Datuk Sosilawati

Berita ni amat menyedihkan, geram, marah dan macam-macam lagi perasaan dan tanggapan terhadap orang yang butakan harta semata-mata.

Datuk Sosilawati ni seorang yang telah menjalani kehidupan dia dengan pelbagai keadaan. Mengikut apa yang aku tahu, dia diceraikan oleh suaminya yang pertama masa dia berumur awal 30-an. Masa tu anak dia kecik-kecik lagi dan dia menjual alat kosmetik orang lain dari rumah ke rumah. Masa buat jualan tu, dia gendong sekali anak dia.

Lepas tu, sebab kegigihan dia berniaga, Datuk Sosilawati ni berjaya membuka butik kecantikan. Lepas tu dia punya bisnes start naik dengan produk dia sendiri NV.

Dalam tu, dia kahwin dengan Nash, bekas penyanyi Rock. Tak tahan lama, 8 bulan lepas tu dia ceraikan suami dia. Katanya, Nash keluarkan duit dia tanpa persetujuan dia sendiri.

Berita terkini yang aku tahu setakat ni, dia dan 3 orang yang ikut sekali masa dia berurusan tentang tanah kat Banting tu, kena tahan, pukul, bakar dan abu mayatnya dibuang dalam sungai. Polis masih menyiasat untuk sahkan cerita suspek yang ditangkap.

Salah seorang suspek tu, peguam berpangkat datuk yang ada kes jenayah. Mungkin jugak peguam ni terlibat dengan kehilangan 4 orang kaya pada tahun lepas yang kesemuanya pernah berurusan dengan peguam ni juga berkaitan dengan hartanah. MasyaAllah, kalau terbukti, makhluk apa ler peguam tu.

Aku doakan agar Allah memberikan rahmat kepada yang dah pergi dan Allah lindungilah aku dan orang lain yang tengah nak mengejar kekayaan ni.

Amin.

Tong Minyak

Aku ada beli satu tong minyak ni. Harga RM7. Tujuan dia, aku nak fill dengan minyak petrol sebab, kapasiti tangki superbike aku cuma 2.7L. Aku kena isi minyak setiap hari, kadang-kadang sampai 2 kali sehari. Sekali pagi, sekali petang.

So sebagai solution, aku beli satu tong yang boleh cater lebih kurang 3L minyak.

Tong minyak

Pagi tadi aku try isi dalam tangki aku guna botol air yang aku dah kerat punggungnya untuk dijadikan macam corong. Tapi minyak tu lebih banyak yang tumpah atas motor berbanding yang masuk dalam tangki. Aku angin betullah dengan pengeluar tong ni. Bukannya nak fikir macam mana supaya pembeli ni bila nak tuang minyak, boleh tuang supaya masuk 100% dalam tangki.

Bukannya diaorang tak boleh test.

Kalau aku jadi pengeluar, aku akan buat satu corong yang basenya seperti penutup tong tu sekarang. Hujungnya aku bentuk lubang bercorong supaya bila tuang, minyak akan tercurah keluar dalam satu aliran macam air paip dipasang getah.

Lepas tu, kita bukak balik penutup berlubang tu, pasang balik penutup yang ada sekarang ni. Harga letak RM10 pun orang akan beli kalau aplikasinya memudahkan penguna.

Sebagai solution, aku tengah fikir untuk potong botol air mineral 1.5L. Guna bahagian punggungnya untuk tuang minyak tu dulu dalam botol yang dipotong ni. Lepas tu, sambil memicit botol air mineral tu membentuk oval shape, aku tuang minyak masuk dalam tangki. Nak guna corong pun lagi OK.

Aku berharap sangat agar pengeluar di Malaysia ni berfikir satu step lagi ke depan. Takde produk Malaysia yang dicipta penduduknya yang jadi kebanggaan kat luar.

Kereta nasional kita pun tak memberangsangkan. Savvy aku dah tersadai dek kerana gear box AMT yang dah faulty. Bila tanya pomen proton, diaorang kata “Regular Faulty”. Yang aku angin tu, diaorang tak ambil tindakan untuk recall. Takut rugi…..

Sebenarnya mereka makin rugi, aku dah bersumpah tak akan beli produk proton lagi dah lepas ni. Dan aku akan menentang habis-habisan kalau orang yang aku kenal nak beli proton. Aku bukan tak menyokong barangan buatan Malaysia, tapi aku tak sokong buatan proton. Aku dah hilang kepercayaan!

Berubat Dengan Solat

Berubat Dengan Solat

Buku ni agak baru aku beli. Tapi sebelum puasa 2010. Yang membuatkan aku pilih buku ini untuk dibeli ialah kerana aku sekarang masih lagi dihantui oleh sakit sihir yang aku kena dah hampir setahun lebih. Aku masih lagi terasa simptom-simptomnya terutama sekali bila aku berurusan berkaitan dengan perniagaan yang aku telah dan sedang usahakan.

Pengarangnya, saudara Fahrur Muis. Kat belakang buku tu tulis, saudara Fahrur Muis ni berkelulusan Sarjana Pendidikan Islam dari Universitas Muhammadiyyah Surakarta, Indonesia. Aku dengar, memang ramai orang Islam yang warak dari Indonesia ni. Aku tak pernah ke-sana, tapi dengar-dengar juga orang bercerita. Wali songo contohnya. Songo tu bahasa jawa, maksudnya sembilan.

Harga buku ni di MPH yang aku beli ialah RM13.00.

Berubat Dengan Solat-Harga   Berubat Dengan Solat-Harga Pencetak

Antara point-point yang aku dapat ialah;

  • Sakit adalah satu cara pengampunan dosa oleh Allah terhadap umat-Nya
  • Sakit memberikan peringatan kepada manusia yang lalai
  • Allah menguji hamba yang dicintai-Nya
  • “Tiada bekas yang lebih buruk yang diisi oleh manusia daripada perutnya sendiri”
  • Perut jika kita isi, perlu kita berikan kepada 3 bahagian. 1. Makanan, 2. Air minuman dan 3. Nafas

Banyak lagi benda yang perlu kita belajar. Harap aku ada kekuatan untuk terus membaca dan menambah ilmu di dada dan seterusnya membawa kebaikan pada diri aku dan orang lain yang aku jumpa……

Potong Bahu Jalan

Aku tak tahu apa yang ada dalam pemikiran pemandu kita kat Malaysia ni. Bahu jalan ni bukan untuk mereka memotong masa traffic jam. Merbahaya terutama sekali bila ada kecemasan. Diaorang yang memandu kereta tanpa mengunakan akal fikiran ni akan lebih melambatkan lagi keadaan.

Semalam 3-September-2010, Jumaat petang keadaan trafik sangat sesak kat Lembah Klang ni sebab bulan puasa dan hari Jumaat ni orang semua nak balik on time dari tempat kerja.

Aku yang naik motor ni teraniaya sebab, bahu jalan nilah tempat motor nak menyusur. Kadang-kadang diaorang masuk ke bahu jalan tanpa tengok diaorang punya kiri. Yang naik motor nilah membabau!

Potong bahu jalan Potong bahu jalan 2

Potong bahu jalan 3 Potong bahu jalan 4

Potong bahu jalan 5

Aku rasa polis trafik ada buat undang-undang yang mana, kalau ada pemandu yang memotong kat bahu jalan, mereka ini akan ditahan dan akan diberhentikan kat situ sampailah traffic jam tu selesai.

Yang aku sedihnya, aku tak pernah nampak pun ia dikuatkuasakan.

Undang-undang memang senang nak tulis, tapi kalau tak dikuatkuasakan, pihak yang terlibat akan digelakkan oleh orang ramai.

Aku tak pernah tengok situasi orang potong kat bahu jalan ni di Jepun. Pemandu kat sana semua berdisiplin dan bertimbang rasa, kalau nak keluar simpang pun, diaorang siap stop dan bagi kita jalan dulu. Lepas tu, sebagai tanda terima kasih, kita bagi double signal tiga empat kali.

Kat Malaysia aku selalu praktikkan bagi jalan untuk orang kat simpang ni, tapi dia turn dan terus blah….angkat ler tangan sikit kan.

Harap-harap orang Malaysia boleh berubah…..

Mukjizat Surah Al-Waqiah

Menyingkap Mukjizat Al-Waqiah

Buku ini aku baru beli sebelum bulan Ramadan 2010. Aku cuba untuk amalkan Surah Al-Waqiah ini untuk aku membetulkan keadaan ekonomi aku sekarang. Aku dah mula bekerja semula selepas hampir 3 tahun bekerja sendiri menempuh berbagai suka dan duka,

Buku dengan jumlah mukasurat sebanyak 116 ini menerangkan tentang kelebihan surah Al-Waqiah. Walaupun tidak banyak hadis yang mengutarakan tentang kaitan surah Al-Waqiah dengan kelancaran rezeki kerana Nabi SAW tidak mahu kita menjadikan harta dunia ini keutamaan. Namun begitu, Nabi juga tidak mahu kita fakir kerana fakir itu membawa kepada kekufuran.

Menyingkap Mukjizat Al-Waqiah-Harga

Aku dapat buku ini di MPH dengan harga RM10.90, sama seperti harga yang tercetak pada barcodenya.

Berikut adalah bab-bab yang ada pada buku ini.

      1. Pendahuluan
      2.         > Kelebihan-kelebihan surah di dalam Quran (Al-Fatihah, Al-Baqarah, Al-Kahfi, Yasin, Ad-Dukhan, Al-Waqiah)

               > Surah Al-Waqiah termasuk Surah Makkiyah
               > Asbabun Nuzul Surah Al-Waqiah
               > Persoalan-persoalan
        2.   Maksud Surah Al-Waqiah
               > Sekilas berkenaan kandungan surah-surah dalam Al-Quran
               > Al-Waqiah, surah yang ke-56
               > Hubungan surah Al-Waqiah dan Surah Al-Hadid
               > Menjelaskan mengenai kiamat
               > Pedihnya neraka dan nikmatnya Syurga
               > Keistimewaan Surah Al-Waqiah
        3.   Membaca Surah Al-Waqiah Menjauhkan Kefakiran
               > Beribadah dan berusaha
               > Kekuatan spiritual memudahkan rezeki
               > Membacanya setiap malam
               > Jumlah bacaan
               > Istiqamah
               > Pasrah pada Tuhan

      4.   Menyingkap Keajaiban Ayat-ayat Dalam Surah Al-Waqiah

             > Simbolisme Tafsir dan Takwilnya
             > Kekuatan batin dalam Surah Al-Waqiah
             > Iktiraf dan Qanaah
             > Mengamalkannya dengan khusyuk
             > Menyingkap diri
             > Terapi logik mengenai keseimbangan dan ketenangan
      5.   Pemahaman Batin Surah Al-Waqiah
             > Mendekatkan diri pada Allah
             > Bibir berucap, fikiran mengingat
             > Reaksi usaha
             > Keseimbangan emosi dan spiritual
             > Motivasi diri dan amalan spiritual
             > Mempertahankan keyakinan dengan amalan spiritual
             > Penutup
        Last sekali penulis ada mencatatkan tentang Bibliografi atau mengikut kefahaman aku, rujukannya semasa penulis mencatatkan penulisan ini.
          Di belakang buku ini pulak, penulis mencatatkan ayat-ayat berikut;

          Tentu Anda Ingin Tahu

          > Apakah rahsia agung di sebalik surah Al-Waqiah?

          > Benarkah surah Al-Waqiah dapat membuka pintu rezeki?
          > Apakah keajaiban dan kelebihan yang terkandung dalam surah Al-Waqiah?
          > Ramai individu mengenal surah Al-Waqiah sebagai surah bagi berjaya dan menghindari kemiskinan. Di manakah letaknya kekuatan itu?
          > Apakah tiga golongan yang disebutkan dalam surah Al-Waqiah?
          > Teknik dan cara mengamalkan surah Al-Waqiahsecara istiqamah?
          Ramai individu mengeluh apabila usaha yang dilakukan tidak memberikan hasil seperti yang diimpikan.
          Adakah kita mengkaji sebab terjadi sedemikian?
          Adakah kita pernah mendengar ‘usaha semata-mata juga tidak menjamin kejayaan’? Ada kalanya kita perlu mengamalkan sesuatu selain usaha dalam meraih kejayaan. Surah Al-Waqiah menampilkan kisah-kisah yang menjelaskan, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang melimpah ruah dan terhindar daripada kefakiran dengan membaca surah ini secara istiqamah.
          Ayuh kita terokai mukjizat di sebalik surah ini.
            Beberapa point yang aku dapat daripada membaca buku ini hampr keseluruhan ialah;
            1. Baca Al-Quran perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gopoh
            2. Apabila kita dapat berkomunikasi dengan Al-Quran melalui bahasa hati, Al-Quran akan menjadi pembimbing kita supaya tidak sesat hidup di dunia.
            3. Sesiapa yang membaca Al-Baqarah pada malam hair, maka syaitan tidak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam. (Hadis Muslim)
            4. Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia pasti tidak akan mengalami kefakiran. (Hadis Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)
            5. Berusaha sahaja tidak cukup, kita perlu amalan dan pergantungan kepada Allah SWT.
            6. Ada hadis yang mengatakan yang Allah adalah seperti yang kita nilai dan faham akan sifat-sifatnya. Jadi jangan pra-sangka atau sangsi terhadap kuasa Allah.
              Selepas membaca buku ni, banyak perkara yang aku tak buat masa aku berniaga dulu. Ini memberikan kesedaran pada diri aku dan aku bertekad untuk kembali semula ke alam perniagaan dan dengan amalan yang lebih terhadap Allah. Akan ku tadahkan tanganku ini memohon petunjuk dan perlindungan dari Allah SWT.

          Surah Al-Waaqiah

          Surah ini diturunkan di Mekah dan mengandungi 96 ayat kesemuanya.

          Aku cuba mengamalkan surah ini setiap kali selepas solat Subuh sebelum aku pergi bekerja. Banyak ayat-ayat yang memberikan aku kepercayaan dan harapan agar aku beribadat dengan usaha untuk mencapai nikmat syurga. Makna ayat ini juga banyak memberikan kesedaran pada diri aku sebagai seorang umat Islam yang senang sangat lalainya.

          Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

          Apabila berlakunya hari kiamat, tidak seorang pun yang mendustakan kejadiannya. Diwaktu itu ada yang merana dan ada pula yang bahagia. Apabila bumi digoncang dengan hebat, dan gunung ganang pula hancur luluh. Maka jadilah ia seperti abu yang berterbangan.

          Dan kamu akan jadi 3 golongan, Iaitu golongan kanan. Siapakah golongan kanan itu? Mereka yang menerima kitab amalannya dari sebelah kanan. Dan golongan kiri, Siapakah golongan kiri ini? Mereka yang menerima kitab amalannya dari sebelah kiri.

          Dan golongan orang-orang yang telah mendahului mengerjakan ketaatan dan telah dahulu lagi mendapat rahmat dari Allah SWT. Itulah orang-orang yand didekatkan kepada Allah. Mereka dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu. Dan sebilangan dari orang-orang yang kemudian.

          Mereka duduk di atas takhta yang dihiasi emas dan permata. Mereka duduk dalam keadaan bersandar berhadap satu sama lain. Mereka didampingi oleh anak-anak muda yang sentiasa tetap muda selamanya. Menghidangkan minuman dalam gelas, teko, gelas yang berisi arak dari sungai yang mengalir. Mereka tidak pula pening atau mabuk setelah meminumnya. Dan dihidangakan buah-buahan yang mereka gemari. Dan daging burung yang lembut yang mereka inginkan.

          Dan di dalam syurga itu ada para bidadari yang amat cantik paras rupanya. Bagaikan mutiara yang tersimpan dengan rapi. Sebagai ganjaran ke atas apa yang mereka telah lakukan. Mereka tidak mendengar dalam syurga itu kata-kata kosong mahupun perkataan yang keji. Mereka hanya mendengar ucapan ‘Selamat!, Selamat!’

          Dan golongan kanan itu, alangkah mulianya golongan kanan ini. Mereka berada di antara pokok bidara yang tidak berduri dan pokok pisang yang bersusun-susun buahnya. Dan naungan yang terbentang luas dan air yang terus menerus alirannya dan buah-buahan yang banyak yang mana ia tidak henti-henti berbuah dan tidak pula dilarang untuk mengambilnya. Dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk.

          Kami mencipta bidadari-bidadari secara terus (tidak melalui kelahiran, tetapi terus terbentuk bidadari) lalu kami jadikan mereka perawan-perawan yang penuh dengan kasih sayang dan seumur untuk golongan kanan. Segolongan besar dari orang yang terdahulu dan segolongan besar juga dari orang yang terkemudian.

          Dan golongan kiri pula, alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Mereka terseksa dengan angin yang panas dan air yang mendidih dan dinaungi asap yang kehitaman , tidak sejuk dan tidak menyenangkan.

          Sesungguhnya sebelum itu, mereka hidup dahulunya bermewah-mewahan, dan mereka terus menerus melakukan dosa-dosa besar dan mereka berkata “Apabila kami sudah mati, menjadi tanah dan tulang-temulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan semula? Adakah nenek moyang kami juga akan dibangkitkan?”

          Katakanlah “Ya, sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan yang kemudian pastinya semua akan dikumpulkan pada waktu tertentu, pada hari yang sudah tersedia maklum.”

          Kemudian sedungguhnya kamu, wahai orang-orang yang sesat lagi mendustakan, pasti akan memakan pokok zaqqum (pokok di neraka yang menimbulkan penderitaan yang luar biasa jika dimakan), maka akan penuh perutmu dengannya.

          Setelah itu, kamu akan minum air yang sangat panas, minum seperti unta yang sangat kehausan. Itulah hidangan untuk mereka pada hari pembalasan.

          Kami telah menciptakan kamu, mengapa kamu tidak mempercayai hari dibangkitkan? Maka adakah kamu perhatikan tentang benih-benih manusia yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptanya, atau adakah kami yang menciptakannya? Kami telah menentukan kematian untuk tiap-tiap dari kamu dan kami tidak lemah untuk mengantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu di dunia dan membangkitkan kamu kelak diakhirat dalam keadaan yang kamu tidak ketahui.

          Dan benar kamu telah mengetaui penciptaan yang pertama, mengapa kamu masih tidak mengambil pengajaran darinya? Pernahkah kamu mengkaji benih-benih yang kamu semaikan? Kamukah yang menumbuhkannya? Atau kamikah yang menumbuhkannya? Jika kami kehendaki, nescaya kami akan hancurkan benih itu sehingga lumat, sehingga kamu tercenggang sambil berkata “Sungguh kami benar-benar menderita kerugian, sehingga kami tidak mendapat sebarang hasil.”

          Air

          Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkan air ini dari awan atau kamikah yang menurunkannya? Kalau kami kehendaki, nescaya kami akan jadikan air itu masin rasanya. Maka, kenapakah kamu tidak bersyukur?

          Apakah kamu tidak perhatikan api yang kamu nyalakan? Kamukah yang menumbuhkan kayu yang jadi bahan bakarnya? Atau kamikah yang menumbuhkannya? Kami menjadikan api itu untuk peringatan dan untuk kegunaan orang yang bermusafir di padang pasir.

          Maka bertasbihlah memuji Tuhan yang Maha Besar. Maka Aku bersumpah dengan tempat terbenamnya bintang-bintang. Sesungguhnya itu adalah Al-Quran yang mulia. Di dalam kita yang dipelihara dengan baik. Tidak ada yang menyentuhnya selain orang-orang yang disucikan.

          Diturunkan dari Tuhan alam semesta. Adakah Al-Quran ini kamu pandang mudah sahaja? Dan kamu balas rezeki yang kami berikan itu dengan mendustakan-Nya. Maka mengapakah tidak dicegah sehingga tiba waktu roh sampai di kerongkong? Sedangkan kamu pada waktu itu melihat dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu.

          Tetapi kamu tidak memerhatikan. Maka jika kamu memang tidak akan diberikan balasan, tidak mengembalikan roh itu ke tempatnya semula jika kamu itu benar.

          Jika orang-orang yang mati itu tergolong dari golongan yang didekatkan kepada Allah, maka dia akan memperoleh kegembiraan, kepuasan dan syurga yang penuh dengan kenikmatan.

          Dan jika ia termasuk dalam golongan kanan, maka akan diucapkan kepadanya “Selamat sejahtera untuk kamu dari golongan kanan.”

          Dan jika ia termasuk golongan orang-orang yang mendustakan dan sesat, maka hidangannya adalah terdiri dari air yang mendidih dan dia akan dibakar dalam neraka.

          Sedungguhnya ini adalah satu keyakinan yang pasti akan kebenarannya, maka bertasbihlah memuliakan Tuhan kamu Yang Maha Besar.

          Tasbih

          Petua Murahkan Rezeki & Jauhi Hutang

          101 Petua

          Buku ni dah lama aku beli tapi tak habis-habis aku baca. Orang macam aku yang banyak hutang ni memang kena baca buku-buku macam ni sebab akan jadi panduan supaya aku dapat keluar dari belenggu hutang, InsyaAllah.

          Aku rasa aku dah beli buku ni about 2 years back masa aku masih berniaga dulu. Harganya RM19.90 dan aku tak ingat bila dan di mana aku beli. Tapi yang pasti, mana-mana kedai buku yang selalunya ada jual Al-Quran sekali tu, mesti ada jual.

          Harga 101 Petua

          Pengarangnya ada 3 orang. Uztazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Uztaz Zahazan Mohamed dan Uztazah Mahfuzah Omar. Uztazah Siti Nor Bahyah ni selalu keluar TV. Kat belakang buku ada tulis tentang biografinya sikit. Asal Pulau Pinang, grad. Universiti Al-Azhar.

          Antara yang menarik yang aku dapat kupas ialah tentang cara untuk mendapatkan rezeki yang berkat;

          1. Membetulkan niat semata-mata untuk Allah
          2. Beriltizam dengan solat sunat Dhuha
          3. Istiqomah dalam menjayakan tugasan

          Dan buku ini juga mengandungi 15 Rahsia bagaimana untuk murah rezeki. Murah kat sini bermaksud melimpah ruah, bukannya rezeki kita murah-murah.

          Bab-bab yang terkandung dalam buku ni ditulis ringkas;

          • Bab 1- Persoalan Rezeki
          • Bab 2- Kejadian Manusia dan Rezeki
          • Bab 3- Kaitan Usaha dengan Qadak dan Qadar
          • Bab 4- Rahsia Murah Rezeki
          • Bab 5- Berhutang
          • Bab 6- Petua Langsaikan Hutang
          • Bab 7- Petua untuk Berjaya dalam Perniagaan
          • Bab 8- Doa-doa Amalan agar Dimurahkan Rezeki

          Dibelakang buku ni ada tertulis sedikit latar belakang 3 orang penulis buku ini. Dan ada sedikit penerangan tentang isi penyampaian yang mereka cuba bawakan;

          “Kita sering berdoa agar dimurahkan rezeki. Buka itu sahaja, kita tambah lagi dengan bermohon rezeki yang Halal. Orang yang murah rezeki sebahagian besar tanggungan kehidupannya telah selesai.

          Orang yang sempit rezeki sering berhutang keliling pinggang. Begitu juga orang yang boros berbelanja. Orang yang berhutang, siangnya sering diburu ketakutan. Malamnya tidur tidak lena.

          Buku ini memberi petua bagaimana mendapatkan rezeki yang murah. Perjalanan yang ditempuh sekali gus membawa sifat taqwa dalam kehidupan seperti bertaubat, takut kepada Allah, sentiasa mengingati Allah, tawakkal, beribadah, membetulkan niat, istiqamah dalam tugas, mengerjakan haji dan umrah, menjalinkan sillaturrahim, bersedekah, berdoa dan bersyukur.”

          Selepas aku menulis beberapa perenggan komen tentang buku ni, aku tersedar yang proses mencari rezeki Halal, memajukan diri sendiri dan hidup dengan lebih selesa di dunia sebenarnya akan menjadikan kita umat Islam yang taat.

          Apa taknya, solat sunat (yang fardhu mestilah buatkan!), Haji, Umrah, sedekah, baca Al-Quran, jujur dalam urusan……menda ni semua akan membentuk keperibadian kita yang lebih baik.

          Alhamdulillah….aku makin bersemangat nak teruskan usaha perniagaan aku yang dah sikit terbantut ni…..Sekarang ni aku kena positif untuk melawan khianat sihir ni dan meneruskan perjuangan aku sebagai seorang peniaga…..Amin