Kelajuan 175 km/j

12-Ogos-2010

Hari ni adalah hari ke-2 umat Islam berpuasa. Semalam aku terpaksa ke Pulau Pinang dari tempat kerja aku untuk hand carry satu parcel ke tempat customer. Urgent sample katanya. Barang siap jam 5pm. Tapi kena sampai ke tempat customer yang jaraknya 330km dari kilang aku.

Kira-kira, aku kena speed 165km/j untuk sampai on time. Keluar je dari kilang, tengok-tengok minyak pulak takde! Cess, orang yang guna kereta company sebelum ni memang tak fikir langsung. Aku terus je jalan dan harap sempat pit stop kat R&R yang terdekat.

Kali ni aku tekan pedal minyak melekat kat lantai kereta. Hasilnya, aku berjaya bawak kereta Nissan Sentra 1.6 ni ke kelajuan maksimumnya iaitu 175km/j. Dah tekan habis pun dia tak naik dah.

170kmph

Sampai kat R&R Rawang, aku pit stop masuk minyak RM50. Teruskan perjalanan dengan average speed at 170km/j. Minyak tak tahan lama beb. Aku kena pit stop sekali lagi kat Kawasan Rehat Bukit Gantang masuk minyak RM50 lagi. Nak cepat, tapi pam minyak tu sikit punya perlahan memuntahkan minyak ke dalam tangki kereta. Aku ternampak ada penutup minyak yang orang tertinggal kat atas pam tu. Apalah jadi agaknya dengan minyak kereta orang yang tertinggal menda ni?

Tutup Minyak

Lepas siap isi, aku teruskan perjalanan dan berjaya sampai ke tempat customer 7.15pm. Aku hantar barang, masa tu orang takde sebab semua tengah tunggu untuk berbuka puasa. Aku cop deliver order dan terus speed kereta aku cari makanan untuk berbuka puasa. Sebab takde pilihan lain, aku drive-thru kat McDonald’s dan beli Double GCB.

Aku stop kejap kat tepi jalan dan makan. Kemudian aku teruskan perjalanan balik, mula-mula ingat nak balik sampai rumah, tapi macam tak larat je. Aku pun pit stop yang lama sikit kat R&R Gunung Semanggol. Beli ubat gigi dan berus gigi kat Petronas dan terus check in ke highway hotel yang ada kat R&R ni.

Paginya, aku bangun jam 4am dengan bantuan alarm handphone aku. Mandi, gosok gigi dengan berus yang aku beli semalamnya, solat Maghrib dan Isya’ (Jamak Takkhir) dan teruskan perjalanan balik. Aku singgah kat R&R Sungai Perak untuk sahur. Tengok ada satu restoran yang ada nasi. Aku ambil nasi sepinggan sama dengan lauk ikan Patin masak tempoyak. Ikan dah takde, jadi aku suruh dia kaut yang mana hancur-hancur tu. RM3.

R&R Sungai Perak

Aku teruskan perjalan selepas sahur. Kemudian aku buat satu lagi pit stop kat R&R Tapah untuk Solat Subuh.

Surau Lelaki R&R Tapah Hiasan R&R Tapah

Lepas isi minyak, aku teruskan perjalanan sambil menikmati permandangan indah fajar pagi yang menyinsing membuka ruang untuk matahari memancarkan sinarnya.

Langit Pagi 12-Aug

Dalam syok-syok memandu tu, aku rasa mengantuk giler. Tersenguk-senguk jugak. Ini dah kira bahaya ni! Jadi aku terpaksa pit stop dekat Kawasan Rehat sebelum Ulu Bernam….aku lupa plak namanya. Aku terus turunkan kerusi pemandu dan tidur…..bangun-bangun dah jam 8.20am! Perghhh…..lena giler.

Aku teruskan perjalanan dan tiba ke pejabat tempat aku kerja ni jam 9.15am.

Inilah kerja aku untuk hari pertama puasa yang membawa kepada hari ke-2…..terlepas Terawih…..harap-harap hari ke-3 ni tak teruk sangat…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: