Air Zam-Zam

17-Januari-2011

Pagi ni aku set alarm handphone aku pada jam 5.00 pagi. Berbunyi dan aku dah bangun, tapi aku tidur balik. Sedar-sedar dah pukul 6.05 pagi. Aku bingkas bangun, mandi pagi dan Solat Subuh. Alhamdulillah solat hari ni rasanya sangat tenang.

Lepas solat aku terus buat sarapan pagi aku sendiri. Minum sarapan dan aku ajar isteri aku ilmu baru yang aku dapat semalam. Cara untuk minum air zam-zam.

  • Mula-mula baca Al-Fatihah sambil pegang gelas air zam-zam kat tangan kanan, tapi jangan Amin kan.
  • Lepas tu niatlah, Wahai Nabi Haidir, dengan berkat air zam-zam ini, semoga keburukan akan pergi dan kebaikan serta rahmat akan datang ke atas diriku.
  • Lepas tu baca Bismillah, teguk sekali
  • Lepas tu sebut Alhamdulillah
  • Baca Bismillah sekali lagi, teguk untuk kali kedua
  • Lepas tu sebut Alhamdulillah
  • Baca Bismillah, teguk untuk kali ketiga sampai habis
  • Lepas tu sebut Alhamdulillah
  • Kesemua perlakuan di atas dilakukan dengan dada kita mengadap kiblat

InsyaAllah aku akan provide air zam-zam ini untuk keluarga aku dan aku akan cuba berikan mereka setiap hari. Semoga dengan izin Allah, air zam-zam ini akan berikan keberkatan, perlindungan dan kekuatan kepada aku dan peminum-peminumnya.

Selesai urusan aku kat rumah, aku terus ke company. Hari ni aku naik kereta company. Minggu lepas, Khamis-Sabtu aku outstation ke Kedah. Sempat juga aku ke Padang Besar untuk beli Toto 2 keping, beg tangan untuk isteri aku, dan 2 set baju bolasepak EPL untuk anak aku. Satu Manchester City dan dia minta Tottenham Hotspurs, tapi takde, jadi aku belikan AC Milan. Semua happy.

Aku pergi dengan 2 orang bawah aku, sebab tengah bulan, aku hadiahkan seorang RM50 untuk diaorang belanjakan.

Semoga rezeki aku melimpah ruah supaya dapat aku hadiahkan pada orang lain.

Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: