Tertinggal Wallet

18-Januari-2011

Semalam aku tertinggal wallet kat dalam laci pejabat. Aku sedar masa dah half way perjalanan balik ke rumah. Time about 7pm. Minyak skuter pulak tinggal satu bar. Seluk poket, duit ada dalam RM2.10. Alamak…

Aku teruskan perjalanan, tapi speed tak melebihi 80km/j, nak selamatkan minyak. Teringat aku masa kecik dulu, aku membonceng motor yang dibawa oleh abang aku yang nombor 2. Tiba-tiba ada sebijik motor memotong laju, motor tu dipandu seorang perempuan dan dibonceng oleh perempuan jugak. Orang kampung aku.

Tiba kat depan sikit, tengok diaorang dah stop kat bahu jalan. Minyak habis rupanya! Abang aku berhenti dan buka paip minyak motor dan masukkan minyak dalam motor diaorang.

Itu ler, patutnya kalau minyak dah nak abis, kita pandu slow, barulah pengunaan minyak tu efisyen dan kita boleh pergi lebih jauh berbanding kalau kita speed laju-laju.

Aku pit-stop kat stesen minyak Shell dan masukkan RM2 worth of RON95 petrol. Teruskan perjalanan, tapi masih slow running at 70-80km/h.

Akhirnya aku tiba kat rumah sebelum jam 8.00 malam. Alhamdulillah.

Pengajarannya;

  • Check dulu kelengkapan sebelum take-off from one place to another place
  • Tinggalkan sedikit duit dalam bonet skuter! Untuk kecemasan.

Hari ni aku punch card jam 8.05 am. Semalam 8.04 am. Aku keluar rumah dalam jam 7.00am.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: