Customer Audit

14-December-2010

Hari ni aku bangun pukul 5.00 pagi. Masih lagi dengan khidmat Nokia aku yang akan berbunyi alarmnya tepat jam 5.00 pagi. Lepas bangun, aku teguk secawan air dan terus ke bilik air. Hari ni aku tak senaman pagi, sebab aku selang-selang sehari senaman aku agar tak cedera. Agaknya ler….tapi aku senaman jalan laju atas treadmill aje. Aku biasanya senaman lebih kurang 35 minit untuk membakar 100 kalori.

Aku buat ni untuk mengurangkan berat badan aku yang dah mencecah 95kg sekarang ni. Perut dah start boroi. Hari ni jugak aku nak cuba untuk mengantikan makan malam aku dengan minuman kesihatan yang aku dah amalkan hampir 4 tahun lebih ni.

Lepas mandi pagi, aku sembahyang Isya’ dan terus mengadap komputer riba aku untuk buat risalah. Risalah ni aku plan nak print dan buatkan ia seperti buku. Buku ni pula aku nak hadiahkan kepada pelanggan online aku. Kenalah buat cantik.

Bukan apa, buku ni sebenarnya hasil dari buku yang diterbitkan oleh syarikat yang supply produk yang aku tengah jual online sekarang. Cuma supplynya kadang-kadang tak konsisten. Baru-baru ni aku nak beli, diaorang kata out of stock. So, aku ambil keputusan untuk garap kandungannya dan buat versi aku sendiri. Lagipun aku tak jual. Aku cuma berikan kepada pelanggan aku.

Tak banyak yang aku boleh siapkan. Tepat jam 6.30 pagi, selepas aku solat Subuh dan minum minuman kesihatan aku tu, aku terus bersiap untuk menunggang “kuda” aku ke tempat kerja.

Macam biasalah, cuma aku hari ni buat 2 pit stop. Satu untuk ke toilet dan satu untuk isi minyak. Aku isi minyak RM2.00 hari ni. Malas nak isi penuh-penuh, sebab kadang-kadang sampai melimpah!

Aku sampai kat company jam 8.00 pagi.

Hari ni ada customer audit. Diaorang ni datang dari Ipoh. Aku jadi person in charge. Macam biasalah. Nampaknya seharian aku kali ni akan hangus macam tu aje.

Pagi ni aku kena sediakan;

  • Process flow chart
  • Drawing
  • Company profile
  • Takdelah susah sangat sebab customer ni cuma beli 2 parts aje…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: