Hari Keluarga

1-November-2010

Hari ni adalah hari pertama bulan 11 untuk tahun ni – 2010. Masa berjalan begitu pantas dan tahun ni tinggal 2 bulan lagi. Aku rasa sihir yang menganggu kehidupan aku dah makin tawar. InsyaAllah aku akan mula berniaga secara serius start bulan ni. Cuma yang menganggu aku sekarang ialah hutang dengan bank yang dah mula lambat 3-4 bulan. Itulah masalahnya. Ada 2-3 akaun yang aku dah re-structure dan dalam proses buat bayaran, tapi ada yang tersangkut. Harap-harap bulan 12 ni aku dapat bonus, kurang-kurang sebulan gaji. At least boleh cover yang terlambat tu.

Pagi ni aku macam biasa naik motor superbike pertama dalam Malaysia yang enjinnya 100cc! Pulas habis pun orang boleh potong senang-senang. Terutama sekali LC135. Pagi tak sesejuk pagi-pagi yang lain, mungkin sebab aku pakai jaket hujan cap Yamaha. Jaket ni jaket lama aku sebelum ni. Aku plan nak guna jaket ni dan Givi punya jaket aku buat 2nd layer kalau hujan lebat. Cuma sekarang ni aku tak tahu macam mana lagi nak cover kasut aku supaya tak dimasuki air. But yang yang aku pakai sebelum ni dah start rosak sebab selalu sangat kena hujan.

Semalam aku cuti, Sabtu kerja, jadi aku gunakan masa untuk buat sesuatu untuk diri aku dan keluarga. Paginya aku sarapan dengan isteri dan anak aku. Kami makan roti canai seorang 2 keping. Roti sekarang ni dah cecah harga 90 sen. Masa aku kecik dulu, iaitu 23 tahun yang lepas, harga roti canai 30 sen je.

Lepas makan pagi, aku ke Tesco untuk beli barang. Kali ni Tesco Ampang. Mula-mula nak ke Mid Valley, tapi dekat dengan persimpangan MRR2, bini aku cakap nak ke Tesco. Aku pun terus turn ke MRR2 dan menghala ke Tesco.

Sampai kat Tesco, anak aku nampak topi Arsenal, dia kata dia nak topi tu. Anak aku tak pernah mintak-mintak benda yang dijual. Kali ni dia mintak pulak. So, aku belikan. Harga RM19. Dia sikit punya seronok, terus pakai. Aku pulak seronok tengok dia seronok.

Jalan 10 meter, dia ternampak pulak patung Ultraman! Dia nak, aku kata kejap lagi kita beli. Kami masuk ke MPH, kedai buku. Beli novel tebal, kompilasi 3 novel best seller. Aku belikan untuk isteri aku. Aku takde mood nak beli buku baru.

Kemudian masuk ke Tesco, trolley pulak takde. Entahlah, Tesco ni tak ambil berat atau diaorang ada masalah kewangan. Aku harap diaorang improve. Jadi aku masuk ke Tesco beli sikit je barang. Rugilah Tesco kalau diaorang terus macam ni. Mungkin ramai yang akan pergi ke tempat lain selepas mengalami pengalaman buruk macam ni. Aku mula-mula memang niat nak beli banyak. Sebab takde trolley, aku beli sikit, itupun sampai kemik roti aku!

Lepas shopping sikit-sikit, kitaorang ke Pizza Hut untuk makan tengahari. Aku masih kekenyangan dengan roti canai pagi tadi. Order set no. 3. 2 gelas air Revive, 1 regular pizza Hawaiian Chicken, roti jejari 4 ketul dan 2 sup cendawan. Anak aku suka minum sup ni. Dekat-dekat nak abis makan, anak aku mintak nak patung ultraman dia. Kitaorang pergi ke kedai tadi tu, dan ambil 2 jenis ultraman. Satu biru dan satu merah. Harga RM14.90 satu! Kalau orang yang bergaji rendah ni dah tentu dia letak balik! Bagi aku, asalkan anak aku gembira dah OK. Aku akan cari duit untuk memenuhi keperluan dan keinginan aku dan keluarga aku, sambil tu boleh aku tolong orang lain ringankan beban mereka.

Kami sampai kat rumah dalam pukul 1.20 petang. Sebelum tu aku sempat singgah kat kedai akuarium untuk beli garam dan survey harga akuarium. 2 kaki punya akuarium, tepinya curve, dalam RM50. Aku rasa aku akan beli dalam masa terdekat sebab aku nak asingkan ikan baung yang sedang menghuni akuarium 4 kaki aku sekarang ni. Baung ni telah menyebabkan ikan koi aku mati. Lagipun ikan baung ni tak suka menunjukkan dirinya, ikan-ikan ni suka menyorokkan diri dibelakang pokok dan kayu hiasan dalam akuarium.

Kat rumah, aku meneruskan projek menukar air akuarium sedia ada dan menghias semula akuarium 2 kaki yang sebelum ni tak digunakan. Kerja selesai dalam pukul 3.30 petang.

Lepas tu aku tidur kejap untuk menempuh hari kerja……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: