Pinjaman Bank Rakyat

21-Januari-2011

Aku dalam usaha untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari Bank Rakyat. Semalam aku dah submit dokumen pada agen yang akan tolong adjust. Aku pinjam RM200K. Agen nak ambil 10%, Bank Rakyat ambil 5%. Jadi kalau dapat, aku akan terima RM170K dalam minggu depan, sebelum raya Cina.

Aku plan nak guna duit ni untuk;

  • Bayar hutang lapok, banyak jugak, HSBC, Citibank, RHB, BSN, Tekun, Nationwide Ekspress, Utusan Malaysia, Public Bank, Mbf Card, TM, Maxis, UMobile.
  • Nak beli kereta baru sambil tu nak jual KIA dan Savvy aku tu.
  • Nak pindah rumah, sewa buat masa ni
  • Nak tanam modal untuk perniagaan serunding
  • Nak beli TV baru
  • Nak masuk Astro Byond
  • Nak belikan PS3 untuk anak aku dan TV untuk game dia
  • Nak bawa keluarga isteri aku pergi bercuti

Aku plan jugak untuk simpan beberapa ribu RM dalam ASB dan labur dalam Public Mutual. Aku dengar dari kawan aku, tahun 2010 diaorang bayar 17% keuntungan. Macam tak percaya, need to check and clarify.

Apa-apa pun aku terpaksa tunggu dalam minggu depan keputusannya. Dalam masa yang sama, aku dan kawan aku akan cuba untuk memohon kepada Allah semoga Mat yang tolong forwardkan aku punya permohonan ni akan minta komisen diaorang sedikit. Aku rasa dalam 5% tu logik lagi ler, itupun dah capai RM10,000.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: