Merentasi 4 Sempadan

17-Ogos-2010

Hari ini adalah hari ke-7 puasa 2010. 2 hari lepas masa aku timbang berat, aku berjaya menurunkan 4 kilo setengah. Nampaknya ada perkembangan yang baik. Aku akan update aku punya keadaan komposisi badan aku esok setelah aku berpuasa genap seminggu. <<<Hari pertama aku berpuasa>>>

Semalam aku ke Johor. Dalam perjalanan ke sana, aku telah menempuhi 4 sempadan negeri. Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Meeting hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Tetapi perjalanan telah mengambil masa lebih kurang 8 jam pergi dan balik. Total travel: 670km.

Sempadan Melaka

On the way balik, aku singgah di R&R Seremban untuk menunaikan solat Zohor dan Asar (Jamak Takkhir). Dalam surau tu ada beberapa lagi umat Islam lain yang menunaikan kewajiban ke atas mereka. Surau sangat cantik, lantainya parkir yang berkilat dijaga rapi.

Surau Indah Jam Solat

Masa aku nak angkat takbir tu, aku terdengar “Krohhhh….kroohhhh….” Ces! Ada seorang yang tengah tidur pulak dalam surau ni. Kalau tak berbunyik tu takdelah aku kisah sangat.

Tidur Dalam Surau

Surau tu siap ada papan tanda lagi yang melarang umat Islam dari tidur di dalamnya. Salah satu sebab melarang tidur ni mungkin;

  1. Supaya surau tu ada ruang untuk orang Sembahyang, takdelah penuh aje dengan orang berbaring
  2. Supaya tak kedengaran dengkur yang kuat menganggu khusyuk
  3. MUNGKIN nak elak orang tersolat Jenazah!

Anyway, aku tak boleh buat apa-apa kat pakcik tu. Just let it go. Aku teruskan solat, berdoa dan kemudian aku meneruskan perjalanan untuk mengejar waktu berbuka puasa.

Tengahari tadi masa aku tengah drive menghala ke Johor, kawan lama aku call ajak berbuka puasa di restoran Jepun. Aku kata aku akan ke sana kalau sempat. Tengok jam macam sempat je. Aku speed towards the restaurant.

Aku tiba jam 7pm dan dapatlah aku berjumpa dengan 3 orang kawan aku yang dah lama tak jumpa. Borak-borak dan gelak-gelak. Aku plan nak ke laut memancing bersama mereka nanti. Mungkin lepas raya.

Habis berbuka puasa, aku terus ke masjid berdekatan menunaikan solat Maghrib. Nak jamak terus aje Isya’, tapi aku tak berapa pasti akan hukumnya. Aku rasa aku pernah dengar yang kalau kita tak sampai lagi ke mukim kita, kita dibenarkan untuk jamak solat. Tapi aku was-was. Jadi aku tunaikan solat Maghrib sahaja.

Sampai kat rumah, jam tunjuk pukul 9pm. Aku nak naik ke tingkat atas apartment aku tu, tapi lifnya rosak! Ces, memanjat tangga aku dibuatnya. Penat jugak…tapi aku positif….exercise!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: