Kutip Tin Minuman

15-December-2010

Pagi ni macam biasa aku bangun jam 5.00 pagi walaupun aku tidur lambat semalam. Aku tidur dalam pukul 12.15 pagi kot. Semalam aku balik lambat sikit dari tempat kerja sebab ada barang yang nak kena keluar urgent dan aku kena tunggu untuk pastikan barang keluar dan yang dihantar melalui syarikat kurier Isnin baru ni sampai ke pelanggan. Memang masalah sikit syarikat kurier kat Malaysia ni.

Seingat aku masa kat Jepun dulu, tak pernah pulak ada masalah penghantaran kurier yang lambat di sana. Kat Malaysia ni dah jadi macam kebiasaan dah pulak. Kalaulah aku ada modal banyak, aku nak jugak bukak rangkaian kurier seluruh Malaysia dan berikan perkhidmatan yang terbaik. Nak buktikan pada pengusaha syarikat lain yang sebenarnya “Kalau Nak Semua Boleh Jadi”.

AluminumCan

Aku naik kereta ke tempat kerja, sebab malam ni DHL ada buat Customer Appreciation Dinner untuk pelanggan-pelanggan diaorang. Dengar kata kilang aku guna RM20,000 worth of courier charges per month. Diaorang buat dinner ni di The Gardens MidValley.

Masa aku memandu dan tiba kat satu traffic light, aku ternampak seorang insan ni tengah berdiri dalam longkang. Motor dia Wave 100 ditongkatkan di bahu jalan. Aku ingatkan dia ni tergolek dalam longkang, nak gak tolong. Tapi bila aku amati, dia tengah kutip tin minuman rupanya. Aku try scan dia punya kedudukan ekonomi, aku tengok baju hujan yang dia pakai jenama Givi (baru lagi), motornya nampak baru lagi, helmet dia sederhana, takdelah sampai span dalam helmet tu diganti dengan surat khabar.

“Jangan Judge Buku dari Kulitnya”

Aku punya first impression, dia tak perlu kutip tu semua untuk duit tambahan. Tapi, itulah realitinya, hidup sekarang dah tak macam dulu. Kita kena berusaha lebih lagi. Pelabur asing dah mula angkat kaki. Kedudukan ekonomi dah tak menentu. Harga barang dah makin naik. Kos sara hidup dah mahal.

Ini terbukti dengan meningkatnya bilangan keluarga yang ibu dan bapanya mereka bekerja. Dulu mungkin ramai wanita yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa, tapi sekarang ibu-ibu ini terpaksa bekerja untuk menampung tuntutan kewangan keluarga.

Aku tak rasa keadaan akan kembali kepada zaman dahulu.

Anyway, life goes on. Aku dan keluarga aku terpaksa meneruskan perjuangan di alam dunia yang sementara ni. Semoga Allah berikan rezeki yang melimpah ruah kepada keluarga aku dan semua insan di luar sana.

Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: