Hotel, Restoran dan Kedai Runcit

20-Ogos-2010

Aku terpaksa ke Pulau Pinang lagi kali ni. Dah banyak kali aku terpaksa ke sana atas tuntutan tugas. Yang lemahnya, banyak kali tuntutan ni berlaku pada hari Jumaat. Banyak kali aku terpaksa solat Jumaat dalam kereta company.

Aku bertolak dari syarikat jam 1 petang dan targetnya nak sampai ke tempat customer sebelum jam 5 petang. Disebabkan puasa, aku tak boleh gunakan minuman atau makanan sebagai penahan mengantuk. Aku bawa perlahan kali ni, 110km/j dan tak banyak perkara pelik berlaku sepanjang perjalanan. Aku tiba di tempat customer jam 4.30pm.

Selepas menerangkan kenapa berlakunya reject dalam lot yang dihantar, aku terus buat sorting untuk asingkan barang-barang yang rejected. Kerja ni time consuming, aku hanya dapat sorting 2,000 biji sahaja. Dari pukul 5pm sampai 8pm. Nak buka puasa pun tak sempat, lagipun kantin customer ni penuh dengan orang.

At last, aku keluar dari kilang customer dan janji dengan diaorang yang aku akan datang esok pagi jam 9am untuk sambung balik remaining quantities yang ada dalam 18,000 biji lagi.

Aku ke McDonald’s drive thru dan pesan Double GCB big size set dan airnya Ribena. Aku park kat tepi jalan dan berbuka puasa. Aku redha…..

Lepas siap makan, aku check-in kat satu hotel ni. Membanggakan jugaklah aku tengok business hotel ni. Pemiliknya ada mengusahakan;

  1. Hotel
  2. Restoran (mamak)
  3. Kedai Runcit
  4. Travel and Tours
  5. Rent-a-Car

Hotelnya juga quite a class. Harga bilik yang aku ambil RM130 per night. They call it Deluxe Room dengan king size bed. Banyak juga kemudahan dalam bilik yang biasanya takde kat hotel low cost macam ni.

Nashmir Hotel Nashmir Hotel-Arah Kiblat

Nashmir Hotel-AirCon Nashmir Hotel-Fridge

Well done! Siap ada hotel card lagi….

Nashmir Hotel-Card

Cuma, aku urge diaorang supaya take care kebersihan sebab, masa aku tengah siap-siap nak bersahur, ada seekor alien keluar dari bawah katil, mungkin menjengah apa manusia tengah buat.

Nashmir Hotel-Lipas

Lepas siap-siap sikit, aku turun ke ground floor dalam pukul 4.45am untuk bersahur. I am the first person to arrive at the restaurant. Yang lain mungkin tengah tidur lagi kot.

Hidangan yang ada,

  • Nasi putih
  • Kari ikan bawal
  • Daging paprik pedas
  • Telur rebus
  • Sayur kobis goreng
  • Popedum
  • Roti bakar (jem strawberry, magerin, peanut butter)
  • Tembikai
  • Susu lembu
  • Air mangga, oren, blackcurrant

Aku ambil nasi dan roti bakar 2 keping bersama 2 cawan air mangga.

Nashmir Hotel-Sahur Nashmir Hotel-Sahur 2

Masa makan, ada seorang pakcik, sorang budak muda at my age dan satu pasangan. Yang perempuan tu pulak pakai agak seksi….dugaan Ramadan!

Lepas sahur, aku ke bilik, load my stomach dengan air kosong sambil tunggu Subuh. Badan rasa tak berapa selesa sebab mungkin aku tidur dalam bilik air cond.

Dalam jam 9am, aku menuju ke tempat customer semalam untuk continue what I was doing yesterday. Lepas sorted another 2,000 pieces, aku kata kat customer aku nak take-off. Tak larat beb, sebab kerja sambil berdiri. Tepat jam 1.30pm, aku speed my company car towards my own house. Jarak about 350km.

120km-j

Dalam perjalanan tu aku sempat pulak take out my Lumix DMC-F53 ambil gambar sekeliling at 8M pixels.

21-Ogos-10 21-Ogos-10 2

21-Ogos-10 3 21-Ogos-10 4

21-Ogos-10 5 21-Ogos-10 6

Tengah-tengah aku drive, aku terperasan satu kereta ni. Dia potong aku nak dekat 5 kali. From Penang sampailah kat Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kejap-kejap laju, kejap-kejap slow. Time aku lari 130 km/j pun dia take over aku punya kereta. Ada time tu aku run 120 km/j pun aku boleh take over dia. Mungkin mengantuk kot driver ni.

Kereta Misteri

Selepas bayar tol kat Jalan Duta, RM43.30, aku tergelak sendiri bila ternampak kereta ni potong aku buat kali ke-6.

Aku sampai kat kawasan rumah aku dalam jam 5.30pm. Same as time yang aku janji kat isteri aku. Aku rasa aku ada ability untuk jangka dengan tepat masa perjalanan yang akan diambil even from Johor to Penang. Dah banyak kali aku janji dengan orang dan aku biasanya tiba tepat pada masa.

Aku beli makanan kat bazar Ramadan, sempat jumpa abang aku dan dia invite us to break fast kat rumah dia esoknya. Aku tiba kat rumah tepat jam 6 petang….penat.

Kena Simbah Air

20-Ogos-2010

Hari ni hari Jumaat. Semalam aku tak sempat pun nak baca Yaasin. Aku rasa aku sempat baca Yaasin hari ni sebelum sembahyang Jumaat. Company aku start rehat jam 1pm, azan Zohor dalam jam 1.30pm. Company ke masjid dalam 10 minit naik motor, InsyaAllah sempat.

Pagi tadi aku bangun jam 4.59am, seminit sebelum alarm handphone Sony Ericsson, Cyber-shot aku berbunyi. Kali ni aku set lagu Raya plak.

Sony Ericsson

Lepas tu aku ke bilik air satu lagi sebab isteri aku guna bilik air yang selalu aku masuk. Perut sakit lak hari ni. Dari semalam lagi meragamnya. Tapi tak teruk sangatlah.

Kemudian aku ke bilik air ke-2 selepas isteri aku keluar untuk mandi, ambil air sembahyang dan kemudian aku menunaikan solat Isya’. Kalau aku larat, aku nak solat Terawihlah hari ni. Dah dekat seminggu dah aku tak buat. Puasa pun dah masuk hari ke sepuluh hari ni.

Macam biasa, hidangan sahur aku ialah minuman kesihatan yang aku dah lama guna ni, dan air kosong sejuk sambil menunggu solat Subuh punya azan berkumandang. Aku buat back-wash filter air aku sebab aliran air dah makin slow. Aku ada install pump kat siling rumah aku, tapi pump tu dah kiok. Aku spend RM2000 untuk pump tu. Tersilap pilih plumber beb. Nanti aku cerita detail kat sejarah silam aku.

Habis solat Subuh, aku baca surah Al-Waqiah agar aku diberikan rezeki yang melimpah ruah. Sebenarnya, dengan gaji RM7,300 aku tu, dah melimpah ruah dah, cuma hutang yang menyebabkan gaji aku tu tak cukup.

Tepat jam 6.30am, aku speed motor aku menghala ke tempat kerja. Hari ni aku keluar about 20 minutes earlier than usual. On the way, aku potong lori ni ikut bahu jalan, tengok-tengok kat depan ada lopak air. Lori tu tayarnya sebelah masuk dalam lopak air menyebabkan satu siraman yang mengerikan telah terkena kaki seluar aku belah kanan! Cess….basah beb! Tak sempat nak protect. Nak brek pun takut tersembam pulak aku nanti. Sejuk je kaki kanan aku….

Sampai kat pejabat, clock-in pukul 7.30am! Perghh…pekerja berdedikasi tu.

Langit Pangit 2008-10

Aku kemudian berkarya dengan komputer yang aku bawak sendiri ke pejabat ni. Komputer ni aku yang punya. Aku bawak sebab, skrin aku 21 inci, processor aku 3.01Mhz Intel ® Core (TM) 2 Duo CPU bersama dengan 2.0GB of RAM. Kerja jadi laju…..

Keyboard

Aku beli komputer ni selepas aku berniaga lebih kurang 2 tahun. Harganya dalam RM3,000 dan aku beli daripada satu kedai komputer dalam Jusco, Cheras Selatan. Semoga aku mendapat kebaikan yang terbaik dari komputer ni dan dipanjangkan hayatnya….

Puasa 2010-Kebetulan?

Tadi aku naik ke surau company aku untuk tunaikan solat Zohor. Selepas solat, aku pun baca Terjemahan Al-Quran yang aku beli tahun lepas. Dah lama aku tak baca. Selalunya aku baca satu muka surat selepas solat Zohor. Ari ni (11-Ogos-2010, 1 Ramadan) aku start balik.

Bila aku baca je muka surat yang sepatutnya aku baca sebelum ni, aku terkejut dengan tafsirnya. Macam kebetulan pulak. Ia berkaitan dengan perintah supaya kita berpuasa di bulan Ramadan.

Al-Baqarah 183 Al-Baqarah 183-Translation

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” Al-Baqarah ayat 183.

Aku terpegun sekejap dengan susunan atau rentetan hidup aku yang Allah SWT aturkan mungkin supaya aku sedar akan kepentingan berpuasa. InsyaAllah aku akan tunaikan dengan motivasi supaya puasa kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni.

Amin.

Hari Pertama Puasa 2010

11-Ogos-2010

Hari ini adalah hari pertama puasa 2010. Aku berjaya menunaikan solat sunat Terawih semalam. Tapi 8 rakaat aje. Surau agak panas semalam walaupun cuaca sejuk. Mungkin sebab ramai yang menunaikan ibadah sunat ni memandangkan ianya hari pertama.

Biasalah, terawih ni jemaahnya akan ramai pada awal-awal Ramadan, lepas tu makin kurang dan kurang. Dekat-dekat nak raya nanti lagi kurang sebab orang sibuk membeli-belah untuk persiapan raya. Aku rasa untuk elakkan orang kurangkan ibadat masa hujung puasa, Allah SWT telah memberikan kelebihan malam-malam terakhir ni dengan Lailatulqadar. Wallahualam.

Pagi ni aku bersahur dengan minuman kesihatan yang aku dah amalkan nak dekat 4 tahun ni. Aku nak monitor jugak aku punya komposisi tubuh, sebab sekarang ni aku mengalami beberapa kekurangan dalam kesihatan;

  1. Terlebih berat
  2. Darah tinggi
  3. Kencing manis (aku tak pernah check detail, tapi kalau badan berat, mesti ada punyalah)
  4. Sakit lutut kanan (sebab berat berlebihanlah ni)
  5. Ada rasa mencucuk kat dada belah kanan
  6. Kepala sekarang dah cepat pening

Jadi, aku ada beli beberapa alat untuk monitor perkembangan kesihatan aku masa bulan puasa ni. Aku beli;

  1. Mesin timbang yang ada bacaan detail tentang komposisi badan (Tanita BC543-RM788)
  2. Pengukur tekanan darah (Omron SEM2 – RM210)

Omron Blood Pressure  Tanita Weighing Scale

Bacaan untuk hari pertama (kira macam before improvementlah ni)

image

Untuk parameter-parameter ni punya penerangan, nanti aku copy dari buku panduan yang Tanita dan Omron sertakan masa aku beli peralatan ni. Risau juga, banyak yang out ni!

Ikan Senangin, Sayur Tauge

4-Ogos-2010

Lunch 4-Aug-10

Aku ke restoran tempat aku selalu makan tengahari hari ni. Aku tiba-tiba terfikir, agaknya berapa RMlah kalau 10 tahun dari sekarang aku makan;

(1) Nasi

(2) Ikan senangin masak taucu

(3) Sayur taugeh

(4) Sambal asam (ada lada, limau)

(5) Air suam

Di ambang 2010, bulan Ogos, dah dekat nak puasa ni, harganya RM4.00.

Yang aku ingat, masa aku umur lebih kurang 6 tahun, iaitu 27 tahun lepas, roti canai harganya 30sen. Sekarang ni dah capai 80 sen. Sesetengah tempat RM1.00.

Entah cukup ke tidak EPF aku masa aku umur 55 tahun nanti, iaitu 22 tahun dari sekarang. Satu buku yang aku baca, kita kena ada RM480,000 untuk berbelanja RM2,000 sebulan sampai umur 75 tahun. Itupun kalau 75 tahun dah gol….kalau Allah berikan kita rahmat umur sehingga 90 tahun…..nak makan apa 15 tahun lagi tu ya?

Time-time nilah belanja makin meningkat, buang air pun dah tak boleh control…..nak berjalan pun kena ada awek lawa yang pimpin tangan…..Semoga hari tua aku berjalan dengan lancar….Amin.