Hotel, Restoran dan Kedai Runcit

20-Ogos-2010

Aku terpaksa ke Pulau Pinang lagi kali ni. Dah banyak kali aku terpaksa ke sana atas tuntutan tugas. Yang lemahnya, banyak kali tuntutan ni berlaku pada hari Jumaat. Banyak kali aku terpaksa solat Jumaat dalam kereta company.

Aku bertolak dari syarikat jam 1 petang dan targetnya nak sampai ke tempat customer sebelum jam 5 petang. Disebabkan puasa, aku tak boleh gunakan minuman atau makanan sebagai penahan mengantuk. Aku bawa perlahan kali ni, 110km/j dan tak banyak perkara pelik berlaku sepanjang perjalanan. Aku tiba di tempat customer jam 4.30pm.

Selepas menerangkan kenapa berlakunya reject dalam lot yang dihantar, aku terus buat sorting untuk asingkan barang-barang yang rejected. Kerja ni time consuming, aku hanya dapat sorting 2,000 biji sahaja. Dari pukul 5pm sampai 8pm. Nak buka puasa pun tak sempat, lagipun kantin customer ni penuh dengan orang.

At last, aku keluar dari kilang customer dan janji dengan diaorang yang aku akan datang esok pagi jam 9am untuk sambung balik remaining quantities yang ada dalam 18,000 biji lagi.

Aku ke McDonald’s drive thru dan pesan Double GCB big size set dan airnya Ribena. Aku park kat tepi jalan dan berbuka puasa. Aku redha…..

Lepas siap makan, aku check-in kat satu hotel ni. Membanggakan jugaklah aku tengok business hotel ni. Pemiliknya ada mengusahakan;

  1. Hotel
  2. Restoran (mamak)
  3. Kedai Runcit
  4. Travel and Tours
  5. Rent-a-Car

Hotelnya juga quite a class. Harga bilik yang aku ambil RM130 per night. They call it Deluxe Room dengan king size bed. Banyak juga kemudahan dalam bilik yang biasanya takde kat hotel low cost macam ni.

Nashmir Hotel Nashmir Hotel-Arah Kiblat

Nashmir Hotel-AirCon Nashmir Hotel-Fridge

Well done! Siap ada hotel card lagi….

Nashmir Hotel-Card

Cuma, aku urge diaorang supaya take care kebersihan sebab, masa aku tengah siap-siap nak bersahur, ada seekor alien keluar dari bawah katil, mungkin menjengah apa manusia tengah buat.

Nashmir Hotel-Lipas

Lepas siap-siap sikit, aku turun ke ground floor dalam pukul 4.45am untuk bersahur. I am the first person to arrive at the restaurant. Yang lain mungkin tengah tidur lagi kot.

Hidangan yang ada,

  • Nasi putih
  • Kari ikan bawal
  • Daging paprik pedas
  • Telur rebus
  • Sayur kobis goreng
  • Popedum
  • Roti bakar (jem strawberry, magerin, peanut butter)
  • Tembikai
  • Susu lembu
  • Air mangga, oren, blackcurrant

Aku ambil nasi dan roti bakar 2 keping bersama 2 cawan air mangga.

Nashmir Hotel-Sahur Nashmir Hotel-Sahur 2

Masa makan, ada seorang pakcik, sorang budak muda at my age dan satu pasangan. Yang perempuan tu pulak pakai agak seksi….dugaan Ramadan!

Lepas sahur, aku ke bilik, load my stomach dengan air kosong sambil tunggu Subuh. Badan rasa tak berapa selesa sebab mungkin aku tidur dalam bilik air cond.

Dalam jam 9am, aku menuju ke tempat customer semalam untuk continue what I was doing yesterday. Lepas sorted another 2,000 pieces, aku kata kat customer aku nak take-off. Tak larat beb, sebab kerja sambil berdiri. Tepat jam 1.30pm, aku speed my company car towards my own house. Jarak about 350km.

120km-j

Dalam perjalanan tu aku sempat pulak take out my Lumix DMC-F53 ambil gambar sekeliling at 8M pixels.

21-Ogos-10 21-Ogos-10 2

21-Ogos-10 3 21-Ogos-10 4

21-Ogos-10 5 21-Ogos-10 6

Tengah-tengah aku drive, aku terperasan satu kereta ni. Dia potong aku nak dekat 5 kali. From Penang sampailah kat Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kejap-kejap laju, kejap-kejap slow. Time aku lari 130 km/j pun dia take over aku punya kereta. Ada time tu aku run 120 km/j pun aku boleh take over dia. Mungkin mengantuk kot driver ni.

Kereta Misteri

Selepas bayar tol kat Jalan Duta, RM43.30, aku tergelak sendiri bila ternampak kereta ni potong aku buat kali ke-6.

Aku sampai kat kawasan rumah aku dalam jam 5.30pm. Same as time yang aku janji kat isteri aku. Aku rasa aku ada ability untuk jangka dengan tepat masa perjalanan yang akan diambil even from Johor to Penang. Dah banyak kali aku janji dengan orang dan aku biasanya tiba tepat pada masa.

Aku beli makanan kat bazar Ramadan, sempat jumpa abang aku dan dia invite us to break fast kat rumah dia esoknya. Aku tiba kat rumah tepat jam 6 petang….penat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: