Brek Mengejut

7-September-2010

Hari ni dah masuk hari ke-28 puasa. Aku try tekad untuk meneruskan amalan Surah Al-Waqiah setiap kali selepas Subuh. Selain tu aku juga meneruskan Solat Sunat sebelum Subuh. Aku ada terbaca kelebihannya, tapi aku tak ingat sangat. Cuma, aku berusaha untuk menampal kelemahan solat aku dengan solat sunat. Semoga Allah menerima solat aku yang lemah ni.

Semalam, hujan sepanjang perjalanan balik dari kilang tempat kerja aku ke rumah. Aku tak boleh speed laju sangat, meter tunjuk kat 80km/j.

On the way, mula-mula aku kena brek mengejut sebab ada satu treller ni masuk sikit kat bahu jalan dekat dengan tol. Tayar aku mengelongsor. Yang aku boleh perasan, motor aku mengelongsor lurus, tak macam tayar aku sebelum ni yang menyebabkan motor aku susah nak dikawal.

Lepas tu, masa aku tengah mencelah traffic jam, ada sorang mamat ni masuk kat lane aku tak tengok belakang, aku dah horn dia, tapi dia masuk jugak. Brek mengejut sekali lagi dan tayar motor aku mengelongsor lurus, nasib baik aku tak langgar belakang motor dia. Lepas tu dia macam betul-betulkan dia punya side mirror. Kononnya dia tak nampak ler tadi tu…Cess…kurang-kurang angkat ler tangan tanda minta maaf.

Berdebar jugak aku masa tu, naik tekanan darah aku. Dah ler tengah darah tinggi ni.

Hari ni, bos aku panggil minta adjust orang supaya datang kerja sehari sebelum raya. Aku try adjust sorang minah ni yang kerja sebagai inspector, dia setuju dengan syarat dia cuti Rabu. Katanya ada hal peribadi. Aku suruh dia tulis borang dan back dated dia punya borang cuti, sebab kat sini cuti kena apply 3 hari sebelum, kalau tak kena potong RM30 elaun kedatangan.

Nampaknya, semuanya ok-ok kot.

Aku tak boleh nak datang sebab dah janji dengan bini aku nak balik Khamis ni…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: