Racun Bahaya

28-Jun-2010

Aku bangun tepat jam 6.05am ari ni. Semalam rehat-rehat, family service. Pagi semalam aku bawak anak dan isteri aku pergi makan roti canai. Lepas makan roti canai, pergi Carrefour dekat Shah Alam, beli barang sikit dalam RM70.

Lepas tu on the way balik, beli burger kat McDonald’s drive thru, makan dalam kereta. Sampai kat rumah dalam jam 1.30 petang. Tido kejap.

Dalam pukul 6.30pm aku keluar lagi dengan isteri dan anak. Kali ni pergi makan dekat Dengkil. Restoran Tasik Idaman. Nasi bawak sendiri, lauk aku order. 3 ekor ikan jaket (cencaru) dan 3 ekor ikan kembung, telur dadar, kangkung goreng dan semangkuk Mee Bandung. Air kosong 3.

Memang sedap makan. Kali ni, sebab bawak nasi sendiri dan order air kosong, kena RM42.00 aje. Selalunya capai RM70….expensive meals. Tapi jarang-jarang pergi, kira OKlah tu.

Hari ini, aku target nak senaraikan apa yang tak betul pada production line. Nak pastikan semuanya dalam spec dan ini akan mengambil masa untuk dibetulkan. Barulah sedap nak buat kerjakan.

Semua PIC (Person In Charge), akan berfungsi dengan memberikan laporan dan senarai apa yang tidak dalam spec dan kerosakan yang berlaku dalam line yang mereka belum baiki. List ini mestilah ada suggestion for the solution. Itu barulah kerja yang advance, selalunya orang akan listkan apa yang rosak sahaja tanpa berikan suggestion tentang cara untuk menyelesaikkannya.

Ada beberapa lagi improvement yang aku suggest kepada PIC untuk diaorang bawa ke tengah, dan semoga pembawaan mereka ini akan memberikan kredit kepada mereka. My idea, but I gave it to them so that they get the credit and at the same time their motivation will grow.

InsyaAllah, kalau semua orang get the credit, we will work better towards company good and better for our career future.

Oklah, aku nak sambung kerja…..nak gi keluar. Nak beli topeng gas dan ambil Potassium Cyanide untuk project Gold Stripping….

Advertisements

Tawaran Kerja 2

28-Jun-2010

Semalam MD tempat baru aku SMS, dia kata dia baru balik dari Jepun dan tanya aku boleh masuk kerja 28-Jun-2010 atau tak.

Aku minta dia tunggu sampai 30-Jun-2010 sebab pada tanggal ini, MD tempat aku kerja sekarang akan berikan keputusan sama ada nak naikkan gaji aku atau tidak. Hari ni Chairman tempat aku kerja sekarang akan datang ke kilang dan mereka akan berbincang pasal aku.

Aku pun dah start confuse. Dalam kepala aku, aku akan minta MD tempat baru untuk naikkan lagi tawaran gaji ke RM7,500 dan kalau dia kata OK, aku terpaksa pindah ke tempat baru.

Time nilah nak demand tinggi-tinggi.

Aku menanti 30-Jun-2010….

Tawaran Kerja

Khamis 24-Jun-2010

Aku bagitau dengan manager aku yang aku nak berenti sebab aku ditawarkan kerja sebagai QC Manager di kilang lain. Gaji dah tentu lebih tinggi dari tempat aku kerja sekarang.

Sekarang RM4,300, tempat baru RM6,500. Big jump and big decision jugak.

Seperti yang aku jangka, diaorang mengelabah katak. Aku baru kerja 2 bulan 3 minggu kat sini, banyak perubahan telah berlaku dan aku yang mereka katakan telah merubah keadaan tersebut.

Aku datang kerja dan matlamat aku senang aje, apa yang sepatutnya ikut, kita ikut, apa yang sepatutnya jangan, kita jangan buat. Kalau buat pandai-pandai coverlah. Bila difikir balik, takdelah apa sangat yang aku dah buat. Yang diaorang ura-urakan, aku macam nakhoda baru yang mengarahkan semula kapal yang dah hampir 5 tahun tak ada nakhoda. *Nakhoda sebelum ni, macam tahi kerjanya, kata orang lama kat sini.

Aku dipanggil MD dan GM. Dia tanya apa yang boleh buat aku stay, aku cakap aku nak RM6000++, that’s all.

Diaorang nampak macam kerut-kerut dahi, tapi manager aku kata, gaji aku mesti naik punyalah.

MD aku pulak mintak 5 hari untuk bincang dengan Chairman (pemilik kilang aku bekerja sekarang) dan maklumkan aku outcome. MD aku kata, aku kena sain darah kalau cadangan dia kepada Chairman untuk naikkan gaji aku diterima. Syaratnya, aku kena jadi management group (managerlah tu kot) dan aku tak boleh duduk kat tempat aku kerja sekarang, kena duduk HQ jugak.

Aku jawap, OK, aku understand….tapi dalam bahasa jepunlah…..bunyinya “Wakarimashita”. Manager aku pulak, muka nampak sedih….

Balik meeting dengan MD dan GM tu, aku berborak lagi dengan manager aku, dia 2-3 kali kata yang gaji aku mesti naik punyalah…..bagi aku, mana-mana pun ok, kalau gaji tak naik, aku cabut, gaji gerenti naik jugak….

Semalam 25-Jun-2010, aku punya ejen pekerjaan call, tanya pasal aku nak berenti. Aku cakap aku dapat tempat baru yang lebih mahal gajinya. Dia try to convince aku yang future aku kat tempat sekarang ni mungkin akan jadi much better.

Katanya;

(1) Management sekarang bagitau sama ejen pekerjaan aku ni yang performance aku sangat memuaskan

(2) Ejen aku kat yang kilang aku sekarang tengah interview seorang penganti aku (dah second interview) dan management nak aku ditransfer ke HQ untuk ganti manager yang berenti bulan lepas.

(3) Ejen aku dah bagitau kat management suruh jaga kebajikan pekerja-pekerja yang performancenya bagus.

Nampaknya bersungguh-sungguh diaorang nak aku stay….good sign anyway.

Dalam kepala aku, aku ada beberapa condition yang diaorang mesti penuhi.

(1) Gaji aku RM6000++ (bersih)

(2) Sain darah pun takpe

(3) Aku suka kerja kat sini sebab Sabtu cuti…walaupun aku selalu datang OT Sabtu. *Kalau nak tau, first 20 hours OT tak dibayar….cess…..satu kelemahan yang menyekat aku punya Supervisor dan Technician datang kerja lebih masa…..

(4) Tempat baru yang offer kerja tu jauh….aku kena pindah kalau nak kerja kat sana….troublesome.

(5) Kalau aku kena hantar ke HQ, time to travel to workplace, just 10 minutes, compare to now, about 50 minutes – 1 hours…*by bike!

Anyway, just let them scratch their head dan aku kena tunggu sampai 30hb Jun 2010 untuk jawapan muktamad dari MD aku.

Overtime lagi!

26-Jun-2010

Hari ni pun aku overtime lagi. Semalam pun main badminton. Bet 100 plus, kalah! Setiap kali serve, lawan aku matikan bola. Takpe, next time kita main serve lambung pulak. Kalah sikit je! *Inilah alasan orang yang kalah…..

Pagi tadi aku bangun pukul 6.30 pagi. Mandi, sembahyang Subuh, minum sarapan kegemaran aku, salam bini dan anak aku, pesan kat anak baca buku dan aku terus memecut “superbike” aku ke tempat kerja.

Hari ini tak banyak kereta di jalan raya, jadi aku sampai ke tempat kerja 40 minit je. Sempat jolok minyak RM3 kat Shell.

Hari ni aku ada kerja sikit, pastikan production line aku jalan 2000 sheet hari ni (semalam masa hantar target ke GM, aku tulis 1,100 sheet), kemas-kemas line sebab ada audit dari customer baru Selasa depan dan aku nak pastikan setiap condition untuk setiap tank plating kat kilang yang aku baru joint 2 bulan 3 minggu ni dalam spec.

Isnin depan, jalan line dalam keadaan perfect.

Selain tu, aku kena beli kelengkapan pejabat dan kilang (guna duit aku sendiri dulu), dapatkan sebut harga ragum (hari tu aku tengok harganya RM1,500) brand Mr. Mark.

Ragum made in china yang aku beli 3 minggu lepas (guna duit manager Jepun aku dulu), shaftnya patah selepas 3 hari beli….Ces, tak guna betullah diaorang ni, buat ragum pun boleh ambil mudah je. Harga RM275. Hampir 5 kali ganda murah dari brand Mr. Mark ni.

Tapi takpe sangat sebab aku beli yang murah ni nak test sama ada boleh repair hanger atau tak. Ari tu Technician aku berjaya merepair 5 hanger dengan ragum made in China dengan jayanya. Meaning that, 5 hanger repair X RM140 = Rm700 already came back to company. Berbaloilah jugak. Sebelum ni kilang aku hantar outside, satu hanger repair dia caj RM140. Dahlah kena bayor, mahal pulak tu! Dahlah mahal, lambat pulak tu. Selalunya ambil 2-3 bulan nak repair hanger. Ni yang dok kacau aku punya target untuk capai maksimum produktiviti.

OK, aku nak start bekerja overtime sekarang…..

Aku kerja lebih masa!

Hari ini tanggal 19-Jun-2010. Aku sakit tekak start malam tadi dan pagi ni, sakit tekak terus membelenggu pagiku yang ceria. Aku bangun jam 5.30am, minum air kosong segelas, masuk toilet, cuci muka sikit dan terus ke ruang tamu. On TV dan tengok World Cup 2010.

Badan ada sakit-sakit sikit hasil permainan badminton semalam. Rasa macam malas je nak ke tempat kerja aku di Shah Alam.

Lepak punya lepak, jam dah tunjuk pukul 6.30am. Aku terus ke bilik air, gosok gigi dan mandi. Ambil air sembahyang dan aku menunaikan sembahyang Subuh. Duduk tahiyat akhir agak menyakitkan sebab pergelangan kaki kanan aku sakit.

Aku minum aku punya sarapan rutin yang isteri aku sediakan. Salam-salam dengan anak aku, isteri aku tolong bukak pintu dan aku terus keluar menaiki motor Honda EX5 aku menuju ke Shah Alam.

Hari ni, aku buat pit stop kat Shell, nak beli 100 Plus tapi takde yang aku suka (Tangerine), maka aku sambar Revive dan Biskut Jacob’s Oatmeal. Isi minyak RM3.50. Masa bayar, awek yang jaga kaunter, namanya Sha….beritahu harga perlahan sangat sampai aku tak dengar….mungkin morning sickness kot?

Aku tegur dia supaya cakap kuat sikit! Semangatlah sikit pepagi ni….

Aku isi minyak dalam motor aku dan terus memecut ke kilang Jepun tempat aku kerja ni. Sampai dalam jam 7.45am. Operator tak datang lagi, tapi aku punya Technician dah datang tengah check siapa yang jaga line mana.

Tepat jam 8am, aku turun ke tingkat 1 kilang, ada morning assembly. Lepas Technician aku cakap-cakap, aku tambah sikit ucapan pagi ni. Tak banyak point yang aku tekankan, cuma aku minta, operator hari ini move around berikan bantuan ke line lain supaya production run smoothly.

Lepas tu, aku terus ke line, check kebersihan air dalam tangki. Operator kata air tak boleh nak buang habis, jadi akupun ceduk guna cebuk makmal. Yang tak bestnya, lengan aku yang besar macam popeye ni, luka sebab dinding tank tu bergigi. Menyumpah aku pada designer line ni sebab tak ada otak mau kasi gosok hujung dinding tank tu!

Conductivity dah turun bawah pada 10u, heater aku tukar dari tank last pergi ke tank third last. Bagi instruction kat 2 technician aku untuk tulis numbering pada produk yang keluar dari line sebanyak 2 lot. Lebih kurang 180 keping. Dah keluar, aku mintak technician inspection buat check dan aku nak tahu barang yang ke berapa emasnya jadi kotor.

Supervisor aku datang dalam jam 10 pagi, kitaorang bincang pasal pelaburan arowana sistem pawah kat Bukit Merah, Perak. Kira punya kira, pelaburan RM4,000 sorang, pulangan dalam RM150-RM300 sebulan selama 5 tahun kontrak…..nampak macam menarik! Kena cepat submit loan kat Bank Rakyat ni!

Dalam jam 11am, aku dan supervisor aku pegi makan roti canai kat luar.

Balik je kilang, aku call supplier yang supply rak besi yang aku order 2 hari lepas. Katanya nak deliver jam 9 pagi tadi, tapi hampeh tak datang-datang. Katanya kejap lagi. Aku kata kat dia ‘Cepat! Cepat!’

Dalam jam 12pm tadi, rak 10 biji sampai. Masa unloading dari lori supplier tu, aku jumpa pekerja kilang sebelah yang ada skuter 200cc buatan Taiwan. Aku memang tengah cari penganti motor EX5 aku tu. Borak-borak kejap, katanya dia dah naik skuter tu 7 bulan, dan dah 9-10 kali ke Thailand naik skuter!

Wah, ini dah dikira baik! Aku pinjam kunci dan test drive. Syok gak. Cuma masa nak turn agak sukar sikit sebab aku tak nampak tayar depan. Yang bestnya, semua otomatik. Start pun tak payah nak tendang-tendang.

Lepas tu aku naik semula ke ofis dan taip blog ni. Aku nak pegi makan kari kepala kerbau sekarang….dah loya-loya lapar ni. Jam menunjukkan kol 1.52pm.

Lahirnya seorang Pahlawan!

Pada tanggal 24  Mac 1977, aku dilahirkan di muka bumi ini oleh ibu yang amat aku kasihi sehingga sekarang walaupun ibuku telah pergi meninggalkan aku semasa aku berumur 11 tahun.

Aku tinggal di sebuah rumah kampung yang bertiang tinggi dan pada masa itu, keluargaku hidup di bawah paras kemiskinan.

Tiada elektrik dan tiada bekalan air paip. Keluargaku masih memasak mengunakan kayu api, malam aku diterangi oleh lampu minyak tanah dan air yang menyiram tubuh serta digunakan memasak datang dari perigi yang jauhnya hampir 300m dari rumah.

Setiap kali aku pergi mandi, aku akan mengangkut 1 atau 2 baldi sederhana ke rumah, diisi dalam tempayan atau kolah untuk digunakan memasak dan membasuh pinggan serta urusan-urusan lain.

Ada satu kolah yang dibina dihadapan kiri pintu masuk dapur untuk digunakan sebagai tadahan air hujan. Kolah inilah yang membantu keluargaku memberikan bekalan air untuk digunakan ke tandas.

Halaman rumahku adalah halaman yang dilitupi dengan pasir putih halus. Bukan pasir laut, tetapi pasir biasa yang apabila terkena kulit, boleh menyebabkan kudis jika tidak dibasuh bersih semasa mandi.

Di belakang rumahku ada sebatang pokok limau, 2 batang pokok bacang, sebatang pokok sireh, beberapa pokok pisang, serumpun pokok bunga kantan, beberapa pokok manggis, rambutan, durian, belimbing besi, nangka, petai dan mempelam.

Di sebelah kanan dapur ada sebuah reban ayam dan keluarga aku memelihara beberapa ekor ayam kampung yang agak aktif bertelur.

Dihujung halaman berhampiran dengan jalan menuju ke sungai, ada sebuah perigi buta (tidak mengeluarkan air) yang dalamnya hampir 20m. Perigi ini ditutup rapat dan sekelilingnya bertanah gambut. Aku tidak tahu asal usul perigi ini kerana yang aku ingat, selepas akalku mula boleh menyimpan memori, perigi tu dah ada di situ.

Jalan untuk ke jalan besar akan melalui 100m kawasan lalang, dan hampir 150m kebun getah yang dimiliki oleh orang kampung.

Pengangkutan rasmi ayahku (aku panggil ayahku “Bapak”) ialah motor Honda Cup lampu bulat. Emakku jalan kaki sahaja, seingat aku ibuku ada basikal berbakul dihadapan dan framenya berwarna merah. Aku, basikal jugak. Basikal aku dipanggil basikal “Chopper”.