Pertanian Itu Perniagaan

5-Ogos-2011

Semalam aku ambil cuti dari tempat kerja aku sekarang. Malam sebelum tu selepas berbuka puasa, aku terus ke Kuala Selangor untuk pergi ambil belut. Tukang tangkap belut tu kali ni bawak 146.5kg. Harganya RM1,770. Puas aku korek duit dari kad-kad ATM aku. Nasib baik cukup.

Lepas loading belut dari dalam bekas penangkap belut ni ke dalam bekas yang aku bawa, aku masukkan dalam kereta Kia Optima aku tu. Melendut tayarnya. Total bekas = 6 biji. Hampir penuh ke semuanya.

Kemudian aku take-off pergi ambil kawan aku sorang ni. Dan kami terus ke Melaka.

Masa pindahkan belut ke dalam kolam simen di Melaka, kami kira seekor-ekor dan jumlah kali ni ada 609 ekor. 2 gugur di medan perjuangan sebab cedera terkena mata pancing.

Sekarang ni kat Melaka ada 1500 ekor belut yang ditangkap di sawah padi sekitar Sekinchan.

Lepas tu kami bincang-bincang dan tidur pada jam 2 pagi. Kami kemudian bangun bersahur pada jam 5 pagi, solat Subuh dan aku melelapkan mata sekejap sebab terlalu penat.

Dalam jam 12 tengahari, Jepun yang berniat nak beli belut dan anak belut tu datang. Kami melawat sekitar kolam ternakan dan Jepun tu ambil beberapa gambar untuk ditunjukkan pada HQ dia.

Bincang punya bincang, keputusannya;

  1. Kita akan buat satu supply plan yang mana kita target untuk keluarkan 10,000,000KG dalam masa 6 bulan (satu season tuaian)
  2. 500KG anak benih belut sebulan
  3. Dalam minggu depan kami akan hantar sample belut ke Tokyo
  4. Kami akan buat Contract Farming proposal untuk supply benih dan belut dewasa ke Jepun

Aku bercita-cita untuk supply 20,000 tan belut setahun ke Jepun yang mana ini akan menghasilkan pendapatan kasar sebanyak RM100juta setahun. Dan 6,000kg anak benih dan yang ini akan menghasilkan RM24juta pendapatan kasar setahun.

Total RM124juta. Kos, mungkin sekitar 50%. Jadi keuntungan bersih RM62juta. InsyaAllah dalam masa 3 tahun kami akan realisasikan cabaran ini.

Jika ini berjaya, aku akan mendapat pendapatan sebanyak RM15.5juta setahun dan kalau aku kena bayar tax 50%, income aku RM7.75juta setahun. Sebulan lebih kurang RM646ribu.

InsyaAllah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: