Rumah Baru

17-Februari-2011

Minggu ni banyak juga perkara yang berlaku.

Pertama sekali, group aku berjaya menghasilkan satu produk makanan yang boleh dijual. R&D kali ke-5 pada 13hb baru ni menghasilkan satu produk yang dah boleh dipacking. Cuma beberapa proses selepas dimasak tu kena improvement sebab ia mengambil masa terlalu lama.

Sekarang ni aku pulak tengah prepare dia punya printing material, kotak dan supporting document yang lain untuk start bisnes.

Maulidur Rasul kali ni (15hb) aku berpindah rumah. Rumah baru ni hanya 6km jaraknya ke tempat aku kerja. Sekolah rendah pun dekat. Aku tak tukar sekolah anak aku lagi. Plannya dalam minggu ni aku kena settle. Tapi hari ni dah masuk hari Khamis.

Rumah baru aku ni corner lot. Bilik ada 4. Bilik air ada 3. Luas giler. Malam sejuk kalau buka sliding door dia. Yang tak berapa bestnya, ada banyak kucing yang masuk rumah. Bukan apa, anak aku macam fobia je dengan kucing. Sebelum ni dia ok, cuma ada satu hari tu semasa dia tengah makan kat restoran, ada sekor kucing tu pegi cakar kaki dia. Sejak tu dia fobia.

Sewa yang aku kena bayar RM1000 sebulan!

Sejuk Pagi

15-September-2010

Semalam adalah hari pertama syarikat tempat aku kerja mulakan operasinya selepas cuti Hari Raya Aidilfitri 2010. Aku pun masuk kerja semalam. Tapi kilang sunyi aje sebab lebih kurang 70 orang masih bercuti. Segelintir sahaja yang datang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pekerja.

Kaki aku masih sakit lagi hasil golekan aku masa aku accident hari Rabu lepas. Masih bengkak lagi. On the way datang company, hujan lebat kat separuh jalan sehingga ke syarikat. Aku basah kuyup. Kasut bergenang dengan air hujan. Inilah dugaan orang naik motor macam aku ni.

hujan

Tengahari semalam aku pergi makan kat kedai mamak yang sebelum ni tak pernah aku pergi sebab kedai yang aku selalu makan tu masih lagi bercuti raya. On the way balik, sempat aku rakamkan gambar kucing tengah bersantai dalam kedai makan tu.

kucing

Pagi ni agak sejuk jugak. Terasa juga sejuknya di dada walaupun aku pakai baju hujan Givi yang tebal ni. Mungkin sebab hujan yang turun semalam kot. Lagipun jalan ke tempat kerja aku ni akan melalui kawasan hutan yang agak tebal. Ulu ler katakan. Nasib baik aku pakai glove.

Glove

Walaupun aku naik superbike 100cc, glove ni banyak membantu. Bukan sahaja menahan sejuk pagi, masa aku tergolek Rabu lepas pun, glove ni menahan kulit aku dari luka. Kaki aku bengkak, bahu aku sakit, tapi Alhamdulillah takde luka. Kalau luka ni, nak mandi pun pedih, nak tunggu baik pun ambil masa. Dan yang paling perit sekali ia meninggalkan kesan.

Aku agak trauma jugak dengan accident tu. Tapi aku dapat atasinya dengan cara, aku melakonkan semula accident tu dalam fikiran aku (bayangan). Tapi dalam wayang yang aku cipta sendiri tu, aku berpakaian seperti seekor beruang di atas motor aku.

Aku mainkan filem yang aku cipta ni berkali-kali dengan speed yang laju. Last-last, aku rasa macam lawak pulak apa yang telah berlaku. Setiap kali aku teringat peristiwa ni, aku tersenyum.

Hari ni ada 2 orang Jepun datang untuk buat correlation tentang satu part yang kecik giler ni. Biasanya MD aku yang entertain. Cuma mungkin masa buat measurement tu nanti aku terlibatlah sikit sebab aku ni Quality Assurance Manager.

Ada beberapa claim dari customer yang aku kena jawab segera. Macam-macam kerenah customer ni. Dalam beratus-ratus ribu barang yang kita hantar, adalah sebiji defect pun diaorang nak aku tulis report berjela-jela. Diaorang ni kadang-kadang tak cukup pengalaman nak handle case macam ni. Six Sigma pun tak seketat macam ni dia punya acceptance level.

Apa-apa pun aku kena jalankan kerja aku.