Hujan Dari Rumah

9-December-2010

Pagi ni aku bangun macam biasa dalam pukul 5 pagi hasil dari deringan alarm telefon Nokia aku. Tak rasa macam penat sangat, cuma mamai-mamai sikit. Aku minum segelas air kosong dan lepak kat bilik air dalam 10 minit sambil gosok gigi.

Keluar dari bilik air, jam kat atas meja aku bekerja part time tu tunjuk pukul 5.09am. Aku solat Isya’ dan terus menjalankan kerja aku untuk memproses pesanan pelanggan online aku. Aku try siapkan 31 buku panduan percuma untuk bakal pelanggan aku.

Chop-chop sikit, masukkan dalam sampul surat, gamkan dan dalam jam 5.40am, azan Subuh berkumandang. Aku stop kejap, masuk bilik air dan mandi pagi.

Lepas sembahyang Subuh, aku sambung balik siapkan buku panduan percuma tu. Alhamdullilah siap ke semuanya.

Pagi ni isteri aku yang siapkan minuman sarapan aku.

Aku ke tempat kerja dengan superbike aku yang baru aku servis 2 hari lepas. Bunyi motor aku semakin kuat. Mungkin dah masa untuk aku tukar yang baru. Harap-harap tahun ni aku dapat bonus dari syarikat aku sekarang ni.

Hujan turun start dari rumah aku lagi. Pagi ni agak sejuk jugak. Aku pakai baju hujan 2 lapis. Yang belah dalam Givi dan yang luarnya aku pakai Yamaha.

Tengah jalan, aku stop sekejap kat Petronas untuk ke bilik air. Aku sambung perjalanan dan sepanjang perjalanan hari ini, jalan agak basah. Aku try berhati-hati jugak….takut tergolek….sakit wooo…

Aku sampai kat pit stop ke-2 lebih kurang dalam jam 7.44am, aku biasanya sampai kat pit stop ni sebelum jam 7.30am. Pergi bilik air untuk kesekian kalinya, fill-up minyak motor aku RM2.00 dan speed terus ke tempat kerja. Keluar pit stop ni, jam dah tunjuk 7.50am.

Aku tiba kat tempat kerja aku pada jam 8.06am…..semoga esok lebih cepat sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: