Abu Mayat

Hari Isnin selepas aku renjiskan air jampi Pak Sheikh, aku kembali ke pejabat. Aku tengok ada banyak juga kesan-kesan habuk yang seakan-akan abu pada lantai pejabat aku. Aku teringat Pak Sheikh kata yang pejabat aku kena tabur dengan abu mayat.

Fikiran aku masa tu kosong. Aku tak tahu macam mana musuh aku boleh masuk ke pejabat dan lakukan perkara terkutuk tu hanya kerana dengkikan aku. Aku sampai sekarang tak boleh bayangkan macam-mana pelaku ni ada keberaniaan untuk masuk ke pejabat. Dah tentu dia masuk masa pejabat dibuka.

Mungkin masa aku tiada dan pekerja aku pergi rehat makan tengahari. Siapa sedar yang aku ni ada musuh dalam selimut. Aku rasa aku tak menyakitkan hati orang sebab aku ni bukanlah orang yang boleh kutuk orang depan-depan. Tapi aku tak syak sesiapalah. Yang penting aku nak sihat dan bisnes aku naik balik macam sebelum ni.

Aku minta pekerja aku sapukan abuk-abuk tu. Aku macam dah takde mood untuk meneruskan bisnes aku pada masa tu.

Selepas pada peristiwa debu dalam pejabat tu, aku sekali-sekala akan berhubung dengan Pak Sheikh, terutama sekali apabila aku rasa leher aku macam kena pegang. Beberapa lagi sesi rawatan telah aku lalui dengan Pak Sheikh.

Yang peliknya, ada sekali tu dia suruh aku datang seorang. Selalunya aku pergi dengan seseorang. Dia macam tak bagi aku pergi dengan orang ni. Untuk dimudahkan, aku namakan orang ni Sultan. Sultan nilah yang beria-ia memperkenalkan aku dengan Pak Sheikh.

Nak ke tempat Pak Sheikh ni agak mencabar sikit sebab tempatnya agak ceruk. Kalau dia suruh datang lepas Maghrib, maka aku rasa macam takut jugaklah sebab aku kena pergi seorang!

Kali ni Pak Sheikh bacakan ayat Quran yang agak panjang ke telinga belah kanan aku. Dia kata dugaan yang aku hadapi ni agak berat. Dia minta aku zikir La ila ha illallah Wahdahu Lasyarikalah, Lahul  mulqquwalahul Hamduyuhyi Wayumittu Wahuwa ala Kullisyai In Qadir sebanyak seratus kali pagi. Katanya InsyaAllah aku tidak akan ada gangguan pada hari tersebut.

Dia minta aku terus bersabar dan terus berusaha dalam perniagaan yang aku lakukan sekarang ni.

Aku cuba juga bertanya, siapa yang punya angkara. Dia kata orang yang buat tu adalah orang yang aku kenal dan agak rapat dengan aku.

Masalah jugak ni, sebab aku tak terlintas langsung sesiapa yang rapat dengan aku tetapi sanggup melakukan perkara syirik ni…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: