Sepak Takraw

26-Januari-2011

Isnin baru ni 24-Jan, hari pertama kat company aku ada takraw. Aku utarakan cadangan ni Jumaat lepas 14-Jan pada pekerja lelaki yang lain. Sorang yang jaga maintenance dengan kerjasama sorang lagi technician buatkan line court takraw pada Sabtu lepas. Ahad tu, aku belikan bola takraw jenama Marathon dan jaring.

Hari pertama tu adalah dalam 8 orang yang turun. Pakai baju kerja je, ada yang terkoyak seluar dari zip depan hingga ke belakang. Ada yang balik rumah ambil kasut dan ada yang main dengan selipar aje. Dapatlah main dalam 6-7 set.

Hari semalam adalah hari kedua, kali ni lagi ramai, aku ingat adalah dalam 12 orang. Mula-mula tu ingat nak main takraw bulat aje, tapi naik minyak pulak nak main set. Naikkan net, ada sorang mat tu pergi tarik net kuat-kuat, habis koyak. Nampaknya aku kena beli net yang lagi bagus. Net yang aku beli tu pun harganya dah RM45. Kena invest lagi kot.

Semalam aku mintak kat aku punya MD untuk sponsor meja ping-pong. Mula tu aku mintak dia sponsor separuh, separuh lagi aku nak letak duit aku sendiri. Dia tanya berapa? Aku kata dalam RM600, mula tu dia tanya kenapa murah sangat? Aku kata memang tulah lebih kurang harganya. Itupun meja yang ada kelas punya.

MD aku cakap, takpe, company sponsor, tapi kenalah jaga kebajikan meja ping-pong tu. Cuma dia mintak tangguh sebab sekarang ni order dari customer agak kurang. Bulan March nanti akan naik mengila.

Pagi ni pulak, aku bangun tepat jam 5.10 pagi. Buku lali kanan aku sakit sebab main takraw. Aku pun tak tahu kenapa kalau aku timbang sila, mesti kena kat buku lali, kena adjust sikit ni supaya kena kat tepi kasut. Kaki kiri pulak tak berapa nak idup. Setakat ketuk kuda tu boleh le 2-3 kali.

Sekarang ni aku selalu bangun dalam jam 5 pagi tanpa deringan alarm. Tu tandanya umur dah meningkat naik!

Seperti biasa, aku mandi, solat Isya’, minum sarapan biasa aku dan terus ke tempat kerja naik skuter putih aku tu. Cuma pagi ni aku bungkus barang yang customer aku order. Yang kali ni aku bungkus sendiri sebab ada satu barang tu out of stock masa aku buat order kat dealer yang aku selalu beli.

Rehat makan tengahari nanti aku nak pergi pos kat Pejabat Pos dalam Tesco. Jarak dari tempat kerja aku dalam 6-7 km.

Aku punch card aku hari ni jam 7.59 pagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: