Datuk Sosilawati

Berita ni amat menyedihkan, geram, marah dan macam-macam lagi perasaan dan tanggapan terhadap orang yang butakan harta semata-mata.

Datuk Sosilawati ni seorang yang telah menjalani kehidupan dia dengan pelbagai keadaan. Mengikut apa yang aku tahu, dia diceraikan oleh suaminya yang pertama masa dia berumur awal 30-an. Masa tu anak dia kecik-kecik lagi dan dia menjual alat kosmetik orang lain dari rumah ke rumah. Masa buat jualan tu, dia gendong sekali anak dia.

Lepas tu, sebab kegigihan dia berniaga, Datuk Sosilawati ni berjaya membuka butik kecantikan. Lepas tu dia punya bisnes start naik dengan produk dia sendiri NV.

Dalam tu, dia kahwin dengan Nash, bekas penyanyi Rock. Tak tahan lama, 8 bulan lepas tu dia ceraikan suami dia. Katanya, Nash keluarkan duit dia tanpa persetujuan dia sendiri.

Berita terkini yang aku tahu setakat ni, dia dan 3 orang yang ikut sekali masa dia berurusan tentang tanah kat Banting tu, kena tahan, pukul, bakar dan abu mayatnya dibuang dalam sungai. Polis masih menyiasat untuk sahkan cerita suspek yang ditangkap.

Salah seorang suspek tu, peguam berpangkat datuk yang ada kes jenayah. Mungkin jugak peguam ni terlibat dengan kehilangan 4 orang kaya pada tahun lepas yang kesemuanya pernah berurusan dengan peguam ni juga berkaitan dengan hartanah. MasyaAllah, kalau terbukti, makhluk apa ler peguam tu.

Aku doakan agar Allah memberikan rahmat kepada yang dah pergi dan Allah lindungilah aku dan orang lain yang tengah nak mengejar kekayaan ni.

Amin.

Jatuh Motor

8-September-2010

Hari ni aku diuji Allah lagi. Kelmarin motor aku pancit, semalam pulak ada 2 kali keadaan dimana aku nyaris-nyaris kemalangan. Hari ni aku tergolek.

Masa aku start motor kat pejabat, hujan masih turun lebat. Aku pakai baju hujan aku, pasang lagu Walkman dan speed menuju balik ke rumah aku. Esok dah start cuti raya.

Jalan sesak dan kereta banyak jugak petang ni. Aku macam terkejar-kejar jugak. Macam hari-hari lain juga. Sampai kat NKVE, ada banyak kereta yang lalu kat bahu jalan. Ni memang menyusahkan penunggang motosikal macam aku ni.

Aku try nak masuk kat jalan kereta, tukar lane tengah, ada pulak sorang ni bawak motor macam semut. Aku jeling kanan dan cuba nak masuk lane kanan sekali, jeling belakang nak tengok kalau ada motor kat lane tu. Bila aku tengok depan je, satu van putih dah stop dan aku cuba nak brek untuk elak langgar van putih ni.

Tayar mengelungsur dan aku punya motor melintang langgar belakang van buruk ni. Kaki kiri aku tersepit antara motor dengan bumper van tu dan aku tercampak ke depan antara van dengan satu Perodua Viva. Kaki kiri aku sakit giler.

2-3 saat aku terbaring atas jalan. Aku try bangun, boleh bangun tapi kaki kiri aku sakit sangat bahagian lutut. Aku kutip penutup motor belah kiri, cermin pandang sisi kedua-duanya dah tercabut. Kunci motor aku jatuh atas jalan raya.

Ada sorang uncle cina datang tolong angkat motor, sorang amoi yang drive Viva tadi tu turun tengok kereta dia. Dia tanya aku OK ke tak? Aku kata OK dan sorry. Dia sentuh-sentuh pintu kereta dia yang sikit tercalar kena side mirror aku. Lepas tu dia blah.

Aku start motor balik dan drive motor aku perlahan-lahan. Aku macam sengal sekejap.

Lepas dalam 20 minit, aku stop kat kawasan rehat sebelah plaza tol, evaluate balik keadaan aku dan motor. Motor aku rosak tak teruk sangat, tapi kaki kiri aku rasa macam sakit sangat.

Sampai kat satu bengkel kat rumah aku tu, aku mintak diaorang gantikan cermin pandang sisi, penutup motor dan brek tangan yang dah putus. Kena RM40.

Lepas tu aku terus balik rumah…hujan masih turun renyai-renyai. Aku dalam kesakitan….satu pengajaran kepada aku. Kena lebih hati-hati lagi selepas ni. Nasib baik Tuhan bagi nyawa panjang untuk aku teruskan kehidupan aku sambil menanggung keluarga aku.

Semoga Allah berikan aku petunjuk untuk aku mengejar dunia dan akhirat….Amin.

Al-Fatihah

22-September-2010

Semalam masa aku tengah naik motor menghala balik ke rumah aku, aku terasa nak tahu sangat makna tepat surah Al-Fatihah. Yang aku ingat, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kemudian kita minta ditunjukkan jalan yang lurus. Itu sahaja.

Masa aku sertai satu kursus menjaga pelanggan dalam 2 tahun lepas, aku pernah diberikan tips untuk memilih pekerja. Katanya, salah satu dari soalan temuduga tu, minta candidate tu tuliskan makna penuh surah Al-Fatihah. Kalau orang tu Islam ler.

Surah Al-Fatihah

Surah ni banyak hikmahnya. Aku ada terbaca satu kisah yang mana ada orang gila dirawat dengan hanya bacaan Surah Al-Fatihah.

Di sini adalah maksud ayat-ayat, yang mana surah Al-Fatihah ni ayat pertamanya ialah Bismillahirrahmanirrahim.

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai, dan bukan jalan orang-orang yang sesat.”

Aku cuba amalkan sebanyak mungkin dalam satu hari. Aku ada terbaca satu buku yang mengatakan bahawa aura sesuatu ayat itu akan mula memberikan tindak balas jika kita amalkan dengan khusyuk, penuh ikhlas hanya kepada Allah.

Selain tu, aku juga tertarik dengan amalan surah Al-Ikhlas, 3 ayat terakhir surah Al-Baqarah dan Surah Al-Waqiah. Semoga usaha ini memberikan aku keberkatan dunia dan akhirat. Amin

Sihir

fire2

Pertama kali aku tahu yang aku disihir apabila aku diberitahu oleh seorang Pak Sheikh yang menetap di hujung negeri Selangor. Pak Sheikh ni telah bermustautin di Malaysia lebih 15 tahun. Dengar ceritanya, Pak Sheikh nilah yang bertanggung jawab untuk memeriksa Al-Quran yang dicetak kat Malaysia ni.

Pak Sheikh ni boleh berbahasa Melayu, tapi loghat Arab sikit.

Aku ke rumah Pak Sheikh ni dengan kawan aku.

Sampai di rumahnya yang terletak di dalam kawasan sekolah pengajian Al-Quran, aku diminta duduk dihadapannya. Dia membacakan beberapa ayat Al-Quran dan kemudian Pak Sheikh kata “Kamu ni ada masalah, berat.”

Kemudian, dia membacakan beberapa ayat lagi dan meminta untuk diberikan air mineral yang aku beli masa dalam perjalanan ke rumahnya tadi. Dia baca beberapa ayat dan berikan botol tu kepada aku. Dia suruh aku minum.

Kemudian, dia nak melawat pejabat tempat aku berniaga. Aku berjanji dengan Pak Sheikh tu untuk ambil dia pada hari Jumaat minggu tu juga.

Terus terang aku cakap, aku gundah gelana masa tu. Fikiran aku tak keruan, sebab, kalau sakit biasa, aku jumpa doktor, ambil ubat dan boleh tahu baik atau tidak. Kalau “sakit” jenis yang macam ni, aku tak tahu macam mana nak atasinya. Terlalu subjektif.

Peluang Bisnes

Meter motor

21-September-2010

Pagi tadi bila aku nak start motor, aku terpandang kat aku punya ODO Meter, tercatat 22,999km. Nampaknya motor ni dah mengembara sangat jauh. Aku gunakan motor ni lebih kurang 600km setiap minggu. Aku ada plan nak tukar motor, mungkin skuter. Aku dah lama plan, cuma duit aje belum masuk lagi.

Perjalanan pagi tadi macam biasa, agak sejuk jugak, tak hujan pun. Cuaca juga cerah. Aku pit stop kat stesen minyak masuk RM3 dalam tangki. Perjalanan selama 30 minit ke tempat kerja aku tu takde stesen minyak. Jadi naik motor sejam tak lalu stesen, kalau minyak kering, menanah kaki aku kena tolak motor.

Aku tiba ke tempat kerja tepat jam 7.50am.

Hari ni aku siapkan 3 report claim dari customer yang sama. Siap report tu aku ke satu supplier yang buat Chrome Plating untuk aku ambil balik produk yang aku hantar untuk saduran sebelum raya hari tu. Kualitinya agak bagus juga. Sebelum ni produk tu disadur di Jepun.

Tengahari tadi, ada sorang pekerja kat kilang aku ni bagi aku satu rentetan email antara sorang usahawan Malaysia dengan sorang buyer dari Jepun yang berkisar tentang supply ikan talapia merah ke pasaran Jepun. Aku tak tahu lagi apa tujuan dia ajak aku joint sama, mungkin nak modal atau mungkin juga nak aku punya kebolehan berbahasa Jepun.

Aku masih tidak tahu apa tujuan sebenarnya. Kalau jadi bisnes, aku harap tak ada yang merugikan. Aku pulak kena berhati-hati dengan offer seperti ini, takut diaorang nak trick aje. Yang sebenarnya dia nak kaut duit dari pelabur yang membabi buta melabur. Semoga Allah berikan petunjuk.

Power Failure

20-September-2010

Hari ini hari Isnin. Badan aku kepenatan. Jumaat lepas, aku punya kilang black-out. Ada kabel letrik TNB terbakar kat pencawang. Black-out start dalam pukul 12.45pm, sebelum sembahyang Jumaat. Certain area aje yang terganggu bekalannya. Kat masjid, bekalan letrik macam biasa. Kalau takde letrik, berdarah tekak imam nak baca kutbah.

Malamnya, aku terpaksa stay back untuk pastikan satu barang ni siap untuk dihantar by-hand oleh MD aku ke Thailand. Tunggu punya tunggu, letrik kat kilang sebelah datang semula dalam jam 10pm. Tapi kilang aku aje yang masih bergelap.

Aku call 15454 untuk tanya keadaan, katanya tak semua recover, masih ada lagi yang belum dapat supply. Aku tanya bila boleh dapat bekalan. Operator TNB kata dalam 1-2 jam lagi.

Aku terus menanti.

Dalam pukul 12am lebih, aku call 15454 sekali lagi sebab takde letrik pun datang kat kilang aku ni. Aku dah start penat dan mengantuk. Aku mintak diaorang antor technician untuk check.

Lepas dalam sejam macam tu, technician TNB datang 2 orang naik kereta Kancil. Diaorang check diaorang punya bilik kat belakang kilang tu dan didapati ada supply masuk. Kata diaorang mungkin ada kerosakan pada kilang punya Power Switch. Cess…aku minta khidmat nasihat diaorang, tapi diaorang kata tak berani nak bagi sebab ini bukan masalah diaorang dah.

Aku try nak “on”kan power switch ni, sikit punya susah. Siap kena pam dulu baru boleh naik dia punya charge. Pam punya pam, letrik tak naik-naik.

Air Circuit Braker

Aku telefon kawan aku kat kilang lama dulu, dia chargeman. Dia kata kena reset overload current, entah apa kejadah entah. Aku dah reset tapi tak OK-OK jugak. Dia kata mungkin mekanikal punya isu. Bukan elektrikal.

Last-last ada 2 orang ni, sorang bekas pekerja kilang ni dulu, sekarang kerja dengan TNB, dia ketuk-ketuk dinding braker tu. Tiba-tiba letrik ada….Cess, ketuk-ketuk macam TV lama plak. Aku dengar diaorang caj RM500 untuk ketuk-ketuk tu. Itulah orang Melayu, suka ambil kesempatan. Diaorang nak one-shot aje. Kalau aku, RM100 dah ler kan. Manalah tahu next time ada peluang lain plak.

Semalam aku ke Penang untuk hand-carry satu sample yang urgent ni. Badan memang dah penat. Kereta pulak banyak. Aku bertolak dari rumah jam 2.40pm, sampai kat kilang dalam 3.45pm. Aku ambil barang, terus gerak ke Penang. Langit petang semalam nampak cantik, 2-3 tempat je yang hujan lebat.

Langit Petang 20-Sep-10 

Aku sampai kat Penang dalam jam 7.30pm. Tinggalkan barang tu kat Guard House dan kemudian terus pecut balik ke rumah aku. Sepanjang perjalanan, macam-macam jenis pemanduan yang aku tempuhi. Ada yang tak sabar-sabar, siap potong bahu jalan lagi.

Aku pandu macam biasa 140-150 km/j. Penat beb. Kalau slow-slow mengantuklah pulak. Kereta memang banyak, memandangkan orang baru nak balik ke bandar selepas beraya di kampung. Aku selamat tiba di rumah jam 11.15pm. Aku mandi dan kemudian tengok TV sekejap. Last-last aku terlelap…..

Pagi ni, aku ke syarikat naik kereta company. Minyak diaorang bayar ler, tapi tol tak boleh nak claim. Hari ni ada pelawat nak datang. Katanya tengahari, ada claim mengatakan parts yang dihasilkan kilang aku ada dent. Aku rasa diaorang yang buat dent tu…..Tengok apa yang berlaku.

Semoga hari ini terus memberikan sinar kepada aku….

Hujan Pagi Jumaat

17-September-2010

Pagi ni aku terbangun jam 4.45am. Pergi ke toilet menjalankan tugas sebagai orang yang dah minum, kemudian aku baring sekejap. Mimpi ntah apa-apa, lepas tu aku terbangun jam 5.30am. Terus bangun, mandi dan Solat Subuh.

Macam biasa, aku minum minuman kesihatan aku, inilah breakfast aku. Sebabkan kandungan zat makanan yang tinggi, lepas minum aku rasa segar. Aku kemudian terus bersiap untuk ke tempat kerja.

Suku perjalanan, aku tengok langit dah start gelap.

Langit 17-9-10 (2)Langit 17-9-10 

Hujan dah start turun renyai-renyai. Aku stop kejap untuk sarungkan seluar hujan aku. Lepas tu aku teruskan perjalanan. Dalam 5 minit kemudian, hujan turun dengan lebat, aku redah ajelah. Sepanjang perjalanan, aku meredah hujan lebat lebih kurang 40 minit.

Sampai kat tempat kerja, baju aku basah, seluar bahagian depan basah, kasut aku lenjun, seluar dalam pun basah jugak. Nampaknya kena pakai baju kerja tanpa baju dalam aku hari ni.

Lenjun

Inilah dugaan dalam mencari rezeki….aku redha dan aku berdoa kepada Allah supaya melimpahkan rezeki kepada aku sekeluarga.

Sejuk Pagi

15-September-2010

Semalam adalah hari pertama syarikat tempat aku kerja mulakan operasinya selepas cuti Hari Raya Aidilfitri 2010. Aku pun masuk kerja semalam. Tapi kilang sunyi aje sebab lebih kurang 70 orang masih bercuti. Segelintir sahaja yang datang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pekerja.

Kaki aku masih sakit lagi hasil golekan aku masa aku accident hari Rabu lepas. Masih bengkak lagi. On the way datang company, hujan lebat kat separuh jalan sehingga ke syarikat. Aku basah kuyup. Kasut bergenang dengan air hujan. Inilah dugaan orang naik motor macam aku ni.

hujan

Tengahari semalam aku pergi makan kat kedai mamak yang sebelum ni tak pernah aku pergi sebab kedai yang aku selalu makan tu masih lagi bercuti raya. On the way balik, sempat aku rakamkan gambar kucing tengah bersantai dalam kedai makan tu.

kucing

Pagi ni agak sejuk jugak. Terasa juga sejuknya di dada walaupun aku pakai baju hujan Givi yang tebal ni. Mungkin sebab hujan yang turun semalam kot. Lagipun jalan ke tempat kerja aku ni akan melalui kawasan hutan yang agak tebal. Ulu ler katakan. Nasib baik aku pakai glove.

Glove

Walaupun aku naik superbike 100cc, glove ni banyak membantu. Bukan sahaja menahan sejuk pagi, masa aku tergolek Rabu lepas pun, glove ni menahan kulit aku dari luka. Kaki aku bengkak, bahu aku sakit, tapi Alhamdulillah takde luka. Kalau luka ni, nak mandi pun pedih, nak tunggu baik pun ambil masa. Dan yang paling perit sekali ia meninggalkan kesan.

Aku agak trauma jugak dengan accident tu. Tapi aku dapat atasinya dengan cara, aku melakonkan semula accident tu dalam fikiran aku (bayangan). Tapi dalam wayang yang aku cipta sendiri tu, aku berpakaian seperti seekor beruang di atas motor aku.

Aku mainkan filem yang aku cipta ni berkali-kali dengan speed yang laju. Last-last, aku rasa macam lawak pulak apa yang telah berlaku. Setiap kali aku teringat peristiwa ni, aku tersenyum.

Hari ni ada 2 orang Jepun datang untuk buat correlation tentang satu part yang kecik giler ni. Biasanya MD aku yang entertain. Cuma mungkin masa buat measurement tu nanti aku terlibatlah sikit sebab aku ni Quality Assurance Manager.

Ada beberapa claim dari customer yang aku kena jawab segera. Macam-macam kerenah customer ni. Dalam beratus-ratus ribu barang yang kita hantar, adalah sebiji defect pun diaorang nak aku tulis report berjela-jela. Diaorang ni kadang-kadang tak cukup pengalaman nak handle case macam ni. Six Sigma pun tak seketat macam ni dia punya acceptance level.

Apa-apa pun aku kena jalankan kerja aku.

Tong Minyak

Aku ada beli satu tong minyak ni. Harga RM7. Tujuan dia, aku nak fill dengan minyak petrol sebab, kapasiti tangki superbike aku cuma 2.7L. Aku kena isi minyak setiap hari, kadang-kadang sampai 2 kali sehari. Sekali pagi, sekali petang.

So sebagai solution, aku beli satu tong yang boleh cater lebih kurang 3L minyak.

Tong minyak

Pagi tadi aku try isi dalam tangki aku guna botol air yang aku dah kerat punggungnya untuk dijadikan macam corong. Tapi minyak tu lebih banyak yang tumpah atas motor berbanding yang masuk dalam tangki. Aku angin betullah dengan pengeluar tong ni. Bukannya nak fikir macam mana supaya pembeli ni bila nak tuang minyak, boleh tuang supaya masuk 100% dalam tangki.

Bukannya diaorang tak boleh test.

Kalau aku jadi pengeluar, aku akan buat satu corong yang basenya seperti penutup tong tu sekarang. Hujungnya aku bentuk lubang bercorong supaya bila tuang, minyak akan tercurah keluar dalam satu aliran macam air paip dipasang getah.

Lepas tu, kita bukak balik penutup berlubang tu, pasang balik penutup yang ada sekarang ni. Harga letak RM10 pun orang akan beli kalau aplikasinya memudahkan penguna.

Sebagai solution, aku tengah fikir untuk potong botol air mineral 1.5L. Guna bahagian punggungnya untuk tuang minyak tu dulu dalam botol yang dipotong ni. Lepas tu, sambil memicit botol air mineral tu membentuk oval shape, aku tuang minyak masuk dalam tangki. Nak guna corong pun lagi OK.

Aku berharap sangat agar pengeluar di Malaysia ni berfikir satu step lagi ke depan. Takde produk Malaysia yang dicipta penduduknya yang jadi kebanggaan kat luar.

Kereta nasional kita pun tak memberangsangkan. Savvy aku dah tersadai dek kerana gear box AMT yang dah faulty. Bila tanya pomen proton, diaorang kata “Regular Faulty”. Yang aku angin tu, diaorang tak ambil tindakan untuk recall. Takut rugi…..

Sebenarnya mereka makin rugi, aku dah bersumpah tak akan beli produk proton lagi dah lepas ni. Dan aku akan menentang habis-habisan kalau orang yang aku kenal nak beli proton. Aku bukan tak menyokong barangan buatan Malaysia, tapi aku tak sokong buatan proton. Aku dah hilang kepercayaan!

Tolak Motor

8-September-2010

Hari ini aku berpuasa macam biasa. Tapi aku bangun jam 4.30 pagi hasil bunyi guruh dan petir serta hujan yang agak lebat. Bila hujan lebat, maka aku punya siling akan berbunyi titik air sebab bumbung aku dibina oleh pemaju yang tak bertanggung jawab. Nama pemajunya Peter’s Brickworks. Kalau dengar nama ni, jangan beli rumah yang diaorang bina. Aku tak mahu orang lain terperangkap dengan pemaju seperti ini.

Aku sahur dengan minuman kesihatan yang aku dah amalkan dekat 4 tahun lebih tu. Minum air kosong dalam 1 liter setengah sementara tunggu Subuh. Lepas je azan Subuh, aku ajak anak aku sembahyang berjemaah sekali.

Lepas sembahyang, aku terus bersiap untuk ke pejabat.

Semalam, aku punya motor tayarnya pancit. Cess…menolak jugak aku. Dah ler posa, berpeluh-peluh aku dibuatnya. Alhamdulillah ada satu bengkel motor yang baru dibuka kat tempat kerja aku yang dalam hutan ni. Ajaib jugak, sebelum ni memang takde bengkel motor.

Tayar pancit Besi

Aku ambil nombor telefon pomen tu, namanya Ah Leong. Lain kali kalau tayar motor aku ada problem, aku telefon je dia dan dia boleh datang pejabat aku tolong repair. Takdelah aku kena menolak lagi!

Aku tanya dia, kalau pancit tengah jalan, boleh ke kita tampal sendiri? Dia kata susah nak pam kalau dah flat tayar kita ni. Memang betul katanya, kalau pam kaki tu memang tak boleh nak press tayar untuk masukkan angin. Tayar aku guna tubeless. Macam tayar kereta jugak. Aku kena cari alternatif lain…..

Esok dah mula cuti raya. Jalan dah start lengang, mungkin diaorang dah start cuti kot. Company aku akan mulakan cutinya esok dan berlarutan sehingga Isnin depan. Selasa dah start kerja, tapi aku dapat tahu yang ramai akan sambung cuti sampai Khamis. Khamis tu hari 1Malaysia.

Aku plan nak balik raya kat kampung bini aku pada hari Khamis ni jam 8 pagi lebih kurang. Harap-harap jalan lancar. InsyaAllah.

Semoga individu lain juga dilindungi dan mereka semua memandu dengan berhati-hati.