Sylvester Stallone

1-September-2010

Hari ini adalah hari ulang bulan yang ke-2 aku bekerja di tempat baru. Belum diconfirmkan lagi, tapi aku rasa ok aje sebab aku tak pernah ponteng dan takde masalah sangat. 5 employers aku sebelum ni pun confirmkan aku punya position on time, tak pernah kena extend. Aku tak suka sangat cuti sebenarnya, kalau aku cuti pun, aku get weekend used as maximum as possible.

Pagi tadi aku terbaca satu buku motivasi yang aku beli 2 tahun dulu rasanya, ia berkata tentang matlamat dan pencapaian. Satu bab tu dia tulis sikit tentang Sylvester Stallone.

Sylvester Stalone

Mengikut buku tu, Sylvester Stallone berasal dari keluarga yang sangat miskin. Emak dia melahirkan dia di atas tangga sekolah dengan bantuan dari murid di sana. Disebabkan kelahirannya, ada masalah saraf pada muka dia menyebabkan dia tidak boleh bercakap dengan betul.

Kat sekolah, Sylvester Stallone selalu diejek oleh kawan-kawan dia sebab percakapannya yang tidak jelas dan nama dia macam nama watak kartun.

Bila dia dah dewasa, dia bercita-cita untuk jadi pelakon, dia mendaftarkan diri dia kat sekolah lakonan dan masa tu dia pergi uji bakat untuk jadi pelakon. Tapi takde satu syarikat pun nak ambik dia sebab muka tak hensem, cakap pun tak jelas.

Dia pergi kat banyak syarikat tapi ditolak sebab alasan yang sama.

Satu hari tu, dia pergi uji bakat lagi, tapi ditolak juga. Namun, sebab dia nak sangat berlakon, dia duduk terus kat bilik pengurus syarikat tu berjam-jam tak nak balik selagi syarikat tu tak terima dia berlakon. Last-last sebab kesian kat dia ni, syarikat tu bagi watak pak pacak kat dia. Dia suka sangat!

Tapi lepas tu, nasib dia tetap sama, ditolak oleh syarikat perfileman. Bini dia dah naik angin suruh dia berenti sahaja dari nak jadi pelakon sebab dia dah jatuh miskin takde kerja. Sampaikan dia kena jual anjing kesayangan dia dengan harga US$50, mungkin untuk belanja harian keluarga dia kot.

Muhammad Ali Chuck Wepner

Satu hari, dia tengok perlawanan tinju antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Masa Muhammad Ali ni memang kuat, tapi Chuck Wepner tak mengalah sampailah kepusingan ke-15. Dia bagi tentangan yang kuat pada Ali.

Selepas tengok perlawanan tu, kepala otak Sylvester macam datang idea nak tulis skrip filem tentang tinju. Dia pun tulis punya tulis punya tulis, dengar ceritanya dia tulis skrip filem tinju ni 84 jam tanpa henti. Kalau kira-kira, dalam 4 hari 3 malam! Dia bagi tajuk filem tu Rocky. Rocky ni nama hero filem tulah.

Dah siap tulis, dia rasa yakin yang filem ni akan jadi hit. Dia jajalah skrip ni kat syarikat filem, tapi satu pun tak nak ambil. Dia tak putus asa. Cari lagi dan terus mencari. Last-last ada satu syarikat setuju nak beli dengan harga US$75 ribu.

Fikir punya fikir, dia kata kalau dia jual skrip tu, dia tak akan memenuhi impian dia. Dia bagi syarat kat syarikat tu supaya ambil dia berlakon sebagai Rocky. Syarikat tu tak nak! Mungkin sebab dia buruk kot.

Syarikat tu naikkan harga sampai US$1 juta! Tapi mat selebet ni tak nak jual jugak. Kalau aku dah ambik cabut dah!

Last-last, bincang punya bincang, syarikat tu setuju ambil Si Senget ni jadi pelakon utama tapi dengan syarat skrip tu harga US$35 ribu je, dan kalau ada untung, dia akan dapat royalti.

Dapat je duit tu, Sylvester pegi tebus balik anjing yang dia gadai sebelum ni. Tuan baru anjing tu pun cekik darah jugak! Dia naikkan harga. Last-last setuju nak jual pada Sylvester dengan harga US$15 ribu. Perghh….kerbau kenduri boleh beli 15 ekor!

Bila filem Rocky tu siap, filem tu jadi hit sesangat. Orang putih panggil Box Office. Kotak Pejabat! Untung filem tu US$171 juta! Perghhh…kalau aku menangis ler sebab, aku dah jual skrip tu US$1 juta jer.

Titik tolak dari kejadian ni, Sylvester Stallone terus jadi popular atau ikon industri filem. Dia keluarkan banyak lagi filem hit seperti Rambo….sampai Rambo 4 rasanya.

Kisah-kisah macam nilah yang membuka mata aku. Berapalah sangat usaha yang aku dah buat untuk kecapi kemewahan berbanding dengan orang-orang macam Sylvester ni.

Aku harap aku jadi lebih tabah dan kuat……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: