Kena Simbah Air

20-Ogos-2010

Hari ni hari Jumaat. Semalam aku tak sempat pun nak baca Yaasin. Aku rasa aku sempat baca Yaasin hari ni sebelum sembahyang Jumaat. Company aku start rehat jam 1pm, azan Zohor dalam jam 1.30pm. Company ke masjid dalam 10 minit naik motor, InsyaAllah sempat.

Pagi tadi aku bangun jam 4.59am, seminit sebelum alarm handphone Sony Ericsson, Cyber-shot aku berbunyi. Kali ni aku set lagu Raya plak.

Sony Ericsson

Lepas tu aku ke bilik air satu lagi sebab isteri aku guna bilik air yang selalu aku masuk. Perut sakit lak hari ni. Dari semalam lagi meragamnya. Tapi tak teruk sangatlah.

Kemudian aku ke bilik air ke-2 selepas isteri aku keluar untuk mandi, ambil air sembahyang dan kemudian aku menunaikan solat Isya’. Kalau aku larat, aku nak solat Terawihlah hari ni. Dah dekat seminggu dah aku tak buat. Puasa pun dah masuk hari ke sepuluh hari ni.

Macam biasa, hidangan sahur aku ialah minuman kesihatan yang aku dah lama guna ni, dan air kosong sejuk sambil menunggu solat Subuh punya azan berkumandang. Aku buat back-wash filter air aku sebab aliran air dah makin slow. Aku ada install pump kat siling rumah aku, tapi pump tu dah kiok. Aku spend RM2000 untuk pump tu. Tersilap pilih plumber beb. Nanti aku cerita detail kat sejarah silam aku.

Habis solat Subuh, aku baca surah Al-Waqiah agar aku diberikan rezeki yang melimpah ruah. Sebenarnya, dengan gaji RM7,300 aku tu, dah melimpah ruah dah, cuma hutang yang menyebabkan gaji aku tu tak cukup.

Tepat jam 6.30am, aku speed motor aku menghala ke tempat kerja. Hari ni aku keluar about 20 minutes earlier than usual. On the way, aku potong lori ni ikut bahu jalan, tengok-tengok kat depan ada lopak air. Lori tu tayarnya sebelah masuk dalam lopak air menyebabkan satu siraman yang mengerikan telah terkena kaki seluar aku belah kanan! Cess….basah beb! Tak sempat nak protect. Nak brek pun takut tersembam pulak aku nanti. Sejuk je kaki kanan aku….

Sampai kat pejabat, clock-in pukul 7.30am! Perghh…pekerja berdedikasi tu.

Langit Pangit 2008-10

Aku kemudian berkarya dengan komputer yang aku bawak sendiri ke pejabat ni. Komputer ni aku yang punya. Aku bawak sebab, skrin aku 21 inci, processor aku 3.01Mhz Intel ® Core (TM) 2 Duo CPU bersama dengan 2.0GB of RAM. Kerja jadi laju…..

Keyboard

Aku beli komputer ni selepas aku berniaga lebih kurang 2 tahun. Harganya dalam RM3,000 dan aku beli daripada satu kedai komputer dalam Jusco, Cheras Selatan. Semoga aku mendapat kebaikan yang terbaik dari komputer ni dan dipanjangkan hayatnya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: