Mengecat Bilik Tidur

22-Ogos-2010

Hujung minggu ni nak rehatkan badan. Memang penat sebab aku baru lepas balik dari Penang semalam. Driving memang memenatkan, lagipun aku berpuasa. Terawih masih lagi tidak dapat aku laksanakan. Kena kuatkan semangat ni.

Pagi tadi aku decide untuk menyambung kerja mengecat bilik tidur aku. Dinding ada 4, jadi aku dah selesaikan dinding pertama minggu lepas. Aku pilih warna “gold” untuk dinding pertama.

Dinding kedua, ketiga dan keempat aku akan cat warna “Chili Red”. Peralatan aku;

  1. Small roller
  2. Small brush
  3. Painting tray
  4. Cat “water base”
  5. Kayu penyapu
  6. Tangga
  7. Kotak kosong
  8. Penyapu lidi

Peralatan Mengecat Cat & Kotak 

Untuk panduan, aku guna kotak untuk buat alas supaya cat yang tumpah tak kena kat lantai. Kenapa kotak?

  • Senang nak alihkan
  • Tak diterbang angin
  • Boleh guna semula minggu depan!

Aku dulu tak terfikir pun nak guna kotak. Selalunya aku guna surat khabar je. Banyak masalah kalau guna surat khabar ni. Diterbang angin, koyak, susah nak move, kena guna kuantiti yang banyak dan tak boleh nak recycle!

Sebelum start mengecat, bersihkan dulu habuk atau sawang yang melekat kat dinding. Aku guna penyapu lidi aje. Masa ni tutup ler kipas atau tingkap supaya habuk ni tak berterbangan merata.

Mengikut pengalaman aku, bila kita mengecat, kita roll aje roller tu at the same area beberapa kali sampai tak nampak cat lama. Teruskan ke kawasan lain dan jangan risau kalau nampak dinding kita tak rata warna catnya.

Rolling Paint

Bila dah lama sikit, cat dah mula kering, warnanya akan kelihatan sekata.

Color is Evenly Distributed Cat, Dinding, Tangga

Untuk kawasan yang hampir dengan corner, aku guna small brush. Yang ni kena sabar sikit ler, macam melukis di atas kertas lukisan. Tapi yang ni tak ambik masa sangat pun. Tapi kadang-kadang terlebih cat, kena kat syiling! Aku malas pulak nak lap. “Water base” cat ni senang nak lap.

Aku habis mengecat dinding kedua dalam jam 11.00am. Aku start tadi dekat jam 9.30am. Lama gaklah, lagi pun aku banyak take five. Penat beb.

Habis je mengecat, small brush, tray, roller have to be soak into a bucket of water. Kalau tak nanti keras, tak boleh nak guna semula.

InsyaAllah minggu depan aku sambung dinding ketiga dan keempat kasi complete, sebab minggu depan cuti tiga hari Jumaat to Ahad. Jumaat tu Nuzul Al-Quran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: