Pelawat Ke Kilang (Audit)

15-Jun-2011

Hari ni ada pelawat datang ke kilang tempat aku kerja ni. Customer dari Penang datang untuk kualiti audit. Mungkin sampai dalam pukul 11.30 tengahari. Lepas datang je customer ni, aku layan kejap, lepas tu terus pergi makan tengahari kat Secret Recipe.

Pukul 1pm lebih baru aku bawak jalan ke production line. Tak banyak sangat benda yang nak tunjuk. Still the same seperti dulu. Cuma ada beberapa benda yang aku tulis dalam report yang kena ada implementation sikit hari ni.

Pagi tadi aku dah suruh operator yang buat appearance inspection untuk letak label kat reject bin. Benda ni customer dah tegur masa dia datang bulan April hari tu.

Aku lemah sikit pasal appearance operator ni sebab diaorang diletak bawah Production Control Department, bukan bawah aku yang dok Quality Assurance ni. So, susah sikit nak buat perubahan.

Lagipun, diaorang ni banyak lemak!

Ikut percaturan, aku mungkin akan resign sebab nak concentrate dengan bisnes ikan kat Melaka. Memang ada plan besar. Rakan kongsi aku kat Melaka tu kata akan ada fund yang masuk. Dia janji untuk bayar hutang aku dan dari situ, kami akan berusaha untuk memajukan industri perikanan air tawar ni.

Dalam kepala otak aku ni memang ada beberapa crazy idea untuk aku kembangkan perniagaan ikan air tawar ni. Cuma aku tak fitrahkannya lagi atas kertas……maksud aku dalam komputer.

Pagi tadi selepas aku solat Subuh, aku cuci kereta company dan sempatlah aku buat grafik untuk proposal perniagaan yang aku nak jalankan nanti.

Let see……

Advertisements

Shopping!

29-Mei-2011

Semalam aku dan keluarga ke Mid Valley untuk tengok wayang cerita Kung-fu Panda 2 dan membeli belah sakan sebab bini aku kena beli baju mengandung. Aku pulak nak beli seluar untuk pergi kerja. Sekarang ni aku ada satu je seluar jeans yang selesa untuk aku pakai.

Sampai je kat GSC Mid Valley, orang ramai beratur untuk mendapatkan tiket. Aku joint sekali beratur, bila sampai masa aku kat kaunter belian tiket, tiket dah tak berapa nak ada. Takde tiket yang boleh duduk sama 3 seat, semuanya dah dibeli orang. Jadi aku kensel tengok wayang.

Aku ke kedai hardware (Ace) beli sedikit alatan untuk koleksi hardware aku. Dan kemudian aku dan keluarga pergi makan spaghetti kat Spaghetti Farm. Boleh tahan ler makanannya kat situ. Tapi disebabkan diaorang buat spaghetti ni cara yang boleh dikategorikan makanan segera, makanannya tak berapa sedaplah.

Lepas makan tu kitaorang pergi membeli-belah kat Jusco. Bini aku tangkap baju dan seluar mengandung dalam 3-4 set. Adalah dalam RM500. Aku pulak tangkap 2 helai jeans Lois stretchable, sebab ada 50% off, dapatlah aku 2 helai dalam RM160.

Kali ni aku buat bayaran dengan mengunakan debit card Maybank yang aku baru daftarkan.

Selepas selesai membeli-belah, kitaorang lepak kat Secret Recipe untuk mengurangkan rasa sakit dan sengal pada betis sebab berjalan terlalu lama! Aku order sebijik kek Chocolate Indulgence dan sorang satu air. Aku amik air Apple Celery, anak aku Mocha dan isteri aku amik air tembikai. Semuanya RM50.

Habis rehat, kami ke MPH pulak untuk belikan buku ulangkaji untuk anak aku. Bini aku angkat satu novel, tak silap aku tajuknya Sambal Kerang Najwa kot.

Pejam celik pejam celik, jam dah menunjukkan pukul 5 lebih. Kitaorang pun take-off dari Mid Valley menuju ke Port Klang. Plannya kami nak makan ketam kat Tanjung Harapan punya seafood restaurant. Kali ni aku sesat kat Port Klang ni sebab aku ikut Lebuhraya Persekutuan. Selalunya aku ikut Kesas.

Tambahan pulak aku lupa Tanjung Harapan ni kat North atau West Port. Pusing punya pusing, last sekali aku search Google Map dan barulah aku tahu yang restoran tu terletak kat North Port. Akhirnya kami sampai kat restoran tu jam 7 malam.

Aku order nasi goreng nyonya, ketam sekilo, ikan jenahak 3 rasa dan sayur kangkung ikan masin. Azab jugak makan ketam tu sebab ketamnya kecik. Sekilo 4 ekor! Dah ler kulitnya keras macam batu. Tapi sedap!

Lepas makan, kami balik rumah dan terus bersedia untuk tidur……quite a long day!