Pencemaran Alam

19-Ogos-2010

Hari ini adalah hari ke-9 Ramadan 2010. Aku macam biasa, bangun jam 5am. Mandi, solat Isya’ dan kemudiam bersahur dengan minuman kesihatan yang aku dah amalkan dekat 4 tahun lebih. Sambil tunggu azan Subuh, aku minum air sejuk dari peti ais bagak aku tu.

Masuk aje waktu Subuh. Aku menghayati Azan dan terus ke bilik air. Ambil air sembahyang dan panggil anak tunggal aku ambil air sembahyang sekali. Aku panggil isteri aku untuk tunaikan solat berjemaah.

Anak aku Iqomat. Baru tujuh tahun dah hafal Iqomat. Aku tak ajar pun. Mungkin dia ingat masa sekolah. Anak aku ni memang cepat mengingat. Umur 4 tahun lebih dah boleh baca dengan lancar.

Selepas solat Subuh, aku bersiap untuk ke tempat kerja. Pagi ni gerimis di tempat aku, jadi aku sarung seluar hujan dan terus pecut motor aku sambil dengar lagu dari handphone aku. Bunyi motor dan kereta sekeliling tak berapa dengar sebab earphone Sony Ericsson yang aku beli 3 tahun lepas ni memang hebat teknologinya. Muzik kedengaran jelas sekali.

Earphone Sony Ericsson

Sampai kat satu simpang traffic light terakhir dekat dengan tempat kerja aku, aku ternampak pemandangan yang tak berapa menyeronokkan. Orang buang sampah merata-rata. Terutama sekali puntung rokok, kotak rokok dan tab penutup tin minuman. Ni mesti diaorang buang masa tunggu traffic light ni.

Sampah tepi jalan

Apalah salahnya, hold the garbage dan buang selepas sampai kat rumah. Aku duduk Jepun lama, tak pernah aku tengok orang buang merata-rata macam kat Malaysia.

Satu lagi yang aku tak gemar, orang merokok sambil berjalan. Semua asap rokok (secondary smoke) yang dihembus, kena kat orang yang berjalan kat belakang dia. Cess…dia yang cuba nak bunuh diri, kita terlibat sama. Aku ada baca artikel mengatakan yang secondary smoke ni lagi bahaya berbanding dengan asap pertama yang keluar dari rokok masuk ke dalam paru-paru perokok-perokok ni.

Harap-harap Malaysia semakin maju dan kemajuan tu berlaku seiring dengan mentaliti penduduknya sekali……Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: