Rawatan Islam Darul Syifa

Aku tak berapa ingat sangat bila dan insan yang ke berapa aku jumpa, aku ke Darul Syifa di Bandar Baru Bangi untuk merawat “penyakit” aku ni. Masa aku pergi tu rasanya hari orang bekerja dan sudah tentu bukan hari Selasa. Sebab hari Selasa, Tuan Guru Dato’ Harun Din yang merawat pesakit.

DarulSyifa

Mula-mula sampai, aku tengok ramai orang yang menunggu. Ada satu ruang yang disediakan oleh pihak Darul Syifa untuk pengunjung yang datang. Suasana agak senyap dan aku lihat boleh dikatakan semua orang memegang botol air yang berisi air kosong. Aku pergi tanpa bawa apa-apa. Dan di sana mereka ada jual air mineral, tak silap aku air Gau.

Aku pun pergilah beli sebotol.

Untuk dapatkan rawatan, aku kena isikan nama, alamat dan “penyakit” dalam buku pendaftaran diaorang. Aku tulis “gangguan” sahaja sebab aku tengok itu yang orang lain tulis. Yang aku perasan, rasa seperti dipegang pada leher aku ni dah macam dilepaskan pulak. Hairan jugak aku, sebab masa aku drive tadi rasa macam kena cekik je leher aku ni.

Entahlah, mungkin “penganggu” ni takut kot. Wallah hualam.

Agak lama jugak aku tunggu. Sambil tu sempat jugak aku beli buku yang bertajuk “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit”.  Harganya RM15 kalau aku tak silap. Baca punya baca, sampailah ke giliran aku.

BukuIkhtiar_Edisi2

Aku diserahkan kepada seorang uztaz yang nampak agak muda dan wajahnya seakan penyampai radio Halim Osman. Aku duduk kat depan dia (atas kerusi) dan dia bertanya apa masalah. Aku ceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku pada diri aku dan yang paling aku tekankan ialah pada leher aku yang rasa macam kena pegang ni.

Uztaz tu kemudiannya membacakan ayat-ayat Al-Quran yang aku biasa dengar. Lepas beberapa bacaan, dia kata aku ada sedikit gangguan. Aku sebenarnya pada masa ni masih lagi tak percaya yang dugaan ni menimpa diri aku. Fikiran aku masih lagi melayang-layang. Uztaz tu tepuk belakang aku beberapa kali sambil membacakan beberapa ayat. Dan last sekali dia macam membuang sesuatu dari leher aku.

Dia mintak aku bukakan air yang aku bawak. Dia cakap, kenapa bawak air sikit sangat? Dalam hati aku….manalah aku tau…

Lepas tu dia bacakan beberapa ayat pada air tu dan tiup pada mulut botol tu beberapa kali. Uztaz tu minta aku mandi dengan air yang sudah dirukyah tu.

Lepas aku ucapkan terima kasih pada uztaz tu, aku sempat masukkan sedikit wang ke dalam tabung yang ada kat ruang menunggu. Darul Syifa ni tak menuntut sebarang bayaran.

Aku terus pulang ke rumah dan senja tu aku mandi seperti yang disarankan. Tiada apa-apa perubahan drastik yang berlaku. Mungkin cuma perasaan aku sahaja, aku rasa macam penat sikit malam tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: