Skuter SYM

21-Disember-2010

Hari ni aku datang company naik kereta company. Semalam dalam jam 3 petang, aku hantar customer yang datang audit ke hotel dia di Sri Petaling. Masa keluar tu hujan agak lebat. Traffic jam dekat dengan NKVE. Aku tiba kat hotel dalam jam 4.00 petang. Janji dengan customer tu untuk makan malam bersama pada jam 6 petang.

Aku minta dia ajak sorang lagi kawan dia yang datang bersama tapi audit factory lain untuk dia joint sekali. Customer yang aku bawa tu perempuan dan kawan dia pula lelaki. Aku memang selalu juga bercakap dengan yang lelaki tu, tetapi tak sempat sangat bersosial dengan dia.

Lepas hantar dia check-in hotel, aku ambil peluang 1 jam tu untuk ke kedai motor. Aku sebenarnya dalam proses untuk beli SYM VTS200 (skuter) terpakai yang harganya RM6,500. Harga baru OTR dekat RM11,000 tu. Yang syoknya skuter ni, warnanya putih.

VTS200

Dalam market takde warna ni. Yang ada hitam, biru dan silver sahaja. Yang putih ni biasanya EVO250i punya skuter. Harga RM18,000.

EVO250i

Aku letak down payment RM3,000. Semalam aku bayar RM2,000 dan janji dengan tokeh kedai tu untuk letak RM1,000 lagi hujung bulan satu tahun depan. Harap-harap ada bonus tahun ni…

Aku borak-borak kejap dengan tokeh tu dan mintak dia check akaun aku untuk Superbike EX5 yang aku naik sekarang ni. Tiba-tiba tengok ada 3 bulan tunggakan! Katanya bulan 11 aku tak bayar lagi. Cess…yang aku ingat aku bayar tiap-tiap bulan. Mustahil pulak aku boleh lupa sampai 3 kali. Aku pulak tak simpan sangat resit yang diaorang bagi. Anyway, aku dah jumpa resit bulan 11 punya. Bayaran telah dibuat pada 17-November-2010 sebanyak RM163. Harap diaorang simpan copy resit aku ni.

Pengajaran! Simpan Resit Bayaran Anda!

Lepas settle tu, aku terus ke kawasan berhampiran dengan hotel tempat customer tadi bermalam. Kita orang pegi makan makanan Jepun ala-buffet. Aku makan banyak jugak sampai perut rasa macam merening! Tak bagus untuk diet aku!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: