Akuarium Baru

31-Ogos-2010

Cuti merdeka! dan hari ni adalah hari ke-21 aku dan umat Islam yang lain berpuasa pada Ramadan 2010. Aku macam biasa bangun pukul 4.50 pagi. Malam tadi aku dah solat Isya’, tapi masa tu aku terlambat solat Maghrib. Leka dengan nikmat dunia. Semoga aku boleh jadi lebih baik hari ini.

Tak banyak benda yang aku buat hari ni. Just relaks-relaks sahaja, membaca buku “Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah” (klik kalau nak tengok komen yang aku buat pasal buku ni) dan aku juga telah menulis tentang maksud surah ni. Surah Al-Waqiah ni menyedarkan aku tentang nikmat syurga yang abadi hasil daripada amalan aku di dunia. Aku sebelum ni terlalu mengejar keduniaan tanpa mengambil berat betul-betul tentang akhirat.

Beberapa minggu lepas, aku punya ikan mati kesemuanya. Ada keputihan pada kulit ikan aku tu. 2 hari sebelum tu aku ada tukar air, dan ikan tu macam sihat je sebelum aku tinggalkan untuk pergi ke Penang outstation.

Aku hampa juga sebab aku banyak juga spend untuk beli ikan lampam dan kelah.

Aku pergi jumpa dengan tokeh kedai ikan tu dan bertanyakan kenapa. Dia kata ada beberapa sebab ikan aku mati kesemuanya;

(1) Air kotor, katanya hari Jumaat jangan tukar air sebab air paip kotor kat Selangor ni. Mungkin Syabas mengecaj air kotor keluar dari loji kot?

(2) Kena letak garam dalam air….cess, yang ni aku terlupa nak buat!

(3) Jangan letak klorin killer terlalu banyak. Mesti ikut sukatan! Yang ni pun aku tersilap.

Aquarium Baru Aquarium Baru 2

Akhirnya dengan ilmu dan revision terhadap fakta dan teknik yang aku dah lupa, aku membina semula akuarium aku dengan 5 ekor ikan koi (yang warna emas tu) dan 2 ekor ikan mata besar yang aku tak tahu namanya. Ikan tu macam ikan laut pulak (ebek kot).

Semoga ikan-ikan aku sihat. Aku ada dengar orang cakap yang setiap liuk ikan itu adalah zikir untuk kita. Tidak seperti burung yang dikurung, membela ikan ada kebaikannya.

Advertisements

Mukjizat Surah Al-Waqiah

Menyingkap Mukjizat Al-Waqiah

Buku ini aku baru beli sebelum bulan Ramadan 2010. Aku cuba untuk amalkan Surah Al-Waqiah ini untuk aku membetulkan keadaan ekonomi aku sekarang. Aku dah mula bekerja semula selepas hampir 3 tahun bekerja sendiri menempuh berbagai suka dan duka,

Buku dengan jumlah mukasurat sebanyak 116 ini menerangkan tentang kelebihan surah Al-Waqiah. Walaupun tidak banyak hadis yang mengutarakan tentang kaitan surah Al-Waqiah dengan kelancaran rezeki kerana Nabi SAW tidak mahu kita menjadikan harta dunia ini keutamaan. Namun begitu, Nabi juga tidak mahu kita fakir kerana fakir itu membawa kepada kekufuran.

Menyingkap Mukjizat Al-Waqiah-Harga

Aku dapat buku ini di MPH dengan harga RM10.90, sama seperti harga yang tercetak pada barcodenya.

Berikut adalah bab-bab yang ada pada buku ini.

      1. Pendahuluan
      2.         > Kelebihan-kelebihan surah di dalam Quran (Al-Fatihah, Al-Baqarah, Al-Kahfi, Yasin, Ad-Dukhan, Al-Waqiah)

               > Surah Al-Waqiah termasuk Surah Makkiyah
               > Asbabun Nuzul Surah Al-Waqiah
               > Persoalan-persoalan
        2.   Maksud Surah Al-Waqiah
               > Sekilas berkenaan kandungan surah-surah dalam Al-Quran
               > Al-Waqiah, surah yang ke-56
               > Hubungan surah Al-Waqiah dan Surah Al-Hadid
               > Menjelaskan mengenai kiamat
               > Pedihnya neraka dan nikmatnya Syurga
               > Keistimewaan Surah Al-Waqiah
        3.   Membaca Surah Al-Waqiah Menjauhkan Kefakiran
               > Beribadah dan berusaha
               > Kekuatan spiritual memudahkan rezeki
               > Membacanya setiap malam
               > Jumlah bacaan
               > Istiqamah
               > Pasrah pada Tuhan

      4.   Menyingkap Keajaiban Ayat-ayat Dalam Surah Al-Waqiah

             > Simbolisme Tafsir dan Takwilnya
             > Kekuatan batin dalam Surah Al-Waqiah
             > Iktiraf dan Qanaah
             > Mengamalkannya dengan khusyuk
             > Menyingkap diri
             > Terapi logik mengenai keseimbangan dan ketenangan
      5.   Pemahaman Batin Surah Al-Waqiah
             > Mendekatkan diri pada Allah
             > Bibir berucap, fikiran mengingat
             > Reaksi usaha
             > Keseimbangan emosi dan spiritual
             > Motivasi diri dan amalan spiritual
             > Mempertahankan keyakinan dengan amalan spiritual
             > Penutup
        Last sekali penulis ada mencatatkan tentang Bibliografi atau mengikut kefahaman aku, rujukannya semasa penulis mencatatkan penulisan ini.
          Di belakang buku ini pulak, penulis mencatatkan ayat-ayat berikut;

          Tentu Anda Ingin Tahu

          > Apakah rahsia agung di sebalik surah Al-Waqiah?

          > Benarkah surah Al-Waqiah dapat membuka pintu rezeki?
          > Apakah keajaiban dan kelebihan yang terkandung dalam surah Al-Waqiah?
          > Ramai individu mengenal surah Al-Waqiah sebagai surah bagi berjaya dan menghindari kemiskinan. Di manakah letaknya kekuatan itu?
          > Apakah tiga golongan yang disebutkan dalam surah Al-Waqiah?
          > Teknik dan cara mengamalkan surah Al-Waqiahsecara istiqamah?
          Ramai individu mengeluh apabila usaha yang dilakukan tidak memberikan hasil seperti yang diimpikan.
          Adakah kita mengkaji sebab terjadi sedemikian?
          Adakah kita pernah mendengar ‘usaha semata-mata juga tidak menjamin kejayaan’? Ada kalanya kita perlu mengamalkan sesuatu selain usaha dalam meraih kejayaan. Surah Al-Waqiah menampilkan kisah-kisah yang menjelaskan, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang melimpah ruah dan terhindar daripada kefakiran dengan membaca surah ini secara istiqamah.
          Ayuh kita terokai mukjizat di sebalik surah ini.
            Beberapa point yang aku dapat daripada membaca buku ini hampr keseluruhan ialah;
            1. Baca Al-Quran perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gopoh
            2. Apabila kita dapat berkomunikasi dengan Al-Quran melalui bahasa hati, Al-Quran akan menjadi pembimbing kita supaya tidak sesat hidup di dunia.
            3. Sesiapa yang membaca Al-Baqarah pada malam hair, maka syaitan tidak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam. (Hadis Muslim)
            4. Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia pasti tidak akan mengalami kefakiran. (Hadis Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)
            5. Berusaha sahaja tidak cukup, kita perlu amalan dan pergantungan kepada Allah SWT.
            6. Ada hadis yang mengatakan yang Allah adalah seperti yang kita nilai dan faham akan sifat-sifatnya. Jadi jangan pra-sangka atau sangsi terhadap kuasa Allah.
              Selepas membaca buku ni, banyak perkara yang aku tak buat masa aku berniaga dulu. Ini memberikan kesedaran pada diri aku dan aku bertekad untuk kembali semula ke alam perniagaan dan dengan amalan yang lebih terhadap Allah. Akan ku tadahkan tanganku ini memohon petunjuk dan perlindungan dari Allah SWT.

          Surah Al-Waaqiah

          Surah ini diturunkan di Mekah dan mengandungi 96 ayat kesemuanya.

          Aku cuba mengamalkan surah ini setiap kali selepas solat Subuh sebelum aku pergi bekerja. Banyak ayat-ayat yang memberikan aku kepercayaan dan harapan agar aku beribadat dengan usaha untuk mencapai nikmat syurga. Makna ayat ini juga banyak memberikan kesedaran pada diri aku sebagai seorang umat Islam yang senang sangat lalainya.

          Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

          Apabila berlakunya hari kiamat, tidak seorang pun yang mendustakan kejadiannya. Diwaktu itu ada yang merana dan ada pula yang bahagia. Apabila bumi digoncang dengan hebat, dan gunung ganang pula hancur luluh. Maka jadilah ia seperti abu yang berterbangan.

          Dan kamu akan jadi 3 golongan, Iaitu golongan kanan. Siapakah golongan kanan itu? Mereka yang menerima kitab amalannya dari sebelah kanan. Dan golongan kiri, Siapakah golongan kiri ini? Mereka yang menerima kitab amalannya dari sebelah kiri.

          Dan golongan orang-orang yang telah mendahului mengerjakan ketaatan dan telah dahulu lagi mendapat rahmat dari Allah SWT. Itulah orang-orang yand didekatkan kepada Allah. Mereka dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu. Dan sebilangan dari orang-orang yang kemudian.

          Mereka duduk di atas takhta yang dihiasi emas dan permata. Mereka duduk dalam keadaan bersandar berhadap satu sama lain. Mereka didampingi oleh anak-anak muda yang sentiasa tetap muda selamanya. Menghidangkan minuman dalam gelas, teko, gelas yang berisi arak dari sungai yang mengalir. Mereka tidak pula pening atau mabuk setelah meminumnya. Dan dihidangakan buah-buahan yang mereka gemari. Dan daging burung yang lembut yang mereka inginkan.

          Dan di dalam syurga itu ada para bidadari yang amat cantik paras rupanya. Bagaikan mutiara yang tersimpan dengan rapi. Sebagai ganjaran ke atas apa yang mereka telah lakukan. Mereka tidak mendengar dalam syurga itu kata-kata kosong mahupun perkataan yang keji. Mereka hanya mendengar ucapan ‘Selamat!, Selamat!’

          Dan golongan kanan itu, alangkah mulianya golongan kanan ini. Mereka berada di antara pokok bidara yang tidak berduri dan pokok pisang yang bersusun-susun buahnya. Dan naungan yang terbentang luas dan air yang terus menerus alirannya dan buah-buahan yang banyak yang mana ia tidak henti-henti berbuah dan tidak pula dilarang untuk mengambilnya. Dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk.

          Kami mencipta bidadari-bidadari secara terus (tidak melalui kelahiran, tetapi terus terbentuk bidadari) lalu kami jadikan mereka perawan-perawan yang penuh dengan kasih sayang dan seumur untuk golongan kanan. Segolongan besar dari orang yang terdahulu dan segolongan besar juga dari orang yang terkemudian.

          Dan golongan kiri pula, alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Mereka terseksa dengan angin yang panas dan air yang mendidih dan dinaungi asap yang kehitaman , tidak sejuk dan tidak menyenangkan.

          Sesungguhnya sebelum itu, mereka hidup dahulunya bermewah-mewahan, dan mereka terus menerus melakukan dosa-dosa besar dan mereka berkata “Apabila kami sudah mati, menjadi tanah dan tulang-temulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan semula? Adakah nenek moyang kami juga akan dibangkitkan?”

          Katakanlah “Ya, sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan yang kemudian pastinya semua akan dikumpulkan pada waktu tertentu, pada hari yang sudah tersedia maklum.”

          Kemudian sedungguhnya kamu, wahai orang-orang yang sesat lagi mendustakan, pasti akan memakan pokok zaqqum (pokok di neraka yang menimbulkan penderitaan yang luar biasa jika dimakan), maka akan penuh perutmu dengannya.

          Setelah itu, kamu akan minum air yang sangat panas, minum seperti unta yang sangat kehausan. Itulah hidangan untuk mereka pada hari pembalasan.

          Kami telah menciptakan kamu, mengapa kamu tidak mempercayai hari dibangkitkan? Maka adakah kamu perhatikan tentang benih-benih manusia yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptanya, atau adakah kami yang menciptakannya? Kami telah menentukan kematian untuk tiap-tiap dari kamu dan kami tidak lemah untuk mengantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu di dunia dan membangkitkan kamu kelak diakhirat dalam keadaan yang kamu tidak ketahui.

          Dan benar kamu telah mengetaui penciptaan yang pertama, mengapa kamu masih tidak mengambil pengajaran darinya? Pernahkah kamu mengkaji benih-benih yang kamu semaikan? Kamukah yang menumbuhkannya? Atau kamikah yang menumbuhkannya? Jika kami kehendaki, nescaya kami akan hancurkan benih itu sehingga lumat, sehingga kamu tercenggang sambil berkata “Sungguh kami benar-benar menderita kerugian, sehingga kami tidak mendapat sebarang hasil.”

          Air

          Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkan air ini dari awan atau kamikah yang menurunkannya? Kalau kami kehendaki, nescaya kami akan jadikan air itu masin rasanya. Maka, kenapakah kamu tidak bersyukur?

          Apakah kamu tidak perhatikan api yang kamu nyalakan? Kamukah yang menumbuhkan kayu yang jadi bahan bakarnya? Atau kamikah yang menumbuhkannya? Kami menjadikan api itu untuk peringatan dan untuk kegunaan orang yang bermusafir di padang pasir.

          Maka bertasbihlah memuji Tuhan yang Maha Besar. Maka Aku bersumpah dengan tempat terbenamnya bintang-bintang. Sesungguhnya itu adalah Al-Quran yang mulia. Di dalam kita yang dipelihara dengan baik. Tidak ada yang menyentuhnya selain orang-orang yang disucikan.

          Diturunkan dari Tuhan alam semesta. Adakah Al-Quran ini kamu pandang mudah sahaja? Dan kamu balas rezeki yang kami berikan itu dengan mendustakan-Nya. Maka mengapakah tidak dicegah sehingga tiba waktu roh sampai di kerongkong? Sedangkan kamu pada waktu itu melihat dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu.

          Tetapi kamu tidak memerhatikan. Maka jika kamu memang tidak akan diberikan balasan, tidak mengembalikan roh itu ke tempatnya semula jika kamu itu benar.

          Jika orang-orang yang mati itu tergolong dari golongan yang didekatkan kepada Allah, maka dia akan memperoleh kegembiraan, kepuasan dan syurga yang penuh dengan kenikmatan.

          Dan jika ia termasuk dalam golongan kanan, maka akan diucapkan kepadanya “Selamat sejahtera untuk kamu dari golongan kanan.”

          Dan jika ia termasuk golongan orang-orang yang mendustakan dan sesat, maka hidangannya adalah terdiri dari air yang mendidih dan dia akan dibakar dalam neraka.

          Sedungguhnya ini adalah satu keyakinan yang pasti akan kebenarannya, maka bertasbihlah memuliakan Tuhan kamu Yang Maha Besar.

          Tasbih

          Sungai Petani, Kedah

          26-Ogos-2010

          Aku di Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam start dari 23-Ogos-2010 sampai 25-Ogos-2010. Apa lagi, kena dengan customer Penang tu ler. Aku kena sorting 22,000 biji dan kali ni ada Sales Manager aku bawak sekali untuk support. Untuk mempercepatkan process sorting, aku seludup 6,000 biji dan sorting kat Hotel.

          Hari ke-2 aku sempat ke Sungai Petani sebab ada satu meeting dengan customer lain yang nak implement RoHS dan ELV. Diaorang kata baru nak mula implement environmental requirement ni. Aku dah biasa dah dengan kedua-dua requirement ni sebab masa aku kerja buat kapasitor dulu, dah biasa sangat dengar. Kapasitor ni digunakan di dalam alat elektrik sebagai penapis arus elektrik.

          Sempadan Kedah

          Kapasitor juga digunakan dalam peralatan elektronik yang dipasang dalam kereta, jadi ELV pun aku biasa juga dengar.

          Habis meeting dalam jam 4 petang dan aku dibawa ke Sungai Petani oleh Sales Manager aku ni. Dia ada saudara mara kat Sungai Petani. Katanya, dia nak lawat nenek dia yang berumur lebih kurang 80 tahun yang tengah sakit. Aku check in ke satu hotel yang agak ada nama, Swiss-Inn. Swiss-Inn ni adalah satu cawangan dari Swiss Garden.

          Hotelnya agak bagus jika aku evaluate keadaan biliknya. Luas dan agak murahlah bagi aku. RM140/night kalau kita ada bawa kad nama company. Diaorang kata Corporate Rate. Dia punya kolam mandi sikit punya besar!

          Kolam Mandi

          Tapi masa sahur, kita tak boleh choose food yang kita nak makan. Mula masuk kat restoran diaorang yang terletak kat ground floor, diaorang tanya no. bilik, lepas tu diaorang tanya nak makan nasik ke tidak. Bila aku jawab ya, diaorang masuk kat dapur, selepas 10 minit, diaorang datang bawa satu dulang berisi nasi, daging kari, sayur kobis over cooked. Aku makan, tapi tak selera sangat.

          Aku sempat makan roti kering dengan jem strawberry dan magerin. Overall, sahur kali ini kurang memuaskan.

          Balik bilik, aku sambung sorting barang yang aku bawak keluar dari customer. Siap dalam jam 8 pagi. Aku kena out from the hotel at 8.30am. Aku terlelap sekejap. Bangun-bangun dah 8.25am. Dapat sms dari Sales Manager aku tu, katanya dalam 10 minutes dia akan sampai to pick me up. Cess….aku cepat-cepat mandi dan bersiap untuk berjuang menyambung sorting another 6,000 pcs!

          Melayan Kerenah Pelanggan

          24-Ogos-2010

          Aku bersahur di hotel Penang lagi hari ni. Bangun tadi jam 4.20am dikejutkan oleh handphone Sony Ericsson aku. Kali ni aku set lagu raya. Dah dekat nak raya beb.

          Hotel Penang

          Aku sambung kejap kerja sorting yang aku buat untuk customer aku ni. Aku ada bawak balik 2,000 biji dan dah sorting separuh malam tadi sebelum aku tidur.

          Sorting

          Masa aku sahur, ada sorang mat ni, rambutnya panjang. Meja agak penuh pagi ni. Lepas dia ambil makanan, dia tercari-cari meja untuk makan. Lepas tu, datang bini dia (mungkin)….perghhh seksi gila. Pakai seluar pendek nampak isi buntut. Aku sekali jengok aje, tapi tak berapa berselera nak tengok sebab tak berapa cun!

          Aku bangun kejap nak gi ambik air mangga dan 2 keping roti. Dah ambik tu, bila aku nak ke meja aku semula, mat ni dah duduk kat situ pulak. Aku sound dia yang tu tempat aku…..dia kata sorry dan kembali ke meja mula-mula dia nak duduk tadi tu. Dia angkut makanan dia termasuk sekali air mangga aku. “Bang, tu air saya tu…” Dia kata lalok pagi-pagi ni. Cess….kacau daun betullah.

          Hari ni aku akan ke 2 tempat customer. Setengah hari aku di Penang untuk teruskan sorting dan petangnya aku ada meeting kat another customer. Petangnya aku akan ke Kedah. Aku plan nak duduk kat Penang ni sampai Rabu ni untuk settlekan sorting stock yang ada kat customer ni.

          Kemalangan

          Semalam selepas aku melawat satu customer kat Shah Alam, and on the way to Penang, ada satu accident berlaku kat fast lane. Ada satu kancil merah ni sampai tanggal tayar belakangnya. Aku nampak beberapa kereta lagi dah disusun di bahu jalan. Maybe accident ni dah berlaku lama sebelum aku sampai kat situ lagi. Aku doakan agar semua yang terlibat dimudahkan urusan dan mereka semua akan berhati-hati di jalan raya selepas ni. Aku pun sama.

          Sempadan Pulau Pinang

          Sempadan Penang!

          Mengecat Bilik Tidur

          22-Ogos-2010

          Hujung minggu ni nak rehatkan badan. Memang penat sebab aku baru lepas balik dari Penang semalam. Driving memang memenatkan, lagipun aku berpuasa. Terawih masih lagi tidak dapat aku laksanakan. Kena kuatkan semangat ni.

          Pagi tadi aku decide untuk menyambung kerja mengecat bilik tidur aku. Dinding ada 4, jadi aku dah selesaikan dinding pertama minggu lepas. Aku pilih warna “gold” untuk dinding pertama.

          Dinding kedua, ketiga dan keempat aku akan cat warna “Chili Red”. Peralatan aku;

          1. Small roller
          2. Small brush
          3. Painting tray
          4. Cat “water base”
          5. Kayu penyapu
          6. Tangga
          7. Kotak kosong
          8. Penyapu lidi

          Peralatan Mengecat Cat & Kotak 

          Untuk panduan, aku guna kotak untuk buat alas supaya cat yang tumpah tak kena kat lantai. Kenapa kotak?

          • Senang nak alihkan
          • Tak diterbang angin
          • Boleh guna semula minggu depan!

          Aku dulu tak terfikir pun nak guna kotak. Selalunya aku guna surat khabar je. Banyak masalah kalau guna surat khabar ni. Diterbang angin, koyak, susah nak move, kena guna kuantiti yang banyak dan tak boleh nak recycle!

          Sebelum start mengecat, bersihkan dulu habuk atau sawang yang melekat kat dinding. Aku guna penyapu lidi aje. Masa ni tutup ler kipas atau tingkap supaya habuk ni tak berterbangan merata.

          Mengikut pengalaman aku, bila kita mengecat, kita roll aje roller tu at the same area beberapa kali sampai tak nampak cat lama. Teruskan ke kawasan lain dan jangan risau kalau nampak dinding kita tak rata warna catnya.

          Rolling Paint

          Bila dah lama sikit, cat dah mula kering, warnanya akan kelihatan sekata.

          Color is Evenly Distributed Cat, Dinding, Tangga

          Untuk kawasan yang hampir dengan corner, aku guna small brush. Yang ni kena sabar sikit ler, macam melukis di atas kertas lukisan. Tapi yang ni tak ambik masa sangat pun. Tapi kadang-kadang terlebih cat, kena kat syiling! Aku malas pulak nak lap. “Water base” cat ni senang nak lap.

          Aku habis mengecat dinding kedua dalam jam 11.00am. Aku start tadi dekat jam 9.30am. Lama gaklah, lagi pun aku banyak take five. Penat beb.

          Habis je mengecat, small brush, tray, roller have to be soak into a bucket of water. Kalau tak nanti keras, tak boleh nak guna semula.

          InsyaAllah minggu depan aku sambung dinding ketiga dan keempat kasi complete, sebab minggu depan cuti tiga hari Jumaat to Ahad. Jumaat tu Nuzul Al-Quran.

          Hotel, Restoran dan Kedai Runcit

          20-Ogos-2010

          Aku terpaksa ke Pulau Pinang lagi kali ni. Dah banyak kali aku terpaksa ke sana atas tuntutan tugas. Yang lemahnya, banyak kali tuntutan ni berlaku pada hari Jumaat. Banyak kali aku terpaksa solat Jumaat dalam kereta company.

          Aku bertolak dari syarikat jam 1 petang dan targetnya nak sampai ke tempat customer sebelum jam 5 petang. Disebabkan puasa, aku tak boleh gunakan minuman atau makanan sebagai penahan mengantuk. Aku bawa perlahan kali ni, 110km/j dan tak banyak perkara pelik berlaku sepanjang perjalanan. Aku tiba di tempat customer jam 4.30pm.

          Selepas menerangkan kenapa berlakunya reject dalam lot yang dihantar, aku terus buat sorting untuk asingkan barang-barang yang rejected. Kerja ni time consuming, aku hanya dapat sorting 2,000 biji sahaja. Dari pukul 5pm sampai 8pm. Nak buka puasa pun tak sempat, lagipun kantin customer ni penuh dengan orang.

          At last, aku keluar dari kilang customer dan janji dengan diaorang yang aku akan datang esok pagi jam 9am untuk sambung balik remaining quantities yang ada dalam 18,000 biji lagi.

          Aku ke McDonald’s drive thru dan pesan Double GCB big size set dan airnya Ribena. Aku park kat tepi jalan dan berbuka puasa. Aku redha…..

          Lepas siap makan, aku check-in kat satu hotel ni. Membanggakan jugaklah aku tengok business hotel ni. Pemiliknya ada mengusahakan;

          1. Hotel
          2. Restoran (mamak)
          3. Kedai Runcit
          4. Travel and Tours
          5. Rent-a-Car

          Hotelnya juga quite a class. Harga bilik yang aku ambil RM130 per night. They call it Deluxe Room dengan king size bed. Banyak juga kemudahan dalam bilik yang biasanya takde kat hotel low cost macam ni.

          Nashmir Hotel Nashmir Hotel-Arah Kiblat

          Nashmir Hotel-AirCon Nashmir Hotel-Fridge

          Well done! Siap ada hotel card lagi….

          Nashmir Hotel-Card

          Cuma, aku urge diaorang supaya take care kebersihan sebab, masa aku tengah siap-siap nak bersahur, ada seekor alien keluar dari bawah katil, mungkin menjengah apa manusia tengah buat.

          Nashmir Hotel-Lipas

          Lepas siap-siap sikit, aku turun ke ground floor dalam pukul 4.45am untuk bersahur. I am the first person to arrive at the restaurant. Yang lain mungkin tengah tidur lagi kot.

          Hidangan yang ada,

          • Nasi putih
          • Kari ikan bawal
          • Daging paprik pedas
          • Telur rebus
          • Sayur kobis goreng
          • Popedum
          • Roti bakar (jem strawberry, magerin, peanut butter)
          • Tembikai
          • Susu lembu
          • Air mangga, oren, blackcurrant

          Aku ambil nasi dan roti bakar 2 keping bersama 2 cawan air mangga.

          Nashmir Hotel-Sahur Nashmir Hotel-Sahur 2

          Masa makan, ada seorang pakcik, sorang budak muda at my age dan satu pasangan. Yang perempuan tu pulak pakai agak seksi….dugaan Ramadan!

          Lepas sahur, aku ke bilik, load my stomach dengan air kosong sambil tunggu Subuh. Badan rasa tak berapa selesa sebab mungkin aku tidur dalam bilik air cond.

          Dalam jam 9am, aku menuju ke tempat customer semalam untuk continue what I was doing yesterday. Lepas sorted another 2,000 pieces, aku kata kat customer aku nak take-off. Tak larat beb, sebab kerja sambil berdiri. Tepat jam 1.30pm, aku speed my company car towards my own house. Jarak about 350km.

          120km-j

          Dalam perjalanan tu aku sempat pulak take out my Lumix DMC-F53 ambil gambar sekeliling at 8M pixels.

          21-Ogos-10 21-Ogos-10 2

          21-Ogos-10 3 21-Ogos-10 4

          21-Ogos-10 5 21-Ogos-10 6

          Tengah-tengah aku drive, aku terperasan satu kereta ni. Dia potong aku nak dekat 5 kali. From Penang sampailah kat Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kejap-kejap laju, kejap-kejap slow. Time aku lari 130 km/j pun dia take over aku punya kereta. Ada time tu aku run 120 km/j pun aku boleh take over dia. Mungkin mengantuk kot driver ni.

          Kereta Misteri

          Selepas bayar tol kat Jalan Duta, RM43.30, aku tergelak sendiri bila ternampak kereta ni potong aku buat kali ke-6.

          Aku sampai kat kawasan rumah aku dalam jam 5.30pm. Same as time yang aku janji kat isteri aku. Aku rasa aku ada ability untuk jangka dengan tepat masa perjalanan yang akan diambil even from Johor to Penang. Dah banyak kali aku janji dengan orang dan aku biasanya tiba tepat pada masa.

          Aku beli makanan kat bazar Ramadan, sempat jumpa abang aku dan dia invite us to break fast kat rumah dia esoknya. Aku tiba kat rumah tepat jam 6 petang….penat.