Motivasi Pekerja

29-Januari-2011

Semalam adalah hari ke-5 aku dan beberapa orang pekerja bawahan company aku ni main takraw. Tengah syok-syok main, datang malaun HR/Admin Manager datang kata tak boleh main. Ikut logiknya memang kitaorang salahlah sebab main masa OT. Tetapi Malaun ni macam memalukan diri sendiri pulak.

Dia marah orang yang main takraw sahaja, tapi bebudak yang duduk dekat pangkin belakang kilang tu dia tak marah. Aku pun puzzled jugak. Takpelah let him do what he want to do at this moment.

Sebenarnya ada beberapa tujuan aku setkan takraw punya event kat belakang kilang tu. Antaranya;

  • Aku nak senamanlah, berat dah naik sampai 95kg! Berat yang paling berat sekali seumur hidup aku. Apa taknya, balik kerja aku kena naik skuter selama 1 jam 30 minit. Sampai rumah je badan dah penat, aku mandi, lepas tu rasa lapar yang amat sangat. Isteri dan anak aku pulak dah makan, maknanya semua makanan yang terlebih, aku kena rembat. Tak boleh membazir beb. Lepas makan mestilah mengantuk! Selalunya aku terlelap depan TV tak sampai 30 minit lepas aku makan.
  • Niat nak naikkan motivasi pekerja. Semalam aku dapat feedback dari pekerja lain yang diaorang memang tertunggu-tunggu waktu untuk bermain sebelah petangnya. Diaorang akan pastikan mesin fixed properly before 5.35pm. Lepas tu diaorang main takraw sampai jam 7 petang. After that diaorang akan sambung tengok machine to prepare for night humanless working hours.
  • Aku jugak nak naikkan attendance rate. Aku punya HR/Admin manager do nothing to improve the attendance rate. Apa taknya, tiap-tiap hari keluar entah pergi mana. Cakap dengan orang pun terketar-ketar. No leadership skill langsung. Pemikiran pulak kolot macam orang zaman batu! Aku rasa zaman Mesopotamia kot! Keh-keh-keh…
  • Aku nak berkawan dengan semua orang, sebab dengan orang department lain aku kurang bercakap sikit sebab aku ada dalam office almost all the time dealing with the customer and in house punya quality level.

InsyaAllah kalau takde aral, aku akan berbincang dengan MD pada hari Isnin ni untuk tentukan macam-mana nak main dan dalam masa yang sama tak bagi impact sangat kat production.

Point aku;

  • Aku dah nampak perpaduan
  • Aku tengok memang diaorang seronok, apa taknya main beb
  • Lagipun, walau takde game takraw, diaorang tetap lepak-lepak kat belakang masa OT
  • Diaorang lebih senang bawak berkomunikasi
  • Diaorang nampak bersemangat bekerja
  • Diaorang ada topik yang sihat untuk digelakkan
  • I want to pull them in to be better.

Aku dapat tahu dari sumber-sumber yang mengatakan bahawa ada technician yang curik material and do drugs kat tempat kerja. Kalau boleh aku try nak elakkan sebarang masalah berlaku antara undang-undang polis dan pekerja dalam ni.

Lagipun, salah seorang dari mastermind yang buat kerja yang tak berapa baik ni, dia dah kahwin dan ada 4 orang anak plus one expecting. Isteri dia pulak kerja dalam department aku. Aku kesian jugak tengok isteri dia ni. Baik orangnya dan kerja tak berhenti-henti.

Harap-harap aku dapat keputusan yang baik untuk kali ni. InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: