Pulau Pinang

9-Febuari-2011

Pagi ni aku bangun awal dari alarm handphone aku, sebab aku set alarm jam 5.45pagi! Selalunya 5.00 pagi. Tapi aku tersedar 4.45 pagi. Semalam cuaca agak panas. Minggu lepas masa raya Cina, hujan satu hari. Rasanya lebih 24 jam. Beberapa negeri mengalami banjir besar. Johor, Melaka, Kedah dan beberapa negeri yang selalu kena banjir. Ramai yang kena pindah. Berpuluh ribu jugalah. Berita perdana TV3 semalam kata, pemulihan banjir disubsidi RM180 juta kot. Alhamdulillah kali ni pun aku tak terlibat. Semoga tak terlibat sepanjang hayat aku.

Hari ni aku akan ke Pulau Pinang bersama dengan MD aku. Tujuan kali ni adalah untuk yakinkan customer untuk berikan project besar pada company yang aku tengah bekerja sekarang. Meetingnya akan diadakan esok jam 10.30 pagi. MD aku ajak aku pergi hari ini untuk dinner bersama dengan MD customer tu.

Biasalah, belanja makan dan bersosial dah menjadi trend. Aku akui, selepas makan bersama dengan customer, biasanya urusan menjadi lebih mudah dan lancar. Kalau tak pernah jumpa dengan customer, biasanya diaorang keras. Maksud aku mereka susah nak bertolak ansur.

Aku dijadualkan berlepas dengan kereta MD aku pada jam 2.00 petang.

Sebelum tu aku kena sediakan beberapa lagi dokumen, data dan printkan untuk dibuat presentation tomorrow morning. Aku akan bawa sekali sample untuk mereka evaluate on the spot. Harap-harap kali ni semuanya akan berjalan dengan lancar dan parts yang aku nak antor kali ni tak bermasalah lagi.

Dimensional tak menjadi isu sekarang, cuma ada masalah plating peel off aje. Barang ni kecik, tetapi memerlukan plating Nickel.

Semoga semuanya berjalan lancar.

Aku tiba ke tempat kerja dan punch in at 7.59am.

Advertisements

Milo Dah Habis!?

30-Julai-2010

Hari ini adalah hari kedua aku di Pulau Pinang. Pagi aku bangun dalam jam 7am. Hari ni aku masih lagi kepenatan, mungkin disebabkan oleh rutin harian aku semalam terganggu. Aku tiba di Pulau Pinang pada jam 4 pagi. Memang badan dah tak sekuat dulu.

Aku bertolak dari rumah aku jam 10pm, singgah McDonald’s beli makan malam untuk anak dan isteri aku, termasuk aku sekalilah. Lepas tu terus masuk ke Plus highway, bergerak terus ke Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan ada banyak kereta yang bergerak sekali dengan aku. Tak tahu kenapa kereta agak banyak walaupun malam tu adalah malam Jumaat. Nak kata ada cuti esoknya, tak juga.

komtar

Aku tiba di Pulau Pinang jam 4 pagi setelah setengah jam sesat mencari hotel. Aku telefon hotel tu punya operator pun boleh sesat lagi sebab operator tu salah tafsir kedudukan sebenar aku semasa aku telefon dia. Dugaan….

Setelah tiba di hotel, diaorang kata tak ada bilik, cuma ada bilik kelas Eksekutif. Ceh….aku telefon petang tadi dia kata ada, tak payah booking, just walk-in aje sebab banyak bilik. Kelentong betullah diaorang ni. Discuss punya discuss, aku setuju ambil executive room yang harganya RM255 nett tanpa breakfast.

Naik je bilik, ceh…macam bilik penjara kajang! Kotor dan peralatannya tak up to date. Siaran TV kabur.

Settle kerja aku di Pulau Pinang, aku gerak balik hari ini. Sebelum masuk tol Plus, aku singgah kat restoran mamak yang terkenal di seluruh Malaysia. Aku order Milo Ais, Limau Suam dan maggi sup serta roti canai. Mula-mula waiter tu kata maggi sup belum lagi….aku understand, so aku tukar kepada semua roti canai.

kedai mamak

Dalam 2-3 minit lepas tu, waiter tu datang lagi, katanya limau dengan Milo dah habis! Kah, kah, kah….aku tergelak sebab restoran yang ada cawangan lebih dari 15 ni tak boleh nak arrange stock diaorang sampaikan Milo dengan Limau boleh habis! Bukan calang-calang restoran beb, listing kat Bursa Saham Malaysia tu!

Anyway, aku harap diaorang improve.

Selepas sarapan, aku teruskan perjalanan balik ke Balakong. Sampai kat Ipoh, aku singgah kejap ke rumah mak mertua untuk ambil adik ipar aku yang bekerja di KL. Aku sempat tidur kejap melepaskan penat.

Dalam jam 6 petang, aku sambung perjalanan balik, singgah kat KL sebab adik ipar aku nak ambil seluar yang dia tempah di Bukit Bintang. Malam ni sikit punya ramai orang sampaikan jem jalan!

Hari aku berakhir hampir jam 11 malam. Aku terlena sambil tengok TV…..

Semoga Ahad ni dapat mengurangkan kepenatan yang melanda badan aku sekarang……

Pulau Pinang Lagi….

21-Julai-2010

Hari ini aku ke Pulau Pinang atas urusan syarikat. Ada sedikit perbincangan tentang kecacatan produk yang rasanya mereka boleh terima. Aku bertolak dari syarikat lebih kurang jam 12 tengahari. Pit stop kat Shell, isi minyak guna kad company dan beli sedikit barangan makanan dan minuman untuk mengelakkan mengantuk.

Pagi tadi aku bangun jam 4.30 pagi, jadi ada sedikit mengantuk kali ni. Lagi pun cermin mata aku yang jenis murah, takde perlindungan UV menyebabkan mata silau dan cepat sangat mengantuk.

Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam lebih dan aku tiba ke tempat pelanggan tepat jam 3.30 petang. Diaorang rehatlah pulak. Kena tunggu dalam keadaan panas di luar pejabat mereka. Dalam jam 4 petang baru diaorang datang, ambil sample dan try diaorang punya assembly.

Resultnya, OK, dan diaorang terima kecacatan tu, secara permanent.

Ini antara pemandangan yang sempat aku rakamkan sepanjang perjalanan aku pergi dan balik.

Awan IndahKeindahan Ilahi Awan Berkuumpul Selimut Awan Jalan Raya Bukit yang Musnah   Seruan Ilahi   Perkampungan Buah Pokok

KemusnahanKebakaran  JetKapal TerbangSolat Burung Senja Langit Senja Buah

Aku tiba ke rumah aku tepat jam 10.15 malam.