Shopping!

29-Mei-2011

Semalam aku dan keluarga ke Mid Valley untuk tengok wayang cerita Kung-fu Panda 2 dan membeli belah sakan sebab bini aku kena beli baju mengandung. Aku pulak nak beli seluar untuk pergi kerja. Sekarang ni aku ada satu je seluar jeans yang selesa untuk aku pakai.

Sampai je kat GSC Mid Valley, orang ramai beratur untuk mendapatkan tiket. Aku joint sekali beratur, bila sampai masa aku kat kaunter belian tiket, tiket dah tak berapa nak ada. Takde tiket yang boleh duduk sama 3 seat, semuanya dah dibeli orang. Jadi aku kensel tengok wayang.

Aku ke kedai hardware (Ace) beli sedikit alatan untuk koleksi hardware aku. Dan kemudian aku dan keluarga pergi makan spaghetti kat Spaghetti Farm. Boleh tahan ler makanannya kat situ. Tapi disebabkan diaorang buat spaghetti ni cara yang boleh dikategorikan makanan segera, makanannya tak berapa sedaplah.

Lepas makan tu kitaorang pergi membeli-belah kat Jusco. Bini aku tangkap baju dan seluar mengandung dalam 3-4 set. Adalah dalam RM500. Aku pulak tangkap 2 helai jeans Lois stretchable, sebab ada 50% off, dapatlah aku 2 helai dalam RM160.

Kali ni aku buat bayaran dengan mengunakan debit card Maybank yang aku baru daftarkan.

Selepas selesai membeli-belah, kitaorang lepak kat Secret Recipe untuk mengurangkan rasa sakit dan sengal pada betis sebab berjalan terlalu lama! Aku order sebijik kek Chocolate Indulgence dan sorang satu air. Aku amik air Apple Celery, anak aku Mocha dan isteri aku amik air tembikai. Semuanya RM50.

Habis rehat, kami ke MPH pulak untuk belikan buku ulangkaji untuk anak aku. Bini aku angkat satu novel, tak silap aku tajuknya Sambal Kerang Najwa kot.

Pejam celik pejam celik, jam dah menunjukkan pukul 5 lebih. Kitaorang pun take-off dari Mid Valley menuju ke Port Klang. Plannya kami nak makan ketam kat Tanjung Harapan punya seafood restaurant. Kali ni aku sesat kat Port Klang ni sebab aku ikut Lebuhraya Persekutuan. Selalunya aku ikut Kesas.

Tambahan pulak aku lupa Tanjung Harapan ni kat North atau West Port. Pusing punya pusing, last sekali aku search Google Map dan barulah aku tahu yang restoran tu terletak kat North Port. Akhirnya kami sampai kat restoran tu jam 7 malam.

Aku order nasi goreng nyonya, ketam sekilo, ikan jenahak 3 rasa dan sayur kangkung ikan masin. Azab jugak makan ketam tu sebab ketamnya kecik. Sekilo 4 ekor! Dah ler kulitnya keras macam batu. Tapi sedap!

Lepas makan, kami balik rumah dan terus bersedia untuk tidur……quite a long day!

Kena Tinggal Bas

23-Mei-2011

Jumaat lepas aku ke Penang sekali lagi untuk satu program presentation tentang continuous improvement. Program ni baru diperkenalkan customer Penang ni, Aku kena buat presentation sebanyak 2 kali setahun. Maknanya 6 bulan sekalilah kot.

Aku bergerak dari company lebih kurang dalam jam 11.15am. Target nak sampai Penang sebelum kol 2pm. Jadi aku kena speed macam naik Audi R8 GT lah!

Sampai je kat Shell Tanjung Malim, aku pit stop kejap untuk beli makanan, sebab ikut kiraan, aku tak sempat nak makan tengahari! Aku sambar beberapa biji roti pandan kelapa, air Gatorade perasa berry dan satu batang Kit Kat.

Habis je bayar, datang sorang minah India tinggi lampai ni macam gelabah-gelabah je. Dia mengadu kat kaunter Shell tu, katanya dia ditinggalkan bas Plusliner! Muka macam nak menangis. Minah kaunter tu kata tunggu ler dulu, nanti adalah bas lain yang akan berenti. Minah India ni tak boleh tunggu sebab katanya dalam bas yang tinggalkan dia tu ada barangan dia dalamnya.

Bus 

Aku tak sampai hati pulak nak biarkan aje dia macam tu. So, aku tanya dia, dia punya bas tu destinasinya ke mana? Aku nak tau sebab, aku rasa aku boleh kejar bas tu, cuma aku tak pasti dah berapa lama bas tu tinggalkan dia. Dia cakap destinasi dia ke Medan Gopeng, Ipoh.

Ikut kiraan aku, kalau aku kejar bas tu, mungkin akan dapat potong sebelum bas tu turun kat Simpang Pulai.

Aku offer dia untuk ikut aku dan aku akan kejar bas tu untuk dia. Dia tak banyak cakap, terus ikut aku naik kereta. Aku start enjin dan terus pecut menghala ke Ipoh. Dia tanya aku nak ke mana? Ke Ipoh ke? Aku kat tak, aku nak ke Penang, ada meeting petang ni. Speed kereta masa tu dalam 150-160km/j. Harap-harap takdelah tok polis yang tengah tilik kamera!

Dalam aku tengah kejar bas tu, puas aku fikir macam-mana nak berentikan bas tu nanti.

Aku terlintas untuk suruh dia keluarkan tiket dan masa aku run kat sebelah pemandu bas tu, aku horn dan dia boleh tunjukkan tiket tu pada pemandu tu dengan harapan agar pemandu tu berhentikan basnya.

Bus 2 

Alhamdulillah, tak sampai sepuluh minit lepas tu aku dapat kejar bas dia. Mula-mula aku potong bas tu untuk pastikan papan kat depan cermin bas tu tulis IPOH, kalau silap tahan, malu aku nanti beb!

Tengok-tengok memang betul IPOH. Aku levelkan speed aku agar pemandu bas tu sama paras dengan Indian Lady ni, lepas tu Indian Lady tu tunjukkan tiket sambil aku horn-horn 3-4 kali. Aku potong bas dan bagi signal ke kiri, slow-slow aku masuk ke bahu jalan dan berhenti. Bas pun berhenti sama.

Indian Lady ni tadi kemudian hulur tangan, aku sambut salam dia dan dia ucap terima kasih. Aku jawab, no problem, take care. Dia perkenalkan diri dia sebagai “Helen”.

Aku tengok kat cermin pandang belakang dan Indian Lady ni tadi naik bas dengan selamatnya, aku pun cabut untuk teruskan perjalanan aku yang masih jauh!

Semoga tindakan aku ini berjaya membahagiakan orang lain yang terlibat!

Ikan Air Tawar

9-May-2011

Semalam aku ke Melaka lagi. Diaorang adakan kursus ternakan ikan air tawar, dan semalam adalah hari terakhir kursus selama 3 hari. Aku sampai kat sana dalam jam 9.45 pagi. Perjalanan dari rumah aku ke sini ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sampai je kat tempat diaorang, aku terus memancing. Dapatlah beberapa ekor ikan. Yang mahal tu, aku berjaya mendaratkan 2 ekor ikan jelawat. Dengar cerita, sekilo jelawat harganya RM90!

Aku pernah sekali masak ikan jelawat ni guna Paste Asam Pedas segera, isinya sedap, cuma mungkin sebab ikan tu tak capai 1KG lagi, tulangnya boleh tahan banyaknya.

Tengahari tu dalam kol 2 petang, diaorang adakan penutup kursus. Makan ikan panggang dengan nasi dan kicap special. Kali ni ada sup isi ketam. Aku makan macam biasalah, sampai kenyang. Nasi sikit, tapi aku ratah ikan bebanyak. Lagipun ikan ada banyak lebih. Diaorang panggang 11 ekor ikan keli besor.

Lepas makan, aku dengar kata-kata ucap dari para peserta. Kali ni ada 4 orang. Kebanyakkannya masih bekerja dan sedang mencari bidang apa yang diaorang nak ceburi. Bagi aku, kursus yang diaorang ikuti ni adalah macam pendedahan aje. Aku tak rasa yang dari kursus ni sahaja diaorang dah boleh mula buka kolam ternakan ikan.

Selepas semua peserta balik, aku berbincang santai dengan pemilik kolam tu untuk perlaksanaan beberapa servis yang dia ada sekarang dan kami nak komersialkannya. Aku nampak potensi yang besar.

Dia berkobar-kobar juga nak maju, so dia kata dia tengah usahakan modal. Dia minta aku berenti kerja bulan June ni. Dia nak bayar semua hutang aku dan berikan RM5000 bersih sebagai gaji. Lumayan!

Aku pulak minat dalam usaha marketing ni, so aku sanggup menempuhi cabaran pemasaran untuk aku bawa pengusaha kolam ikan air tawar ni ke level baru. Kita tengok apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ni.

Aku plan nak pasarkan;

  1. Pakej ternakan ikan air tawar. Pakej lengkap, dari zero to hero. Maknanya, peserta akan dipantau dan diberikan bantuan teknikal dan khidmat nasihat sehinggalah kolam yang diusahakan membuahkan hasil. Ia akan merangkumi:- Ilmu, penyediaan kolam (korek, paip, sistem), lanskap, anak benih, makanan ikan, pemasaran produk keluaran, dan apabila sampai satu tahap, peserta akan diberikan ilmu pembenihan. Aku target, 3 peserta dalam masa sebulan. Kos kursus dan pantauan, RM5,000. Bina kolam RM30,000 (termasuk paip). Kursus pembenihan RM15,000. So, targetnya, RM20,000 per month.
  2. Benih Ikan. Apa yang istimewanya gang aku ni, dia boleh buat pembenihan tanpa gunakan buble oksigen atau paddleway. Yang aku nampak, dia boleh buat benih keli, puyu, tilapia, kerai, patin, sepat siam, haruan dan baru-baru ni dia berjaya buat rohu dan baung. Aku terdengar jugak dia kata boleh buat pembenihan Kelah. Aku tak berapa tahu langsung tentang pembenihan, tapi gang aku ni kata, tak pernah orang boleh buat pembenihan baung dalam kolam simen! Aku nak pasarkan benih ikan ini untuk 2 bidang. 1 penternakan, 2 untuk ikan hiasan. Penternakan target: 1,000,000 benih X RM0.40 = RM400K, Ikan hiasan: 20,000 X RM1.00 = RM20K.
  3. Ikan. Aku target untuk jual ikan yang mahal. Jelawat, kelah, tengalan, lampam, baung. Target RM10,000 per month.
  4. Makanan. Yang ni sangat luas. Sekarang ni dah berjaya hasilkan serunding dan pemasarannya dah dimulakan berdikit-dikit. InsyaAllah, targetnya RM30,000 per month.

Jika aku kira penghasilan sebulan RM20,000 + RM420,000 + RM10,000 + RM30,000 = RM480,000 per month. Memang berbaloi!

Projek Jutaan Ringgit

21 April 2011

Dah lama jugak aku tak menulis. Kebelakangan ni banyak benda yang berlaku sampaikan aku rasa tak banyak masa untuk diri aku sendiri. Aku tengah berusaha untuk memperbaiki keadaan ekonomi aku sekarang. Hutang bank dah banyak yang MERAH. Aku jugak tak berkesempatan untuk kaji balik keadaan ekonomi aku. Hutang baru dengan syarikat pinjaman kewangan tu pun dah makan RM2000 tiap-tiap bulan.

Entah macam mana aku boleh senang-senang membenarkan perkara ni berlaku walaupun keadaan kewangan aku tak kukuh langsung.

Mungkin sebab ada janji yang mengatakan bahawa diaorang akan bayar semua hutang yang aku ada. Projeknya boleh menghasilkan jutaan ringgit. Aku ni tak mudah nak syak apa-apa, lagipun yang mengutarakan projek ni seorang yang ada pangkat uztaz sebab dia mengajar agama kat rumahnya.

Semalam aku ditunjukkan surat peguam yang mengukuhkan lagi dakwaan bahawa projek jutaan ringgit ni dah hampir kepada peringkat akhir. Satu taklimat di Labuan akan diadakan, selepas taklimat tu, aku kira mereka akan terima RM36juta, tolak upah peguam 20% jadi bersih mereka akan terima 28.8juta. Mungkin ada tax dari kerajaan, dan paling kurang pun diaorang ni akan ada 20-25 juta untuk menjalankan projek yang diaorang dah rancang.

Kalau diaorang tanya berapa RM yang aku nak, aku nak RM3 juta je. Dan aku boleh salurkan kepakaran aku untuk bina empayar bisnes diaorang ni.

Aku nak selesaikan semua hutang yang aku ada, tak silap aku dalam RM300 ribu. Selebihnya aku nak;

  1. Toyota Alphard (Vellfire) – RM300,000
  2. Honda Jazz – RM120,000
  3. Rumah – RM400,000 (termasuk renovation)
  4. Harley Davidson – RM200,000
  5. Perabut dan barangan rumah lain – RM100,000

Jumlah: RM1.12juta.

Jadi RM3juta – RM0.3juta – RM1.12juta = RM1.58juta.

Baki RM1.58juta ni aku nak simpan RM580,000 dan sejuta lagi aku nak laburkan dalam hartanah. Aku dah jumpa sorang yang boleh manage aku punya pelaburan hartanah ni.

Plan aku, aku nak teruskan bekerja di tempat aku berkhidmat sekarang, sambil menjalankan 2-3 kerja lain secara sambilan. Pendapatan aku sekarang ni dalam RM6,000 bersih.

Lagipun, tempat aku kerja sekarang ni melihat reputasi aku yang sedang memuncak, walaupun aku baru berada kat sini tak sampai 10 bulan lagi.

Kita lihat apa yang akan berlaku!

Bulan Mac 2011

16-Mac-2011

Bulan ni aku akan menjangkau umur baru iaitu 34 tahun. Bulan ni juga banyak perkara yang telah berlaku dan sedang berlaku serta akan berlaku. Antaranya;

  1. Kemungkinan isteri aku tengah mengandung anak aku yang ke-2
  2. Boss aku setuju untuk beli satu QC Equipment RM150K
  3. Customer kat Penang dah 99% setuju untuk beli produk dari kilang aku ni sebanyak 10 juta biji sebulan, yang ni akan merubah banyak benda kat kilang tempat aku kerja sekarang
  4. Bisnes serunding yang aku dan rakan niaga aku usahakan ni dah peringkat akhir, InsyaAllah hujung bulan 3 ni launching ceremony.
  5. Kata rakan kongsi aku, ada RM yang akan masuk untuk support my life and also support bisnes yang nak dijalankan ni.

Aku pun merasakan banyak perubahan yang berlaku. Dan kesibukan ni menyebabkan aku kepenatan dan masa yang agak terhad untuk keluarga aku. Apa tidaknya, aku dah ler bekerja 8am – 8pm, Sabtu pula alternate, bila hujung minggu sahaja aku terpaksa ke Melaka untuk uruskan bisnes serunding online yang nak diusahakan ni.

Hujung minggu ni, Sabtu dan Ahad, aku akan ke Melaka untuk;

  • Siapkan sekurang-kurangnya 50 kotak serunding untuk launching. Satu kawah makan masa 3 jam untuk masak. Dan satu kawah menghasilkan 5 kotak. So Sabtu dan Ahad ni kena masak sekurang-kurangnya 10 kawah. Itu tak termasuk sample lagi.
  • Ambil gambar untuk dimasukkan dalam internet dan brosur tentang cadangan hidangan. Aku plan nak masukkan, nasi, popia, pau, sandwich dan karipap.
  • Perbincangan dan pembentangan tentang urusan bisnes selepas ni.

Apa-apa pun, aku sedang dalam proses untuk membetulkan keadaan ekonomi aku sendiri. Aku rasa dah 7 tahun aku hidup dalam tekanan kewangan.

Aku rasa aku nak hidup senang pulak lepas ni, bebas hutang dan banyak duit.

Petang 1 March 2011

Pagi tadi aku ke Dengkil untuk uruskan beberapa perkara berkenaan dengan lesen RPO dan pemilikan mesin X-Ray kat kilang aku. Sebelum tu aku singgah kejap ke sekolah anak aku dulu untuk ambil file pertukaran sekolah. Lepas ke Dengkil, aku bergegas balik ke kilang.

On the way tu sempatlah aku berhenti makan nasi di tepi jalan. Lauk ikan sungai, ada banyak tulang jugak. Sayurnya tak berapa nak ada, jadi aku ambillah kacang botol colek dengan sambal belacan.

Sempat juga aku cari supplier untuk asid sulfurik dan asid hidroklorik, kedua-duanya 10%, dan kata supplier tu harganya RM0.50/kg untuk sulfurik dan RM0.55/kg untuk hidroklorik. Esok selepas jam 11 pagi aku dah boleh pegi collect. Katanya COD. Aku beli 125kg untuk sulfurik dan 100kg untuk hidroklorik.

Sampai kat kilang, ada 2-3 bakal pelanggan perniagaan internet aku call untuk bertanyakan produk yang aku jual diinternet sekarang ni. Alhamdulillah aku netting 3 sales yang memberikan aku keuntungan kasar sebanyak RM160 X 3 = RM480. 2 bayar cash dan seorang bayar guna kad kredit.

Seorang lagi kata nak bank-in dalam aku punya CIMB. Lama gak borak dengan pelanggan yang ni, katanya dia nak kahwin hujung tahun ni. Aku memang confident yang dia akan slim masa kahwin nanti dan aku harap sangat aku dapat sertai majlis perkahwinannya.

Semoga semua pelanggan aku berjaya!

Bulan 3, 2011

1-Mac-2011

Hari ni adalah hari pertama bulan 3, tahun 2011. Hari ni tak akan berulang lagi. Nampaknya kenalah manfaatkan hari pertama bulan 3 ni sebaik mungkin. Aku bangun tepat jam 6 pagi. Tidur atas sofa beb. Aku kena setkan katil aku secepat mungkin. Baru berpindah ni, banyak benda yang masih tak settle. Antaranya;

  • Anak aku punya perpindahan sekolah belum settle lagi. Dia masih bercuti main game kat rumah.
  • Filter air kat luar rumah belum pasang lagi
  • Astro punya piring masih lagi atas tanah
  • Bilik tidur tak set lagi
  • Office aku tak set lagi
  • Tingkat dua masih belum digunakan lagi
  • Almari baju tak set lagi
  • Tempat jemur kain tak set lagi

Banyaklah benda yang masih belum diselesaikan lagi.

Bulan ni pulak agak sibuk, banyak perkara yang berkaitan dengan aku yang masih tergantung. Aku kena susun jadual aku untuk;

  1. Design Central Command Centre untuk projek yang baru masuk, kali ni aku nak guna Sketch-up dari Google
  2. Design kotak untuk projek jualan serunding online
  3. Launchkan bisnes online untuk serunding ni….banyak kerja yang terlibat.

Company tempat aku kerja sekarang ni pulak require aku untuk;

  1. Daftarkan line plating dengan DOE
  2. Daftarkan licence pengunaan mesin X-Ray dengan AELB (aku ada lesen RPO)
  3. Kena gi refresh training untuk renew aku punya lesen RPO
  4. Bulan 3 ni adalah bulan untuk membersihkan kilang. Yang paling ditekankan ialah “toilet”! Kotor katanya

Ikut apa yang aku kena laksanakan ni, aku terpaksa susun jadual dengan lebih rapi. Tak boleh leka, kalau tak…masa tak cukup.

Semoga aku berjaya!