Peristiwa Penting

28-December-2010

Banyak yang berlaku dari minggu lepas hingga ke semalam. Aku pulak tak sempat nak update aku punya dianet (diari internet) aku ni. Antaranya;

24-Dec : Aku dapat Skuter idaman aku SYM VTS200. Skuter ni aku beli second hand. Harganya RM6,500. Down payment RM3,000. Aku bayar 20-Dec hari tu RM2,000 dan janji nak bayar lebihan RM1,000 pada 31-Jan-2011 nanti. Harap aku dapat bonus. Aku ambil skuter ni dalam jam 10 pagi.

SYM First Meter 

VTS200

Aku bawak sekali Superbike EX5 aku untuk kali terakhir. Sempat ambil gambar kenangan lagi selepas aku cuci dia untuk kali terakhir. Sedih jugak. Tapi life goes on.

EX5-1  EX5-2

EX5-3 EX5-4 

EX5-5  EX5-6

EX5-7  EX5-8

Lepas tu aku terus take-off pergi ke tempat kerja. Sempat singgah kat rumah untuk tunjuk skuter baru ni kepada isteri dan anak aku. Lepas tu aku pit-stop kat Shell untuk isi minyak V-Power 97 sebanyak RM27! Kosong hingga penuh. RON97 harganya RM2.30 seliter. Saja isi minyak V-Power ni, RON95 harganya RM1.90. Baru naik.

Sampai kat company, aku pergi jumpa MD dan maklumkan dia aku punya skuter dah sampai. Dia turun dan try skuter aku keliling kilang dalam 2 round. He looks happy and I am proud jugaklah sebab dia ni bukan senang nak kawan dengan orang.

25-Dec : Aku balik kampung naik skuter. Memang seronok sebab aku tak perlu bayar tol dan tak terlibat dengan traffic jam. Aku buat pit stop 2 kali di lebuh raya. Sekali kat Petronas Kawasan Rehat Bentong dan sekali kat Kawasan Rehat Lanchang. Masuk bandar Temerloh, aku sempat ambil gambar Sungai Pahang. Cantik.

Skuter  Temerloh

Lepas tu aku beli peralatan untuk menjahit kat kedai jual pelbagai jenis mesin dan alat jahitan. Respect jugak kat peniaga Melayu ni. Kedai dia ada 2 lot and lots of jahitan punya aksesori.

On the way dari Temerloh tu, skuter aku macam tak nak pergi ke depan, enjin tersekat-sekat. Aku turun tengok, ces, aku punya fender depan tanggal skrunya. Habis cair fender tu tergesel dengan tayar.

Kebetulan pulak, atas tanah tu ada 2 wayar elektrik. Satu merah, satu putih. Aku ikatlah fender tu dan terus ke kedai motor yang terletak hampir 20km dari tempat fender tu tanggal.

26-Dec : Lepas menebas sikit-sikit, aku tak menebas pun, sebab abang aku yang ada mesin rumput ghost buster tu. Dia yang lanyak hutan-hutan keliling rumah pusaka ibu dan ayah aku tu. Aku bertolak balik ke rumah aku. Of course aku naik motor. Kali ni bawak slow sikit. Sampai dekat kawasan rumah aku, aku pergi gunting rambut kejap. Selesai gunting rambut, aku terus naik rumah. Time tu dah pukul 12.20 tengahari.

Bakar Sampah

27-Dec : Hari ni kerjalah. Aku naik skuter untuk kali ke-2 ke tempat kerja. Nothing special, cuma aku sibuk jugak especially aku tengah design T-Shirt untuk surprise MD aku masa dia announce bonus tahun ni.

Habis kerja hari ni, aku terus ke Plaza Alam Sentral untuk print T-Shirt tu. Sampai kat sana, tokeh kedai tu tengah duduk sorang-sorang dalam kedai dia. Macam tension je muka dia aku tengok. Sekali-sekala dia urut-urut dahi dia.

Aku pun tanya dia pasal print T-Shirt dengan teknik heat transfer. Dia tanya kenapa nak guna heat transfer? Aku cakap sebab ada gambar sebenar. Dia kata tak perlu heat transfer, dia ada mesin yang boleh print terus atas baju cotton.

Aku kat OK, cuma aku nak cepat. Dia kata designer takde, aku jawab, takpe aku designkan.

Settle semua tu, aku buat bayaran. Semuanya RM100 sehelai.

Masa tunggu T-Shirt tu siap, sempat jugak aku borak dengan 2 orang perempuan yang datang kedai tu tanya nak buat T-Shirt. Sehelai tulis LO, dan sehelai lagi VE. LOVE lah tu. Dia nak design tapi tak reti, aku kata, aku designkan, dia minta nombor telefon aku, tapi aku bagi alamat Gmail aku je. Dia dari MSU (Management and Science University)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: