Bonus 2010

29-December-2010

Hari ni MD aku buat announcement untuk bonus tahun 2010. Meeting semua staff starts at 9.30am. MD masuk dan dia terus sampaikan tentang bonus. Straight forward, paling banyak 1.8 months. Paling kurang 0. Mana yang attendance macam kucing beranak sepuluh tu, nampaknya takde bonus.

Semua staff senyap aje. Ada jugak yang cakap-cakap kat belakang. Mesti ada yang terima seadanya dan mesti ada yang tak puas hati. Biasalah manusia ni. Aku rasa macam berdebar-debar je sebab aku ada part kena bagi hadiah kat MD aku ni.

Lepas dia habis cakap, aku potong dan berikan hadiah pada MD. Dia tanya untuk apa? Long service? Aku kat ya, for 16 years! Semua orang gelak.

Aku bagi dia dan mintak MD aku bukak gift tu. Dia kata “Hasugashina!” Malu katanya!

Ada staff yang tepuk dan ada yang terpinga-pinga. Kali ni aku hadiahkan dia T-Shirt dan Gambar A4 siap dengan frame. Atas T-shirt dan gambar tu ada gambar semua staff dan nama diaorang sekali. Termasuklah nama dan gambar aku. Hope he likes it.

Settle open meeting tu, MD start panggil sorang-sorang. Bagi sliplah tu.

Bila tiba time aku, ringkas aje ucapannya. “Rainen Gambatte Kure”…maknanya tahun depan usahalah bersungguh-sungguh.

Aku tengok slip, aku dapat 0.5 month. MD kata sebab aku masuk bulan 7. Diaorang punya period adalah dari bulan 11 hingga  bulan 10 tahun seterusnya. Dia kata next year mesti OK punya aku punya bonus. Anyway, Alhamdulillah. Siapa nak bagi beb!

Slip Bonus

EPF-RM348, Cukai-RM597.35. Entah macam mana diaorang kira cukai aku tu. Aku rasa cukai akan terlebih bayar sebab tahun ni, aku kerja bulan 4 sampai bulan 12 je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: