Serunding

10-Januari-2011

Hari ni macam biasa, aku bangun dalam pukul 5 pagi tetapi aku saje-saje baring-baring untuk menghilangkan penat menghadapi minggu lepas. Semalam aku ke Melaka, ada perbincangan sikit untuk setup perniagaan serunding online. Jumpa pembekal ikan, tukang masak dan tukang buat mesin. Aku pula pegang role untuk pemasaran.

Bagi aku, pemasaran ni subjektif. Tak macam role yang lain. Diaorang boleh dapat results A and B. Tapi aku mungkin akan dapat A, B, C, D atau Z bergantung kepada usaha pemasaran dan teknik yang aku jalankan nanti.

Ada juga perbincangan tentang untuk memasukkan pengawet makanan untuk pastikan serunding tu tak rosak bila disimpan oleh pelanggan nanti.

Aku nak setup bisnes ni 100% online. InsyaAllah, jangkaan aku online business akan jadi macam bisnes yang big 3-5 tahun dari sekarang. Jadi kalau kita dah letakkan empayar kita awal-awal, InsyaAllah kita akan berjaya.

Well, minggu depan aku akan ke sana lagi untuk observe proses penyediaan bahan mentah sehinggalah jadi serunding tu. Masa telah ditetapkan pada Ahad, 8.30 pagi. Aku kena bergerak dari rumah aku dalam jam 7.00 pagi.

Pagi ni, on the way ke tempat kerja, aku singgah kat Petronas berhampiran dengan rumah aku untuk masukkan duit ke akaun Maybank aku. Lepas tu aku transfer ke akaun pekerja aku. Mak dia meninggal dunia minggu lepas. So, aku yang dipertanggungjawabkan untuk menyerahkan wang hadiah dari semua pekerja. Aku hadiahkan dia RM100. Jumlah besar: RM306.20. Aku transfer RM307.

Lepas tu aku transfer pulak RM360 ke dalam akaun Maybank Current aku untuk post dated check yang aku bagi kat Citibank tahun lepas. Aku pun dah tak ingat sampai bila post dated check ni. Yang aku ingat, aku ada keluarkan 6 keping.

Habis kerja kat ATM Maybank tu, aku speed aku punya skuter terus ke tempat kerja. Masa tu, jam kat panel Skuter dah tunjuk pukul 7.18 pagi. Agak dah lewat.

Akhirnya aku sampai ke tempat kerja, punch aku punya card pukul 8.00 am.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: