Factory Manager

4-Mei-2012

Dah lama aku tak update blow aku ni. Dan macam-macam dah berlaku dalam hidup aku sepanjang aku tak update.

Yang paling besar, aku sekarang dah dinaikkan jadi Factory Manager. Semuanya bermula bila aku meletakkan jawatan aku sebagai QA/QC Manager sebab aku nak concentrate buat projek ikan aku.

MD aku tak bagi aku berenti. Dia terus shred aku punya surat perletakkan jawatan. Dia berbincang panjang dengan aku. Aku letakkan beberapa syarat termasuklah menaikkan pangkat orang lain di department lain. Hasilnya, aku dilantik jadi Factory Manager.

Aku ada minta pada MD aku supaya bagi aku kebebasan untuk bercuti agar aku dapat menjalankan perniagaan ikan aku. Nampaknya MD aku setuju.

Gaji aku naik dari RM7552 kepada RM8904 (termasuk RM900 elaun untuk Factory Manager).

Hari ni, aku bawak kawan aku masuk untuk interview supaya dia boleh pegang position QA/QC Manager. MD aku suka kat kawan aku ni. Aku suruh kawan aku apply RM5,800. Gaji kawan aku kat tempat kerja dia sekarang around RM4200. Kawan aku happy. MD aku cakap pun dia nak ambik kawan aku ni untuk isi jawatan yang aku pegang sebelum ni.

Kalau tak ada sebarang masalah, kawan aku akan joint pada minggu kedua bulan Jun, 2012.

Semoga semuanya berjalan lancar.

Advertisements

Akuarium Baru

31-Ogos-2010

Cuti merdeka! dan hari ni adalah hari ke-21 aku dan umat Islam yang lain berpuasa pada Ramadan 2010. Aku macam biasa bangun pukul 4.50 pagi. Malam tadi aku dah solat Isya’, tapi masa tu aku terlambat solat Maghrib. Leka dengan nikmat dunia. Semoga aku boleh jadi lebih baik hari ini.

Tak banyak benda yang aku buat hari ni. Just relaks-relaks sahaja, membaca buku “Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah” (klik kalau nak tengok komen yang aku buat pasal buku ni) dan aku juga telah menulis tentang maksud surah ni. Surah Al-Waqiah ni menyedarkan aku tentang nikmat syurga yang abadi hasil daripada amalan aku di dunia. Aku sebelum ni terlalu mengejar keduniaan tanpa mengambil berat betul-betul tentang akhirat.

Beberapa minggu lepas, aku punya ikan mati kesemuanya. Ada keputihan pada kulit ikan aku tu. 2 hari sebelum tu aku ada tukar air, dan ikan tu macam sihat je sebelum aku tinggalkan untuk pergi ke Penang outstation.

Aku hampa juga sebab aku banyak juga spend untuk beli ikan lampam dan kelah.

Aku pergi jumpa dengan tokeh kedai ikan tu dan bertanyakan kenapa. Dia kata ada beberapa sebab ikan aku mati kesemuanya;

(1) Air kotor, katanya hari Jumaat jangan tukar air sebab air paip kotor kat Selangor ni. Mungkin Syabas mengecaj air kotor keluar dari loji kot?

(2) Kena letak garam dalam air….cess, yang ni aku terlupa nak buat!

(3) Jangan letak klorin killer terlalu banyak. Mesti ikut sukatan! Yang ni pun aku tersilap.

Aquarium Baru Aquarium Baru 2

Akhirnya dengan ilmu dan revision terhadap fakta dan teknik yang aku dah lupa, aku membina semula akuarium aku dengan 5 ekor ikan koi (yang warna emas tu) dan 2 ekor ikan mata besar yang aku tak tahu namanya. Ikan tu macam ikan laut pulak (ebek kot).

Semoga ikan-ikan aku sihat. Aku ada dengar orang cakap yang setiap liuk ikan itu adalah zikir untuk kita. Tidak seperti burung yang dikurung, membela ikan ada kebaikannya.

Ikan Koi

8-Ogos-2010

Pagi tadi aku bangun 5.00am, tunaikan solat Isya’. Memang betul, solat Isya’ paling susah untuk orang yang imannya nipis macam aku ni untuk tunaikan. Anyhow, aku cuba untuk tidak meninggalkan solat yang telah difardhukan Ilahi kepada umat Islam seperti aku ini. Semoga hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini.

Aku kemudian sambung hari aku dengan menonton Discovery Channel yang menyiarkan keajaiban dunia Islam. Yang aku perasan, diaorang cakap pasal Masjid Al-Aqsa’ dan beberapa masjid lain di Peranchis dan negara-negara lain yang aku tak berapa ingat sebab tengah melawan ngantuk. Aku terlelap…..

Jam dah tunjuk pukul 8.00am baru aku tersedar….aku tertinggal Subuh pulak! Semoga aku boleh menjadi umat Islam yang baik dan taat dengan perintah Allah.

Dalam jam 11.30 pagi, aku ajak isteri dan anak aku keluar makan. On the way ke tempat yang selalu jugak aku pergi, akak aku telefon dan minta RM100 untuk bantu dia bulan ni. Katanya ada hal. Takpelah, aku ada duit sikit nak tolong.

Sampai je tempat yang aku tuju, iaitu Alamanda Putrajaya. Aku pergi makan kat Rasa-Mas. Aku order satu set untuk 2 orang dan satu Chicken Chop untuk anak aku. Lama gak diaorang nak prepare. Masa masuk tu tak ramai sangat orang, tapi dah setengah jalan aku tunggu, orang makin ramai. Lunch hari ini cost me RM48.75. Mahal gak tu….takpelah sekali-sekala.

Then, aku ke ATM Maybank untuk transfer RM100 ke akaun kakak aku. Cess….pindahan ke akaun pihak ke-3 tak boleh pulak. Katanya resit tak ada. Tapi aku tengok mat depan aku yang keluar RM850 tadi tu dapat pulak resit walaupun ada alert yang mengatakan resit takde sebaik dia masukkan kat ATM dia. Aku sedikit frustrated….!

Entah kenapa, aku tiba-tiba rasa macam hilang mood.

Aku cakap kat isteri aku, “jomlah kita balik…”

On the way balik tu, aku singgah Giant beli sedikit makanan untuk malam ni. Aku rasa macam nak makan banjo….aku beli daging burger, telur dan beberapa kelengkapan rumah. Cost me around RM75.00.

Selepas Giant, aku beli Scott Emulsion untuk anak aku, RM9.90, dan aku sempat singgah kat kedai akuarium beli 2 ekor ikan lampam dan 2 ekor ikan Koi….semoga ikan ini dapat menenangkan perasaan aku yang agak kelam kabut sekarang ni.

Akuarium Wajah Baru Ikan Lampam

Petang aku berlalu dengan kerja-kerja pembaikan akuarium yang aku ada sekarang. Aku tambah filter yang aku beli tadi. Semoga ikan-ikan aku menjadi lebih sihat dan panjang umur.

Lepas ni aku nak tunaikan solat Maghrib dan terus menjalankan kerja aku untuk buat burger sihat untuk anak aku dan isteri termasuk aku sekalilah. 2 hari lagi, nak puasa beb. Aku ada satu kuali kecil yang aku rasa aku dapat hadiah dari redemption Bonuslink aku, TEFAL. Aku goreng telur tak payah pakai minyak beb. Tak melekat langsung. Bagus tu. Teknologi!

Semoga aku, keluarga aku dan orang lain jadi lebih sihat….

Tayar Pancit!

15-Julai-2010

Hari ini aku datang kerja dengan kereta company. Bertolak dari rumah tepat jam 6.50 pagi dan aku clocking aku punya punch card jam 7.46 pagi. Kira 56 minitlah perjalanan hari ini. Tol total dalam RM6.90. Kalau aku naik kereta, pergi kerja, kosnya;

(1) Tol = RM13.80

(2) Minyak = RM20

Jumlah = RM811.20 untuk sebulan. Jika aku kira aku bekerja 24 hari sebulan. Perghhh….berdarah jugak!

Kalau aku naik superbike EX5 aku tu, kosnya;

(1) Tol = Free!

(2) Minyak = RM4

Jumlah = RM96 sebulan jika aku bekerja 24 hari dalam sebulan. Selamat RM715.20 dalam sebulan dan kalau setahun RM8,582.40……tambah sikit lagi dah boleh pergi Mekah dengan anak dan isteri aku.

Semalam aku ke tempat customer di Shah Alam dalam jam 5.30 petang. Ada kuantiti shortage. Aku dah expert dah pasal ni sebenarnya. OK, untuk setiap lot, barang metal yang beratnya sebiji tak sampai 0.5g, ada beza berat 2-3% yang menyebabkan, reference berat untuk mesin timbang akan menyebabkan kuantiti shortage atau terlebih dalam 2-3% jugak.

Dalam kes semalam, aku rasa beza beratnya hampir 1.7% yang mana setiap seribu pieces barang yang dipek, ada shortage around 11-17 biji setiap pek.

Jadi penyelesaiannya, semua lot mesti ditimbang reference weightnya. Contoh;

(1) Manual count 100pcs, ambil beratnya

(2) Set reference standard pada weighing machine untuk setiap lot dengan difference standard.

Lepas aku buat langkah di atas, aku bawak replacement dan bila diaorang kira…boom! Tepat. Selesai buat explanation pada customer, aku mintak diri untuk balik. Jam dah tunjuk pukul 6.30 petang.

So, aku terus bertolak balik ke rumah dengan kereta company.

Sampai kat stesen minyak Shell, aku pit stop kejap, isi minyak penuh tangki dan park tepi kedai kat Shell tu, pergi toilet buang air kecil.

Masa nak ke kereta, ada customer dari Penang call, tanya pasal delivery quantity….aik? QA Manager kena jaga delivery jugak ke? Anyway aku settlekan untuk diaoranglah. Sistem dah gone lah macam ni kalau QA Manager kena buat semua benda.

Bila aku ke kereta, aku tengok tayar kereta belakang belah kanan pancit! Aku try pam, tapi lepas pam aku dengar hiss sound yang kuat. Angin keluar dengan kuat. Check tayar punya permukaan, aku tengok ada satu metal straw dan sebatang skru melekat kat tayar.

Metal Straw dan Skru

OK, untuk panduan yang tak tahu macam mana nak tukar tayar spare, aku terangkan macam mana aku buat. This is my way;

(1) Ambil jack, jack ni gunanya untuk angkat body kereta supaya tayar boleh buka.

(2) Cari satu tempat dekat dengan tayar yang biasanya bentuk macam gambar di bawah.

Tempat Jack Kereta

(3) Naikkan sikit jack tu sampai touch lekuk yang dua tu.

(4) Longgarkan skru tayar. Kalau ketat, masukkan alat untuk buka skru tu rapat-rapat, pijak handle dia dengan sebelah kaki. Kalau tak boleh gak, henyak sikitlah. Aku berat, jadi sekali pijak aje dah longgar.

(5) Naikkan jack sampai tayar yang pancit tu terangkat dari tanah. Pastikan tempat jack tu tak lembut. Elok atas tarlah.

(6) Bukak semua skru.

(7) Tarik keluar tayar.

Lepas Buka Tayar

(8) Masukkan tayar spare.

(9) Pasang balik skru dia. Kalau boleh maintain skru tu kat tempat yang sama. Jangan ketatkan dulu. Sikit-sikit je ketatnya. Proses untuk ketatkan skru ni boleh buat jack kita tertendang keluar dari tempatnya. Bahaya!

(10) Turunkan jack sehingga tayar spare tadi cecah bumi.

(11) Barulah kita ketatkan skru-skrunya. Untuk pastikan ketat, naik sebelah kaki kat handle pembuka skru ni. Henyak dua tiga kali.

(12) Simpan tayar yang dah pancit tadi, jack dan peralatan lain….laplah peluh yang dah menyiram tadi tu!

Metal Straw

Inilah culprit yang menyebabkan aku berpeluh sakan!

Tayar yang dah pancit tu aku terus hantar kedai kasi tampal. RM5 aje kena untuk satu lubang.

Sebab kat sebelah kedai tayar tu ada kedai jual ikan hiasan. Aku yang sangat minat dengan akuarium ni, terus gi beli beberapa ekor ikan dan aksesori untuk buat balik akuarium 4 kaki aku yang dah lama kering kat rumah tu.

Lampam X2, Ikan Susu X2 dan ikan halus X12.

Akuarium Aku

Ikan Susu

Hari aku berakhir dengan kepenatan…….