Ikan Air Tawar

9-May-2011

Semalam aku ke Melaka lagi. Diaorang adakan kursus ternakan ikan air tawar, dan semalam adalah hari terakhir kursus selama 3 hari. Aku sampai kat sana dalam jam 9.45 pagi. Perjalanan dari rumah aku ke sini ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sampai je kat tempat diaorang, aku terus memancing. Dapatlah beberapa ekor ikan. Yang mahal tu, aku berjaya mendaratkan 2 ekor ikan jelawat. Dengar cerita, sekilo jelawat harganya RM90!

Aku pernah sekali masak ikan jelawat ni guna Paste Asam Pedas segera, isinya sedap, cuma mungkin sebab ikan tu tak capai 1KG lagi, tulangnya boleh tahan banyaknya.

Tengahari tu dalam kol 2 petang, diaorang adakan penutup kursus. Makan ikan panggang dengan nasi dan kicap special. Kali ni ada sup isi ketam. Aku makan macam biasalah, sampai kenyang. Nasi sikit, tapi aku ratah ikan bebanyak. Lagipun ikan ada banyak lebih. Diaorang panggang 11 ekor ikan keli besor.

Lepas makan, aku dengar kata-kata ucap dari para peserta. Kali ni ada 4 orang. Kebanyakkannya masih bekerja dan sedang mencari bidang apa yang diaorang nak ceburi. Bagi aku, kursus yang diaorang ikuti ni adalah macam pendedahan aje. Aku tak rasa yang dari kursus ni sahaja diaorang dah boleh mula buka kolam ternakan ikan.

Selepas semua peserta balik, aku berbincang santai dengan pemilik kolam tu untuk perlaksanaan beberapa servis yang dia ada sekarang dan kami nak komersialkannya. Aku nampak potensi yang besar.

Dia berkobar-kobar juga nak maju, so dia kata dia tengah usahakan modal. Dia minta aku berenti kerja bulan June ni. Dia nak bayar semua hutang aku dan berikan RM5000 bersih sebagai gaji. Lumayan!

Aku pulak minat dalam usaha marketing ni, so aku sanggup menempuhi cabaran pemasaran untuk aku bawa pengusaha kolam ikan air tawar ni ke level baru. Kita tengok apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ni.

Aku plan nak pasarkan;

  1. Pakej ternakan ikan air tawar. Pakej lengkap, dari zero to hero. Maknanya, peserta akan dipantau dan diberikan bantuan teknikal dan khidmat nasihat sehinggalah kolam yang diusahakan membuahkan hasil. Ia akan merangkumi:- Ilmu, penyediaan kolam (korek, paip, sistem), lanskap, anak benih, makanan ikan, pemasaran produk keluaran, dan apabila sampai satu tahap, peserta akan diberikan ilmu pembenihan. Aku target, 3 peserta dalam masa sebulan. Kos kursus dan pantauan, RM5,000. Bina kolam RM30,000 (termasuk paip). Kursus pembenihan RM15,000. So, targetnya, RM20,000 per month.
  2. Benih Ikan. Apa yang istimewanya gang aku ni, dia boleh buat pembenihan tanpa gunakan buble oksigen atau paddleway. Yang aku nampak, dia boleh buat benih keli, puyu, tilapia, kerai, patin, sepat siam, haruan dan baru-baru ni dia berjaya buat rohu dan baung. Aku terdengar jugak dia kata boleh buat pembenihan Kelah. Aku tak berapa tahu langsung tentang pembenihan, tapi gang aku ni kata, tak pernah orang boleh buat pembenihan baung dalam kolam simen! Aku nak pasarkan benih ikan ini untuk 2 bidang. 1 penternakan, 2 untuk ikan hiasan. Penternakan target: 1,000,000 benih X RM0.40 = RM400K, Ikan hiasan: 20,000 X RM1.00 = RM20K.
  3. Ikan. Aku target untuk jual ikan yang mahal. Jelawat, kelah, tengalan, lampam, baung. Target RM10,000 per month.
  4. Makanan. Yang ni sangat luas. Sekarang ni dah berjaya hasilkan serunding dan pemasarannya dah dimulakan berdikit-dikit. InsyaAllah, targetnya RM30,000 per month.

Jika aku kira penghasilan sebulan RM20,000 + RM420,000 + RM10,000 + RM30,000 = RM480,000 per month. Memang berbaloi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: