Rumah Baru

19-Januari-2011

Pagi ni aku dibangunkan oleh alarm Nokia aku tepat jam 5 pagi. Snooze sekali dalam 10 minit, bila bunyi kali kedua, aku bingkas bangun. Laksanakan tugas aku di bilik mandi dan terus tunaikan solat Isya’.

Nampaknya aku kena berubah. Aku plan nak pindah ke rumah yang dekat dengan tempat kerja aku. Semalam aku ada singgah kat satu tapak perumahan baru yang tengah dalam pembinaan. Katanya akan siap pada Jun, 2011 ni. Harga rumah tengah RM313,000 dan ada satu rumah corner lot berharga RM421,000. Sebab aku ni bumiputera, aku akan dapat 7% off. Tapi kata salesman tu;

  • Corner lot tinggal satu, sebab orang yang book tu kena kanser, jadi tak boleh dapat loan
  • Unit untuk bumiputera tinggal dalam 5 buah je lagi

Aku tanya kalau aku buat loan dalam 30 tahun, berapa aku kena bayar tiap-tiap bulan, katanya dalam RM1,300 lah. Alamak lari budget pulak aku nanti. Dah ler sekarang ni cost of living very high!

Keluarga aku kalau dalam sebulan tu kena adalah dalam RM2,500 baru selesa. Dah dekat 5 tahun rasanya aku ni dikejar hutang. Silap aku jugak sebab aku tak menyimpan masa aku ada duit dulu.

Nampaknya aku kena buat budget elok-elok sebab kali ni aku nak aku punya kehidupan in budget dan ada simpanan. Lagipun aku punya salary sekarang ni dah kira tinggi untuk seorang yang berkelulusan diploma Jepun, umur baru 33 tahun. 2 bulan lagi aku akan menjangkau 34 tahun!

Perubahan mesti dilakukan segera, tetapi aku jangkakan yang aku akan jadi lebih stabil dalam 3 tahun lagi. Semoga tahun 2011 ni aku dapat bonus banyak. Kalau dapat 3 bulan, at least aku ada 20K tambahan.

Selepas aku sarapan, aku terus bersiap untuk ke pejabat. Hari ni macam biasa, anak aku pun bangun awal sebelum aku bertolak. Sempat aku tengok ragam dia yang buat aku dan isteri terhibur. Anak aku ni memang bijak.

Aku bawak laju sikit hari ni, average speed adalah dalam 100km/j. Sambil mengunakan helmet baru SOL, aku beli semalam masa aku ke kedai motor yang biasa aku pergi. RM195. Boleh tahan jugak sebab saiznya XL. Rupanya, helmet ni, cengkerangnya standard, yang bezakan saiz dia adalah span yang kat dalam tu. Helmet kali ni, spannya boleh dicabut dan dicuci.

Masa aku menunggang skuter aku, terasa angin kat rambut mengalir dari air intake hole hingga ke outlet kat belakang kepala. Memang cantik jugak helmet aku kali ni. Cuma bunyi deruan angin tu masih kuat lagi. Mungkin aku kena sumbat MP3 earphone yang ada noise cancellation system tu. Macam ear plug jugak.

Aku punch card aku tepat jam 7.54am.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: