Dah Cukup Setahun

4-Julai-2011

Dah cukup setahun aku bekerja di tempat sekarang ni. Aku start kerja kat sini 1-Julai-2010 dengan starting gaji RM7,300. Sekarang gaji dah naik RM7,552. Boleh kata banyak juga benda yang dah berlaku, dan kehidupan aku masih sama, mencari jalan untuk hidup dengan lebih baik. Terutama sekali dari segi ekonomi.

Aku rasa dah lama sangat aku hidup dikejar hutang. Dah sampai masanya aku melangkah ke satu kehidupan yang lebih baik.

Namun, aku sekarang masih bergelut untuk melepaskan diri. Banyak betul dugaan. Nak menjaga hati orang bukannya senang. Kelemahan aku pula;

“Aku Tak Boleh Tengok Orang Susah Disebabkan Aku”

Bukan sahaja susah, sedih, marah dan macam-macam lagi perasaan negatif. Kalau orang lain aku tak tahu ler, cuma kebanyakkannya aku tengok bersikap lepas tangan apabila sentuh bab hati dan perasaan ni.

Peluang untuk aku keluar dari kehidupan mencabar aku sekarang ni macam dah nak dekat. Partner bisnes aku kat Melaka dah kata yang tak lama lagi dana besar akan masuk ke akaun mereka. Dia mengajak aku bersama mengembangkan perniagaannya sekarang.

Aku pula dah plan macam mana nak bergerak apabila dana dah masuk nanti. Tapi rough plan lah. Bila dana dah masuk nanti akan aku telitikan satu per satu. Aku akan gunakan segala pengalaman aku berniaga selama 5 tahun dan pengalaman aku dikejar hutang hampir 7 tahun lebih.

Selain itu aku juga terus membaca dan mengkaji teknik berniaga dengan betul melalui buku-buku yang ada kat pasaran.

Target aku, aku nak start slow and steady, tak mahu ambil pekerja dan berbelanja berpada-pada sambil menyimpan untuk masa depan.

Aku berharap sangat agar dana ni cepat masuk, aku dah lama hanyut dalam mainan dunia dan aku dah kepenatan……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: