Nombor Ekor

30-December-2010

Hari ini adalah hari bekerja yang terakhir untuk tahun 2010. Aku macam biasa, terbangun dalam jam 3.45am, pergi bilik air, lepas tu aku baring kat sofa di ruang tamu sambil tengok live bolasepak liga Inggeris (EPL). Pasukan favourite aku sejak dari kecil lagi Liverpool kalah 1-0. Tahun ni tak berapa nak menjadi pulak pasukan yang aku sokong ni. Yang kuat tahun ni Manchester United dan Chelsea.

liverpool-football-club

Aku tertidur kejap dan sedar dalam jam 6.15am. Terus mandi dan sembahyang Subuh. Kebelakangan ni aku rasa macam malas betul nak sembahyang dan jualan perniagaan internet aku merosot teruk. Biasanya hujung bulan macam ni at least aku boleh dapat dalam RM1,000 macam tu. But, tak berapa nak menjadi.

Ada orang call and promise to make the payment, but, nothing. Aku rasa mungkin ada gangguan sikit kot. InsyaAllah aku akan cuba dapatkan rawatan dalam masa yang terdekat ni.

Semalam aku pergi melawat kawan lama aku yang bekerja di Shah Alam. Sempat jugak sorang anak dara ni bermanja-manja pulak dengan aku. Aku ke Econsave bersama kawan aku ni sebab dia baru tukar Casing Nokia dia. Didapati bahawa casing baru tu takde lubang untuk microphone dia. So, bila aku telefon, aku dengar suara dia macam jauh sangat.

nokia

Lepas siap buat lubang kat casing handphone dia, kitaorang pergi ke Kedai Janda untuk menikmati Nasi Lemak Kampung. Aku pekena nasi lemak telur mata, roti bom dan air carrot susu ais. Sedap gak.

Borak punya borak, keluar gak cerita pasal Personal Loan. Ada sorang mat ni, located in Klang, boleh adjust untuk dapatkan personal loan dengan bank rakyat tanpa perlu jadi panel. Rasuahlah ni. Aku memang memerlukan duit untuk tutup hutang yang makin meruncing sekarang ni. Tiap-tiap bulan dapat surat peguam tuntut hutang beb!

Maxis, HSBC, Citibank, Nationwide Express, Tekun, Utusan, Maintenance Fee apartment aku dan aku tak berapa recall lagi apa yang tersangkut. Aku plan nak pinjam dalam RM200,000. Bulan-bulan punya instalment dalam RM2,000 je. Dengan gaji aku sekarang ni, aku boleh ada balance RM4,000 sebab dengan RM200,000 tu aku boleh tutup semua hutang aku.

Yang tak bestnya, upah untuk dapatkan loan tu is about 15-20% from loan amount. Kalau RM200,000 maknanya aku kena bayar dia RM40,000 max! Giler beb, Myvi sebijik tu! Anyway, negotiable. Try tengok macam mana.

Pagi tadi masa aku tengah panaskan enjin skuter aku, sorang pak guard India yang jaga apartment aku sekarang ni datang dan tegur skuter aku. Aku cakap skuter tu terpakai punya. Dia kata aku punya nombor plate naik Toto first prize 28-Dec baru ni. Tapi in reverse order lah. Giler nombor betullah diaorang ni!

Hari ni aku sampai company dan punch card 7.53am.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: