Ahli Baru Keluargaku

15-November-2011

5hb November 2011, jam 7.18 petang lahirlah anak aku yang kedua. Alhamdulillah semuanya normal. Aku dapat anak lelaki. Cuma ada beberapa happening kat hospital swasta yang aku appoint untuk uruskan kelahiran anak aku yang kedua ni. Aku ingatkan hospital swasta yang require RM1600 untuk pakej bersalin ni semuanya teratur dan menyenangkan mata, tetapi jangkaan aku meleset.

Dengan kemudahan yang agak dah terlalu lama, banyak benda yang dah rosak. Nurse yang jaga anak aku tu pun dah kena marah dengan aku sebab dia sambil lewa memberikan perkhidmatan kepada aku yang membayar ni.

Sampaikan cara teran pun aku yang jadi jurulatih peneran!

Dalam jam 2 pagi, anak aku terpaksa dipindahkan ke hospital kerajaan bahagian NICU sebab doktor hospital swasta ni kata anak aku tak nak minum susu. Hospital swasta takde alat untuk bagi susu melalui hidung. Kalau pergi ke hospital swasta lain yang berdekatan, doktor tu cakap cajnya akan jadi dalam RM4000 ke RM5000. Cilakak betul, aku punya budjet just RM2,000.

Akhirnya aku akur, aku hantar anak aku ke hospital kerajaan. Sampai kat sana, Alhamdulillah, kemudahannya memang tip-top. NICU diaorang penuh dengan peralatan yang agak canggih. Hospital juga sangat bersih. Nurse yang bertugas malam tu juga agak peramah. Doktornya seorang perempuan Cina yang nampak macam baru bangun dari tidur. Kesian dia.

Bila doktor hospital kerajaan ni check anak aku, anak aku menghisap jari doktor tu dengan kuat. Doktor tu kata anak aku takde masalah apa-apa. Kekuatan hisapannya normal. Sekali lagi aku rasa macam nak bakor hospital swasta ni.

Aku malas nak berbicara banyak sebab aku dah mengantuk. Aku take off terus ke Ipoh untuk ambil mak mentua aku dengan harapan dia boleh tolong aku lakukan beberapa tugasan rumah dan mandikan anak aku yang masih bayi ni, sebab aku kena teruskan kerjaya aku.

Tapi semalam, mak mentua aku buat hal. Katanya nak balik rumah dia kat Ipoh. Mungkin tak tahan duduk kat bandor. Bini aku cakap, dari minggu lepas lagi dia kata nak balik.

Aku rasa macam bengang jugak ler kan. Bukannya aku jadikan kuli. Masa aku duduk kat rumah pangsa 10 tingkat dulu, dia komplen kata rumah aku macam sarang burung merpati. Sekarang ni aku dah pindah duduk kat rumah besar, corner lot lagi, itupun masih nak komplen lagi. Aku cuba sabar dan tak banyak sangat cakap.

Malam ni pak mertua aku akan datang dari Ipoh. Dan InsyaAllah aku nak bapak mertua aku bawak balik mak mertua aku ni hujung minggu ni.

Nampaknya terpaksalah aku yang jaga bini dan anak aku sendiri. Aku tak sanggup nak bagi bini dan anak-anak aku duduk kat rumah di Ipoh ni, mak mertua aku ni ada satu tabiat hoarders yang mana dia suka simpan barang. Rumah dah ler kecik, nak tidur pun susah. Ruang tak ada sangat. Panasnya jangan ceritalah, takde angin langsung masuk dalam rumah.

Aku pun jadi biol duduk kat rumah tu lama-lama. Kalau rasa rumah dah kecik, eloklah kita buang barang mana yang tak perlu tu.

Aku rasa macam anak menantu derhakalah pulak!

Harap-harap aku diberikan kesabaran.

Advertisements

Hari Keluarga

1-November-2010

Hari ni adalah hari pertama bulan 11 untuk tahun ni – 2010. Masa berjalan begitu pantas dan tahun ni tinggal 2 bulan lagi. Aku rasa sihir yang menganggu kehidupan aku dah makin tawar. InsyaAllah aku akan mula berniaga secara serius start bulan ni. Cuma yang menganggu aku sekarang ialah hutang dengan bank yang dah mula lambat 3-4 bulan. Itulah masalahnya. Ada 2-3 akaun yang aku dah re-structure dan dalam proses buat bayaran, tapi ada yang tersangkut. Harap-harap bulan 12 ni aku dapat bonus, kurang-kurang sebulan gaji. At least boleh cover yang terlambat tu.

Pagi ni aku macam biasa naik motor superbike pertama dalam Malaysia yang enjinnya 100cc! Pulas habis pun orang boleh potong senang-senang. Terutama sekali LC135. Pagi tak sesejuk pagi-pagi yang lain, mungkin sebab aku pakai jaket hujan cap Yamaha. Jaket ni jaket lama aku sebelum ni. Aku plan nak guna jaket ni dan Givi punya jaket aku buat 2nd layer kalau hujan lebat. Cuma sekarang ni aku tak tahu macam mana lagi nak cover kasut aku supaya tak dimasuki air. But yang yang aku pakai sebelum ni dah start rosak sebab selalu sangat kena hujan.

Semalam aku cuti, Sabtu kerja, jadi aku gunakan masa untuk buat sesuatu untuk diri aku dan keluarga. Paginya aku sarapan dengan isteri dan anak aku. Kami makan roti canai seorang 2 keping. Roti sekarang ni dah cecah harga 90 sen. Masa aku kecik dulu, iaitu 23 tahun yang lepas, harga roti canai 30 sen je.

Lepas makan pagi, aku ke Tesco untuk beli barang. Kali ni Tesco Ampang. Mula-mula nak ke Mid Valley, tapi dekat dengan persimpangan MRR2, bini aku cakap nak ke Tesco. Aku pun terus turn ke MRR2 dan menghala ke Tesco.

Sampai kat Tesco, anak aku nampak topi Arsenal, dia kata dia nak topi tu. Anak aku tak pernah mintak-mintak benda yang dijual. Kali ni dia mintak pulak. So, aku belikan. Harga RM19. Dia sikit punya seronok, terus pakai. Aku pulak seronok tengok dia seronok.

Jalan 10 meter, dia ternampak pulak patung Ultraman! Dia nak, aku kata kejap lagi kita beli. Kami masuk ke MPH, kedai buku. Beli novel tebal, kompilasi 3 novel best seller. Aku belikan untuk isteri aku. Aku takde mood nak beli buku baru.

Kemudian masuk ke Tesco, trolley pulak takde. Entahlah, Tesco ni tak ambil berat atau diaorang ada masalah kewangan. Aku harap diaorang improve. Jadi aku masuk ke Tesco beli sikit je barang. Rugilah Tesco kalau diaorang terus macam ni. Mungkin ramai yang akan pergi ke tempat lain selepas mengalami pengalaman buruk macam ni. Aku mula-mula memang niat nak beli banyak. Sebab takde trolley, aku beli sikit, itupun sampai kemik roti aku!

Lepas shopping sikit-sikit, kitaorang ke Pizza Hut untuk makan tengahari. Aku masih kekenyangan dengan roti canai pagi tadi. Order set no. 3. 2 gelas air Revive, 1 regular pizza Hawaiian Chicken, roti jejari 4 ketul dan 2 sup cendawan. Anak aku suka minum sup ni. Dekat-dekat nak abis makan, anak aku mintak nak patung ultraman dia. Kitaorang pergi ke kedai tadi tu, dan ambil 2 jenis ultraman. Satu biru dan satu merah. Harga RM14.90 satu! Kalau orang yang bergaji rendah ni dah tentu dia letak balik! Bagi aku, asalkan anak aku gembira dah OK. Aku akan cari duit untuk memenuhi keperluan dan keinginan aku dan keluarga aku, sambil tu boleh aku tolong orang lain ringankan beban mereka.

Kami sampai kat rumah dalam pukul 1.20 petang. Sebelum tu aku sempat singgah kat kedai akuarium untuk beli garam dan survey harga akuarium. 2 kaki punya akuarium, tepinya curve, dalam RM50. Aku rasa aku akan beli dalam masa terdekat sebab aku nak asingkan ikan baung yang sedang menghuni akuarium 4 kaki aku sekarang ni. Baung ni telah menyebabkan ikan koi aku mati. Lagipun ikan baung ni tak suka menunjukkan dirinya, ikan-ikan ni suka menyorokkan diri dibelakang pokok dan kayu hiasan dalam akuarium.

Kat rumah, aku meneruskan projek menukar air akuarium sedia ada dan menghias semula akuarium 2 kaki yang sebelum ni tak digunakan. Kerja selesai dalam pukul 3.30 petang.

Lepas tu aku tidur kejap untuk menempuh hari kerja……