Hari Terakhir 2010

31-December-2010

Hari ni cuti. Mula-mula memang company bagi cuti panjang. 4 hari in total. Jumaat-Isnin. Nak dijadikan cerita, Malaysia menang AFF Suzuki Cup. Macam Asean football tournament lah. First leg main kat Bukit Jalil. Penuh muka penjaga gol Indonesia dengan pancaran laser warna hijau. Dengar cerita, Indonesia buat dulu kat pemain Malaysia masa peringkat kumpulan. Masa peringkat kumpulan Malaysia kena bedal 1-5 di Stadium Bung Karno. So, penyokong Malaysia, membalas dendam.

First leg Final, Malaysia menang 3-0. Main second leg kat Indonesia, Malaysia kalah 1-2. Jadi menanglah secara agregat. Lalu dengan bangganya, Perdana Menteri-Datuk Najib isytiharkan CUTI UMUM pada 31-Dec-2010 ni. Ingatkan company nak carry forward, rupanya tidak.

Aku ambil kesempatan ni untuk pergi lengkapkan pembelian skuter SYM VTS200 aku tu. Aku pergi ke kedai motor jam 9.30am untuk;

  • Pasang alarm baru
  • Pasang lampu aksesori LED biru
  • Pasang double signal
  • Pasang horn baru (bunyi macam horn lori)
  • Check bunyi kurang menyenangkan kat belting system

Alarm Set  Double Signal Amp

Belting  Belting 2

Horn Baru  Horn Lama

Cover Depan Opened  Front Wiring

Lama gak aku tunggu kali ni. Boleh dikatakan aku sampai kat kedai dia dalam jam 9.45am. Diaorang buat skuter aku tanpa henti sehingga dalam jam 2.30pm. Tak sempat sembahyang Jumaat daa…No good!

Lepas skuter aku siap, aku pergi ke Kentucky Fried Chicken beli makanan tengahari untuk anak dan isteri aku. Anak aku yang minta burger yang bila makan boleh buat kereta loncat-loncat! Inilah pengaruh iklan kat TV.

kfc

Hari cuti gone like a wind!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: