengkerangnya standard, yang bezakan saiz dia adalah span yang kat dalam tu. Helmet kali ni, spannya boleh dicabut dan dicuci.

Masa aku menunggang skuter aku, terasa angin kat rambut mengalir dari air intake hole hingga ke outlet kat belakang kepala. Memang cantik jugak helmet aku kali ni. Cuma bunyi deruan angin tu masih kuat lagi. Mungkin aku kena sumbat MP3 earphone yang ada noise cancellation system tu. Macam ear plug jugak.

Aku punch card aku tepat jam 7.54am.

Tertinggal Wallet

18-Januari-2011

Semalam aku tertinggal wallet kat dalam laci pejabat. Aku sedar masa dah half way perjalanan balik ke rumah. Time about 7pm. Minyak skuter pulak tinggal satu bar. Seluk poket, duit ada dalam RM2.10. Alamak…

Aku teruskan perjalanan, tapi speed tak melebihi 80km/j, nak selamatkan minyak. Teringat aku masa kecik dulu, aku membonceng motor yang dibawa oleh abang aku yang nombor 2. Tiba-tiba ada sebijik motor memotong laju, motor tu dipandu seorang perempuan dan dibonceng oleh perempuan jugak. Orang kampung aku.

Tiba kat depan sikit, tengok diaorang dah stop kat bahu jalan. Minyak habis rupanya! Abang aku berhenti dan buka paip minyak motor dan masukkan minyak dalam motor diaorang.

Itu ler, patutnya kalau minyak dah nak abis, kita pandu slow, barulah pengunaan minyak tu efisyen dan kita boleh pergi lebih jauh berbanding kalau kita speed laju-laju.

Aku pit-stop kat stesen minyak Shell dan masukkan RM2 worth of RON95 petrol. Teruskan perjalanan, tapi masih slow running at 70-80km/h.

Akhirnya aku tiba kat rumah sebelum jam 8.00 malam. Alhamdulillah.

Pengajarannya;

  • Check dulu kelengkapan sebelum take-off from one place to another place
  • Tinggalkan sedikit duit dalam bonet skuter! Untuk kecemasan.

Hari ni aku punch card jam 8.05 am. Semalam 8.04 am. Aku keluar rumah dalam jam 7.00am.

Air Zam-Zam

17-Januari-2011

Pagi ni aku set alarm handphone aku pada jam 5.00 pagi. Berbunyi dan aku dah bangun, tapi aku tidur balik. Sedar-sedar dah pukul 6.05 pagi. Aku bingkas bangun, mandi pagi dan Solat Subuh. Alhamdulillah solat hari ni rasanya sangat tenang.

Lepas solat aku terus buat sarapan pagi aku sendiri. Minum sarapan dan aku ajar isteri aku ilmu baru yang aku dapat semalam. Cara untuk minum air zam-zam.

  • Mula-mula baca Al-Fatihah sambil pegang gelas air zam-zam kat tangan kanan, tapi jangan Amin kan.
  • Lepas tu niatlah, Wahai Nabi Haidir, dengan berkat air zam-zam ini, semoga keburukan akan pergi dan kebaikan serta rahmat akan datang ke atas diriku.
  • Lepas tu baca Bismillah, teguk sekali
  • Lepas tu sebut Alhamdulillah
  • Baca Bismillah sekali lagi, teguk untuk kali kedua
  • Lepas tu sebut Alhamdulillah
  • Baca Bismillah, teguk untuk kali ketiga sampai habis
  • Lepas tu sebut Alhamdulillah
  • Kesemua perlakuan di atas dilakukan dengan dada kita mengadap kiblat

InsyaAllah aku akan provide air zam-zam ini untuk keluarga aku dan aku akan cuba berikan mereka setiap hari. Semoga dengan izin Allah, air zam-zam ini akan berikan keberkatan, perlindungan dan kekuatan kepada aku dan peminum-peminumnya.

Selesai urusan aku kat rumah, aku terus ke company. Hari ni aku naik kereta company. Minggu lepas, Khamis-Sabtu aku outstation ke Kedah. Sempat juga aku ke Padang Besar untuk beli Toto 2 keping, beg tangan untuk isteri aku, dan 2 set baju bolasepak EPL untuk anak aku. Satu Manchester City dan dia minta Tottenham Hotspurs, tapi takde, jadi aku belikan AC Milan. Semua happy.

Aku pergi dengan 2 orang bawah aku, sebab tengah bulan, aku hadiahkan seorang RM50 untuk diaorang belanjakan.

Semoga rezeki aku melimpah ruah supaya dapat aku hadiahkan pada orang lain.

Amin.